Wednesday, April 20, 2011

Guru..Cikgu...Teacher..Mu'allim..

Hari ini bukanlah hari guru, tetapi, kala mencari-cari video yang menarik yang sesuai untuk kanak-kanak 5 tahun, saya terkenang umi di rumah, yang selalu sibuk dengan kad-kad imbasannya, yang tak pernah letih setiap tahun membuat alat bantu mengajar yang baru, melukis ini, melukis itu, menggunting manila kad, menampal kertas berwarna dan pelbagai lagi. Pelik, umi tidak pernah bosan atau letih bahkan bila semuanya siap, umi sangat gembira dan tersenyum puas. Terkenang juga kesungguhan guru-guru semasa sekolah dahulu, pelbagai gaya mengajar, dan apabila diyakini pelajarnya faham dengan apa yang disampaikan, mereka akan berasa lega. Mulianya kalian wahai guru-guruku.

Menjadi pendidik. Tidaklah semudah yang disangka. Seorang guru bukan hanya perlu mahir dalam bidangnya, tetapi seorang guru juga perlu bijak dalam psikologi, mengetahui bagaimana untuk menarik perhatian pelajar-pelajarnya yang pelbagai karenah. Mengajar kanak-kanak 5 tahun, tidak akan sama seperti mengajar pelajar 12-17 tahun, juga tidak sama dengan mengajar pelajar berumur 20-24 tahun ataupun pelajar yang sudah berumur 30-40 tahun. Setiap tahap umur mempunyai tahap berfikir yang berbeza. Jika dengan pelajar berumur 5 tahun kita memberi kuliah seperti mengajar pelajar 20-24 tahun, alamatnya.................................mungkin dia tidak mahu belajar lagi! bosan!

Stigma bahawa pekerjaan guru merupakan pekerjaan yang low-class, mudah, untuk orang biasa-biasa perlu dibuang sama sekali. Acapkali, bila ditanya, "Dah grad nanti nak jadi apa?", "saya nak jadi cikgu", "cikgu je? kerja la lain...susah-susah ambil degree takkan nak jadi cikgu je.." Selalu bukan dengar ayat-ayat sebegini. Seolah-olah kerjaya guru merupakan kerjaya yang hina, tidak perlu belajar tinggi-tinggi. Sedangkan tanpa guru, siapalah kita. Gurulah yang mengajar kita mengenal erti tambah, tolak, darab, bahagi. Guru juga yang mengajar kita kisah Nabi, Malaikat, apa itu Qur'an dan pelbagai ilmu lagi. Guru mengajar tanpa penat lelah, walaupun hakikatnya kehidupan seharian seorang guru sangat memenatkan. Pagi hingga ke petang berhadapan dengan pelbagai ragam anak muridnya, dibebani pula dengan pelbagai tugas pentadbiran, kursus sana, kursus sini, perlu sediakan ringkasan mengajar, rancangan pengajaran tahunan, alat bantu mengajar dan macam-macam lagi.

Saya hanya menulis berdasarkan pengalaman yang sangat sedikit sebagai guru. Saya amat mencintai kerjaya guru. Saya amat mengagumi insan bernama guru termasuklah ibu dan bapa saya : ). Pernah terfikir, walaupun mempunyai ijazah sarjana kelak, saya tidak akan rasa rugi jika menjadi guru. Kerana menjadi guru akan mengajar erti hidup sebagai orang yang memberi. Saya sungguh terinspirasi menonton cerita-cerita seperti Laskar Pelangi, Sang Murabbi dan banyak lagi cerita dari seberang, tidak terkecuali cerita Gemilang, walaupun kurang isinya, tetapi begitulah kesungguhan seorang guru dalam memastikan anak didiknya berjaya.

Terima kasih buat semua guru-guru saya di SK Toh Johan, SK Changkat Jering, SMK Dr. Burhanuddin dan Universiti Malaya. : ) Halalkan ilmu yang kalian curahkan. Semoga Allah memberkahi kehidupan kalian di dunia dan akhirat. Amiin. "Ya Allah, ampunkan dosa guru-guruku, rahmatilah mereka dengan kemuliaan mereka yang tidak jemu menyampaikan ilmu"

Akhir kalam, mari belajar mengenal huruf hija'iyah..heheheheh...best lagu ni........not only for children, sesiapa yang nak baru nak belajar bahasa arab pun boleh layan lagu ni..sedap didengar..


