Monday, June 23, 2008

All for Allah

Apabila kita berkorban untuk seseorang, tanpa memikirkan diri sendiri terbeban, jangan kecewa, jangan bersedih andai pengorbanan itu disiakan, kerana adakah kita berkorban untuk dikenang? Adakah kita berkorban kerana diminta? Tentu saja kita berkorban kerana kita benar-benar sayang dan cinta akan ukhuwah dan persaudaraan. Kerana kita yakin untuk tergolong dalam satu golongan yang berada di bawah naungan 'arasy Allah di akhirat kelak, iaitu golongan yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Usah berputus asa dalam menghubungkan persaudaraan, usah berputus asa dalam membina ukhuwah, kerana ukhuwah dan persaudaraanlah teguhnya kesatuan Ummah dan kerana kesatuanlah Ummah akan terbilang.
Apabila kita bersedih, tentu ada hikmah, mungkin tika gembira dan tika bahagia kita lupa atau jauh dari Allah. Tetapi bila kita keseorangan, dilanda masalah, kita akan sedar bahawa Allah tidak pernah meninggalkan kita, sentiasa bersama memerhatikan kita. Bersyukurlah, walau kesedihan yang kita lalui, walau tekanan yang kita rasai kerana sesungguhnya tika itu kita akan sedari yang kita memerlukan Allah.
Kita berbakti bukan untuk diingati, kita berbakti kerana tugas sebagai daie. Biar dilupa, biar tidak dikenali sesiapa kerana nilai keikhlasan di sisi Allah lebih UTAMA..

1 comment:

Anonymous said...

Casino no deposit bonus codes | GAMBLERSNO!
› casino-no-deposit-casino-no www.jtmhub.com › casino-no-deposit-casino-no You can also play slot sol.edu.kg games on slot machine games deccasino at one of the many online gri-go.com casino sites, such 출장안마 as the casino.com.