Showing posts with label politic. Show all posts
Showing posts with label politic. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Safra'


PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A. Samad Said



Takutkan kuning atau kuning menakutkan?
Memang begini yang namanya dasar pengecut
Warna pun menjadi musuhnya
Dahulu hijau
Sekarang kuning
Mudah-mudahan kelak
Mereka takut pada merah
Yang kononnya gagah
Hakikatnya
Hanya pengecut yang takut kalah.

Wednesday, March 23, 2011

Alkisah media negaraku....

Jam 8 malam. Buka tv9 boleh tahan, buka tv1 tak tahan, buka tv3 tak BOLEH tahan!!! Baik buka tv2, walaupun tak faham, tapi tak sakit hati.

Alkisah media negaraku, yang mana satu yang boleh dipercayai? Muak, penguasaan politik yang melampau dan jelas ketidakadilannya. Sebelah pihak dituduh, sebelah pihak lagi tidak dibenarkan memberi penjelasan mahupun membela diri. Zalimnya kalian, yang pelik, pembaca berita itu sendiri tidak rasa berdosakah? Oh, duit....asalkan duit masuk..Tapi ingatlah, keberkatan rezeki juga penting.

Isu DSAI yang tak pernah sudah. Pernah, saya ajukan kepada seorang rakan, "entah-entah betul apa yang dituduh kepada Anwar?" saya menduga. Rakan saya menjawab "Enti kena ingat, Anwar disokong kuat oleh Dr. Yusuf Qaradawi, mata hati orang yang alim dan wara' tak akan sama dengan mata kasar kita yang hanya menilai pada luaran". Saya berfikir, benar katanya. Paksu saya juga berpesan, "Ingat, dalam Islam, apa-apa pun perlu didatangkan saksi, dan saksi itu juga ada kriteria yang digariskan oleh Islam". Semoga Allah tunjukkan kebenaran. Semoga Allah beri kesabaran kepada DSAI dan seluruh pejuang-pejuang agama Allah.. Amiin.

Friday, April 30, 2010

Apabila pemimpin pun.....

Salam buat semua,

Selepas pilihanraya Hulu Selangor selesai dan kemenangan berpihak kepada BN, bergembiralah penyokong-penyokong dacing (orang kampung sebut, dacing dolu-dolu, zaman takde penimbang digital, huhuh, tak maju sungguh). Gembira selepas duit ditabur-tabur(ooops...silap, kata ketua mereka"kami tak beli undi"). Apa yang boleh dilihat dan dibaca dengan mata kasar ialah:

Pertama: Pengundi melayu masih berfikiran kelas ketiga
Kedua : Kempen keji dan serangan peribadi BN berkesan, dan yang mudah dipengaruhi itu juga si layu...aduhai...
Ketiga : Kerendahan moral pemimpin yang memerintah negara terbongkar(sape terasa, nasib), Iyalah, mereka menjaja "Zaid kaki botol", mereka itu betul-betul spesies yang dinyatakan Tun dalam puisinya dulu, ...mudah lupa..lupa yang Zaid dulu dari kalangan mereka. Sudah pasti mereka dan puak-puak mereka juga begitu....

Hmm....apabila pemimpin pun begitu, apa nak diharap pada anak bangsa..
Tika menyelak halaman akhbar Harakah, mata tertegun sebentar pada tulisan Pak Subky Latiff, perihal seorang yang bernama Zaid Ibrahim yang meninggalkan jawatan menteri demi sebuah keadilan. Semoga cahaya hidayah Ilahi sentiasa menerangi kita semua. Amiin

tambahan : Sedang umi asyik membaca siasah, umi bersuara, "patutlah depa pertahankan tak mau sebat orang yang minum arak, rupanya depa pun.........." , heheh, tersenyum kami berdua..

Thursday, August 28, 2008

16 SEPTEMBER PULA SELEPAS INI

Demam pilihanraya umum yang lalu masih belum surut....

Selepas satu..satu..

Ada ada saja peristiwa baru dalam arena politik tanahair..


Apa-apa pun yang berlaku..

Sejujurnya,

Rakyat biasa seperti saya..

Benar-benar mengharapkan politikus-politikus ini..

Tidak hanya mementingkan kepentingan mereka..

Tetapi berfikirlah tentang rakyat..

Tentang masyarakat yang menanggung susah..

Dek kerana demam pilihanraya yang tak kebah-kebah..


Jangan...

Jangan kerana terlalu asyik dengan pertarungan pentas politik..

Keruntuhan akhlak remaja dipandang sebelah mata..

Sudah-sudahlah....


16 September pula selepas ini...

Apa yang akan terjadi......?

Moga-moga itulah penawarnya..

Bagi demam yang belum kebah...

Friday, May 16, 2008

LOMPAT SI KATAK LOMPAT

tak bermoral lompat parti..
tapi,
lebih tak bermoral pertahan parti rasuah..