****sebenarnya tertulis post kali ni sebab geram video ni tak boleh download...huhu..why??why???why?????????????????stressssss : (

Friday, April 15, 2011

Azam

"Kerana hanya akan hidup hari ini, maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Tuhanku, mengerjakan solat sesempurna mungkin, membekali diri dengan solat sunat, berpegang teguh pada al-Qur'an dan al-Sunnah, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada di dalamnya" -La tahzan-
Azam, moga ini azam tiap hariku, anggap ini adalah hari terakhir aku bernafas di bumi ciptaanNya..syukur Allah, masih benarkan aku mengutip nikmat kurniaanMu..Alhamdulillah

terima kasih pada yang sudi meminjamkan buku La Tahzan..

La tahzan...apa pun terjadi, Allah sentiasa bersama...

: )

Thursday, April 14, 2011

Learn something from Japan Earthquake

أشياء نتعلمها من كارثة اليابان

1. THE CALM
Not a single visual of chest-beating or wild grief. Sorrow itself has been elevated.
1-
الهدوء.
ولا منظر لضرب الصدر أو النواح. الحزن بحد ذاته يسمو.


2. THE DIGNITY
Disciplined queues for water and groceries. Not a rough word or a crude gesture.
2-
الاحترام.
طوابير محترمة للماء و المشتروات. لا كلمة جافة و لا تصرف جارح.


3. THE ABILITY
The incredible architects, for instance. Buildings swayed but didn't fall.
3-
القدرة.
المعمار الفائق الروعة. المباني تارجحت و لم تسقط.

4. THE GRACE
People bought only what they needed for the present, so everybody could get something.
4-
الرحمة.
الناس اشتروا فقط ما يحتاجونه للحاضر حتى يستطيع الكل الحصول على شيء.

5. THE ORDER
No looting in shops. No honking and no overtaking on the roads. Just understanding.
5-
النظام.
لا فوضئ في المحال. لا تزمير و لا استيلاء على الطرق. فقط التفهم.

6. THE SACRIFICE
Fifty workers stayed back to pump sea water in the N-reactors. How will they ever be repaid?
6-
التضحية.
خمسون عاملا ظلوا في المفاعل النووي يضخون ماء البحر فيه. كيف يمكن أبدا ان يكأفأوا؟


7. THE TENDERNESS
Restaurants cut prices. An unguarded ATM is left alone. The strong cared for the weak.
7-
الرفق.
المطاعم خفضت أسعارها. أجهزة الصرف الآلي تُركت في حالها. القوي اهتم بالضعيف.

8. THE TRAINING
The old and the children, everyone knew exactly what to do. And they did just that.
8-
التدريب.
الكبار و الصغار , الكل عرف ماذا يفعل بالضبط. و هذا ما فعلوه.

9. THE MEDIA
They showed magnificent restraint in the bulletins. No silly reporters. Only calm reportage.
9-
الاعلام.
أظهروا تحكما رائعا. لا مذيعين تافهين. فقط تقارير هادئة.

10. THE CONSCIENCE
When the power went off in a store, people put things back on the shelves and left quietly.

10- الضمير.
عندما انقطعت الكهرباء في المحال أعاد الناس ما بأيديهم إلى الرفوف و مشوا بهدوء

Syukran Ustaz Aminullah Nurdin (al-Bayan Corp) yang memanjangkan mesej ini..semoga beroleh manfaat!! : )

Wednesday, April 13, 2011

Seorang insan itu...

Seorang insan itu...insan yang bernama Tok Guru Nik Aziz. Insan yang amat saya segani. Dalam perjalanan dari rumah sewa ke Universiti Malaya, seperti biasa, saya membuka radio IKIM sebagai peneman setia agar perjalanan beroleh manfaat, dan tidak sekadar dapat mendengar lagu-lagu dan jenaka yang tidak memberi faedah pada diri. Kerana hidup ini sekali cuma, biarlah telinga yang dipinjamkan Allah ini mendengar yang baik-baik. InsyaAllah.

Jam 10 pagi, slot bersama Prof Dr. Muhaya, perjalanan dari rumah sewa ke UM hanya mengambil masa 10-15 minit. Jam 10.15 saya tiba di Akademi, tetapi saya mengambil keputusan untuk terus di dalam kereta untuk mendengar radio sehingga jam 11. Pengisian yang amat mengisi jiwa. Sungguh menarik dan berhikmah tiap bait kata yang keluar dari mulut Prof. Dr. Muhaya. Apa yang menarik, di akhir segmen, seorang pendengar bertanya pada beliau, "who is your best teacher, and why him or her?"

Prof Dr. Muhaya menjawab,( tanpa ada rasa takut di band atau di gam), "my best teacher is Tok Guru Nik Aziz"...subhanallah...kesekian kalinya saya mendengar dari mulut orang yang hebat-hebat bahawa idola mereka ialah Tok Guru Nik Aziz...sebelum ini, Puan Mastura, Pengerusi Lembaga Perpustakaan Negeri Selangor, lulusan United Kingdom, juga menjadikan Tok Guru sebagai idola, kedua-dua mereka menjadikan kaset-kaset ceramah Tok Guru sebagai peneman di kala berhadapan dengan kesesakan jalan raya, ataupun perjalanan yang jauh.

Kenangan di Nilam Puri dahulu kembali segar. Setiap hari Jumaat pagi, saya dan sahabat saya, safiyah, akan keluar seawal 7 pagi, menunggu bas 44 atau jika bas lewat, kami memilih teksi. Kami memilih tempat di hadapan pintu kedai Jaffar Rawas, agar kami dapat melihat wajah Tok Guru ataupun penceramah-penceramah yang lain. Seronoknya suasana begitu, hinggakan saya pernah berdoa..agar mendapat j**** dengan orang Kelantan..heheh...Itulah zaman hati suci, bersih, tulus, ikhlas,........masuk UM KL, Allahuakbar, minggu pertama lagi sudah diajar buat cheers, menjerit-jerit entah apa-apa. Beginikah intelek pada pandangan mereka? Sabo jela...

Kembali kepada pengisian yang diperoleh dari segmen di Radio IKIM tadi, ini pertama kali saya mendengarnya, kebetulan lewat ke UM. Antara istifadah yang diperoleh ialah :

1) Jaga hak Allah, buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang, insyaAllah, hidup jadi mudah.

2)Berhenti salahkan keadaan, berhenti salahkan orang lain, lihat ke dalam diri sendiri untuk mencari penyelesaian.

3)Gunakah sifat fatanah untuk menegur ibu bapa. Berlemah lembut dengan mereka. Muhasabah diri kembali, siapa kita tanpa mereka, sewaktu kita tidak tahu membuat apa-apa, merekalah yang setia membantu dan mengajar dengan penuh sabar. Luv both of u umi and abun...:'(

4) Komunikasi yang berkesan, 10% bergantung kepada bahasa, 35 % pada intonasi dan 55 % pada fisiologi. Jika kita ikhlas menegur dengan kasih sayang, insyaAllah..komunikasi akan berkesan. Doa pada Allah.

5)Pesan Nabi s.a.w : Jika mahu tenang di dunia, lihatlah orang yang lebih bawah. Misalnya, jika kita berkereta, lihatlah orang yang hanya mampu memiliki motosikal. Jika mahu berjaya di akhirat, lihatlah orang yang lebih atas. Misalnya, jika kita tidak amalkan puasa sunat, lihatlah orang yang puasa sunat, jika kita tidak solat dhuha, lihatlah orang yang solat dhuha, jika kita jarang-jarang bangun tahajjud, lihatlah orang yang rajin solat tahajjud.

6)Banyakkan bersyukur. Kurangkan cakap 'kalau'. Bersangka baiklah dengan Allah. (saya suka perkataan kalau...nak wat camna ni..huhu)

7)Solat dhuha jangan tinggal

8)Untuk ibu mengandung : banyakkan berdoa terutama dalam tempoh 120 hari pertama, kerana pada hari yang ke 120 lah, Allah tetapkan rezeki, ajal, maut seseorang. Berikan yang halal untuk anak-anak, baik makanan atau apa jua, agar darah yang mengalir dan daging yang tumbuh diberkati Allah.

9)Kunci pintu syurga adalah murah hati.

10) Baca sesuatu yang baru setiap hari, tambah ilmu!

11)Jangan lihat siapa yang cakap, lihat apa yang disampaikan.

12)Simpan 10% daripada pendapatan untuk pendidikan diri dan untuk membina minda.

13)Jika mahu Allah tolong kita, tolong orang lain sebanyak mungkin.

14)Untuk wajah awet muda, kita guna anti aging agent..tapi untuk jiwa sentiasa muda, kita serikan dengan cahaya iman.

15) Titian sirat tersangat gelap, tetapi yang menyuluhnya ialah cahaya iman. Orang yang bertakwa akan dapat melalui titian sirat semudah menggunakan touch n go.

16) Apabila hampir terjatuh di titian sirat, yang menyelamatkan kita ialah silaturrahim, binalah silaturrahim sebaik mungkin, kerana Allah. Maafkan semua orang sebelum tidur. Bangun dengan jiwa tenang, azam baru untuk menghadapi hari ini dengan lebih baik sebagai insan bertakwa.

17)Last...but not least...once again...kata-kata tok guru nik aziz, letakkan dunia bawah dagu, akhirat depan mata...jika kita fokus akhirat, orang keji, orang kata., semua dapat dilalui dengan tenang..kerana kita hanya mengharap redha Allah.

Sekian.

Monday, April 11, 2011

Syukur

Syukur...syukur itu wajahnya pelbagai...syukur dengan perbuatan, syukur dengan pancaindera dan sebagainya..tetapi, asasnya mudah..lakukan apa yang disuruh Allah dan Rasul..tinggalkan apa yang dilarang Allah dan Rasul..itulah tanda syukur..syukur seorang hamba kepada Penciptanya.

Thursday, April 7, 2011

Menggapai bintang


Menggapai bintang...bukan bermakna tidak menjejak di daratan..menggapai bintang cuma satu tamsilan untuk mengajak diri memandang jauh ke depan. Juga tidak bermakna langsung tidak menoleh kebelakang. Dalam apa jua perjalanan, penting untuk menoleh kebelakang, jika tidak masakan kereta disediakan cermin untuk melihat belakang..: ). Sekadar tamsilan. Apa yang lebih penting ialah perjalanan kehidupan. Kita menyusun atur perjalanan hidup kita sekadar yang mampu tercapai dek akal manusia yang amat terbatas ini. Allah jualah yang Maha Mengatur segalanya. Sebagai mukmin yang beriman kepada Qada' dan Qadar, semestinya kita perlu redha dengan apa jua aturan Allah s.w.t.

Semalam, berpeluang berdiskusi panjang dengan penyelia pertama untuk sarjana ini. Prof Madya Dr. Ishak Suliaman, tentu di Akademi Pengajian Islam ini semua mengenalinya. Timbalan Pengarah Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam tika ini. Saya selesa memanggilnya dengan ustaz, beliau juga selesa dipanggil ustaz. Seperti biasa apabila berbicara dengan beliau, semangat yang luntur akan kembali bersinar dan terasa seperti tidak mahu tidur seminggu untuk membaca dan menjalankan kajian (oho....terlalu retorika). Memang begitu. Percayalah dan cubalah tanya kepada sesiapapun. Tentu semua sangat termotivasi selepas berjumpa dengan beliau. Pokok perbincangan semalam adalah mengenai perancangan untuk menyiapkan sarjana dan seterusnya strategi untuk menyambung pengajian peringkat PHD disamping merebut semua peluang yang disediakan UM untuk bakal calon PHD. (jauh kan? master pun terhegeh-hegeh..huhu). Perbincangan itu memang membuka minda dan membina hamasah yang luar biasa( hinggakan saya memutuskan untuk 'deactivate facebook'..mungkin juga bercampur dengan semangat lain....hmmm).

"Ustaz, kenapa orang susah menerima sesuatu yang baru?", soal ukhti Raihana pelajar PHD dalam bidang falak merujuk kepada penulisannya tentang teori kematian bintang yang tidak diterima oleh beberapa pensyarah. Ustaz tersenyum dan berkata "Thats your responsibilty as a scholar, buka minda masyarakat untuk terima ilmu baru." "Betulla ustaz" saya menyampuk. Apabila saya dan beberapa orang rakan membuat kajian yang mengharmonikan islam dan sains, ramai yang mempertikaikan.."Apa tujuan kamu semua? mahu pertikaikan apa yang telah ditetapkankah?". Mudah saja prinsip saya, bidang ini memang masih baru di Malaysia, jika melihat dari aspek kerjaya, siapa yang mahu mengambil kami ya..? Tetapi kami lakukan atas rasa tanggungjawab untuk membuktikan betapa indahnya Islam. Indahnya al-Qur'an dan Sunnah yang ditinggalkan junjungan besar s.a.w. Biarlah susah, biarlah lambat, asalkan niat ini dapat dipenuhi..itu qasad saya, juga 2,3 orang rakan yang lain. Soal kerja, simpan sebentar kerana yakin bahawa rezeki itu dari Allah bukan manusia dan Allah jualah yang membuka hati-hati manusia. Menerima sesuatu yang baru memang sukar, tetapi jangan terlalu jumud hingga tidak mahu membuka minda dan berasa hanya kita sahaja yang betul.

Menggapai bintang.. semoga dapatlah menggapai bintang yang bergemerlapan di langit. InsyaAllah. Lewat ini, umi dan abun terlalu khuatirkan saya...kata mereka, "mayah, jangan terlalu mengharap apa yang mayah impikan ini semuanya menjadi, bimbang mayah kecewa andai terjadi apa-apa kelak.. bukanlah umi dan abun mahu mendoakan yang buruk-buruk, tetapi mahu memberi peringatan..banyakkan berdoa pada Allah, semoga semuanya dipermudahkan, mudah di awalnya, di pertengahannya dan di pengakhirannya, berserah dan redha pada Allah". Terima kasih umi, abun : ), insyaAllah...mayah akan sentiasa berdoa, dan berserah pada Allah.

Ya Allah...jika urusan-urusan ini baik untukku, agamaku, urusanku pada masa kini dan masa akan datang, urusan dunia dan urusan akhiratku, permudahkanlah ia bagiku dan permudahkanku baginya....amiin..


umi, abun.....jumpa kalian petang ini....kangan bangat....: )

Monday, March 28, 2011

Yeh ....Zendagi hai...: )

Yeh....zendagi hai..ni ayat dalam bahasa urdu...kalau bahasa melayu...inilah kehidupan...bahasa inggeris pulak...depa kata this is life...bahasa apa lagi..ha, bahasa arab, haza huwa al hayah...terus bunyi macam tak mengeluh kalau cakap kot arab..Hurm...kehidupan, kadang-kadang rasa nak mengeluh panjang, tapi, bila ingat apa sangatlah ujian yang kena kat batang hidung sendiri...berbanding dengan ujian yang orang lain kena...kan..as long as masih hidup...mesti bersyukur...sekurang-kurangnya masih ada peluang untuk bertaubat dan membuat amal..tambah lagi bila ingat ujian yang Nabi s.a.w kena, lagila...apa sangatla ujian yang kena kat aku ni, sangat-sangat lah kecik..Nabi dibaling batu, di maki, di hina.., pun masih boleh sabar dan mendoakan kesejahteraan penduduk Taif waktu tu..walaupun malaikat offer nak bagi azab, tapi Nabi s.a.w very cool and patient..Allahumma Solli 'Ala Muhammad...

Tapi tula, manusia...termasuklah aku ni...dalam 365 hari setahun, sehari kena uji, yang tula yang diingat-ingat...sampai bila-bila...selalu aku mengingatkan diri sendiri...hidup ni, tak semua yang kita nak dan impikan kita akan dapat...kadang-kadang, kita sayang sesuatu, but Allah kata, this is not for you..kita pun sedih bagai nak rak...ataupun muda-mudi sekarang kata sedih gilaaaa....huhu...sedangkan kita tak tau, tentu ada hikmah Allah tentukan macam tu..yang penting dan sangat penting usaha, doa, tawakal dan akhirnya..kena redhalah apa yang berlaku....ya, redha...senang nak sebut, dua suku kata ja, walaupun word ni dipinjam dari bahasa arab, tapi lidah orang melayu boleh sebut dengan slumbernya...redha...senang sebutkan..tapi, redha di mulut, sama tak dengan apa yang dirasa dalam hati....biasala tu, take time....banyak-banyak zikir and istighfar...insyaAllah..lama-lama ok...tapi luka selalunya memang akan tinggalkan parut...tu biasala...asalkan dia tak berdarah balik kira orite la...kalau nak sembuhkan parut tu, gunala bio oil ke...apa ke...lambat laun, parut pun akan hilang...macam tu jugak kot dengan luka perasaan...parut tu akan hilang...seiring dengan masa yang berlalu...

Hidup....ada suka, ada duka, ada tangis, ada tawa.. Tapi semua ini menjadikan kehidupan ini berwarna-warni..yang penting, sejauh mana semua ini memberi pengajaran kepada kita untuk kehidupan yang lebih bermakna...pengalaman itu mematangkan...hidup mesti terus...walau onak cabaran menanti untuk ditempuh..kerana yang namanya orang Islam, jangan mudah putus asa..mesti cari jalan keluar..mesti cari alternatif untuk kehidupan yang lebih baik..proaktif...kata tok guru Nik Aziz..letakkan dunia bawah dagu, akhirat depan mata..insyaAllah, selagi matlamat kita untuk berjaya di akhirat kita dahulukan, apa pun Allah bagi di dunia ini..kita boleh tempuhi..dan sentiasa ingat sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang dengan apa yang tidak mampu dipikulnya...

La takhaf wa la tahzan..innallah ma'ana...
Jangan takut dan jangan bersedih...sesungguhnya Allah bersama kita...

Allah...closer than vein..mengadulah dan memintalah pada Allah..Allah itu sangat dekat...

Rabbana yassir wa la tu'assir wa tammim bil khair...
Ya Allah, permudahkanlah, jangan engkau susahkan, dan sudahkanlah dengan kebaikan...

Amiin..

Wednesday, March 23, 2011

Alkisah media negaraku....

Jam 8 malam. Buka tv9 boleh tahan, buka tv1 tak tahan, buka tv3 tak BOLEH tahan!!! Baik buka tv2, walaupun tak faham, tapi tak sakit hati.

Alkisah media negaraku, yang mana satu yang boleh dipercayai? Muak, penguasaan politik yang melampau dan jelas ketidakadilannya. Sebelah pihak dituduh, sebelah pihak lagi tidak dibenarkan memberi penjelasan mahupun membela diri. Zalimnya kalian, yang pelik, pembaca berita itu sendiri tidak rasa berdosakah? Oh, duit....asalkan duit masuk..Tapi ingatlah, keberkatan rezeki juga penting.

Isu DSAI yang tak pernah sudah. Pernah, saya ajukan kepada seorang rakan, "entah-entah betul apa yang dituduh kepada Anwar?" saya menduga. Rakan saya menjawab "Enti kena ingat, Anwar disokong kuat oleh Dr. Yusuf Qaradawi, mata hati orang yang alim dan wara' tak akan sama dengan mata kasar kita yang hanya menilai pada luaran". Saya berfikir, benar katanya. Paksu saya juga berpesan, "Ingat, dalam Islam, apa-apa pun perlu didatangkan saksi, dan saksi itu juga ada kriteria yang digariskan oleh Islam". Semoga Allah tunjukkan kebenaran. Semoga Allah beri kesabaran kepada DSAI dan seluruh pejuang-pejuang agama Allah.. Amiin.

Tuesday, March 22, 2011

CORAT-CORET II

Rindu

Baru saja pulang dari kampung. Tetapi sudah rindu pada umi dan abun. Pada kakak dan adik-adik yang sangat d****. Rindu pada Mehdi 'Akif, buah hati pengarang jantung kami sekeluarga. Mehdi sudah pandai memanggil aku 'kholah'..=). Suka, teramat suka. Mehdi yang suka mengejutkan kami sekeluarga 'qiamullail'. Ajak bermain dan ajak membaca seawal 2-3 pagi. Mehdi...mehdi... Berjauhan dengan keluarga begini, masih bisa diubati rindunya, masih boleh berhubung, mendengar suara, mengadu masalah, bergelak ketawa dan kadang-kadang menangis melepaskan bebanan yang tak tertanggung di jiwa. Kakak, yang paling memahami, memujuk dan cuba memberi solusi tiap masalah. Itulah kakak yang paling aku sayangi di dunia dan insyaAllah di akhirat. Semoga Allah merahmatimu selalu. Hurm....bagaimana jika rindu tetapi tidak boleh berhubung? Oh, hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasanya..



Ilmu baru

Hari ini, Allah memberi peluang baru kepadaku. Mungkin boleh dikatakan peluang untuk menimba satu ilmu baru, ilmu bahasa dan ilmu mengajar bahasa. Bahasa Parsi(bukan paris ya). InsyaAllah, akan ku cuba sedaya mungkin menjadi pendidik dan penyampai ilmu yang baik. Paling penting, tesis aku tidak terabai!! Seronok, i love languages kataku kepada bakal pelajarku dan juga bakal guruku :). Terima kasih kepada kak niswa kerana membuka ruang ini untukku. Semoga bahasa ibunda ini kita pertahankan kehebatannya. Terkenang Zuhra, sahabatku dari Uzbekistan, yang mengajarku bahasa uzbekistan sewaktu aku masih mendiam di kolej kediaman tahun lalu, dan aku membalas dengan mengajar iqra' kepada beliau. Suasana di negaranya tidak mengizinkan dia mahir membaca al-Qur'an. Uzbekistan, negara lahir ulama' hadith terkenal Imam Bukhari. Begitu suasananya kini apabila sekularisme yang berkuasa dan menjajah minda rakyatnya. Sayang, kami terpisah. Semoga Allah memberi jalan kepadanya untuk mempelajari al-Qur'an. Semoga Allah mengampuniku, kerana tidak melunaskan tanggungjawab sebagai guru al-Qur'an. Keadaan memang tidak menyebelahiku. Maafkan aku Zuhra. Zuhra, pelajar sarjana Fakulti Sastera dan Sains Sosial, mengkhusus di dalam bidang Perhubungan Antarabangsa, ilmunya luas dan suka berkongsi. Sungguh, aku rindu berinteraksi denganmu, berkongsi ilmu denganmu. Bila ya boleh kita bertemu lagi?

Debar

Banyak perkara yang perlu ku lalui. Tesis yang separuh siap tetapi masih mencari-cari arah, penulisan buku bersama penyelia yang lama tersimpan kemas perancangannya, persidangan yang bakal dianjurkan, artikel jurnal yang entah bila akan lulus untuk dihantar dan soal kerjaya yang mula menghantui fikiran. Tidak dikesampingkan perkara-perkara lain yang juga penting untuk masa depan dan kehidupan. Debar. Berjayakah aku melalui semua ini? Semoga Allah tentukan yang terbaik. Usaha, usaha dan usaha diiring doa tanpa henti, dan akhirnya aku berserah kepada Allah Tuhan yang mengatur segalanya. Aku cuma mengandalkan yang terbaik untuk diriku dan juga untuk semua. Dalam debar yang pelbagai ini, aku perlu mengatur satu persatu, agar tidak tercicir salah satunya pun. InsyaAllah.

Friday, March 18, 2011

Jom jadi solehah!

Bismillah...
Tika mencari-cari bahan untuk usrah akan datang, saya ketemu dengan video-video di bawah ini. Menarik. Bingkisan untuk adik-adik usrah KK7. Untuk kalian, pertama, maaf ya sudah 2 kali ditunda usrah atas beberapa kekangan. Kedua, kagum dengan kesungguhan kalian yang cintakan ilmu, semoga Allah merahmati dan semoga majlis ilmu kita diberkati, insyaAllah...: )





*memetik kata-kata dari sebuah blog: "menjadi wanita itu indah, menjadi muslimah sangat indah, menjadi mukminah jauh lebih indah dan menjadi solehah itu adalah pilihan ^_^. Justeru, tentukanlah pilihanmu.."

Sekadar ini, perkongsian ringkas, insyaAllah kita akan berbincang lebih lanjut kelak..semoga beroleh manfaat..