Friday, August 8, 2008

TIGA MINGGU YANG BERLALU

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Minggu-minggu di separa awal semester ini boleh dikira sebagai minggu-minggu yang sarat dengan program-program..
Bermula dengan (Ekspo Perubatan Islam Malaysia) EPISMA, di susuli dengan Forum HEWI PMIUM yang bertajuk Wanita..Salahkah aku?, kemudian Hari Interaksi PMIUM, kemudian Festival Konvokesyen UM(FESKUM) dan banyak lagi yang saya terlepas pandang..
EPISMA

Sekalung tahniah diucapkan buat pengarah program ini Saudara Hazwan beserta ahli jawatankuasanya di atas kejayaan menganjurkan program yang sehebat ini.
Suatu ketika dahulu, kita pasti selalu mendengar bahawa pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Perubatan adalah pelajar-pelajar yang sungguh komited dengan buku-bukunya. Guru saya pernah bercerita tentang pengalamannya bersahabat dengan pelajar perubatan, katanya, sehingga waktu makan pun diselang-selikan dengan membaca buku(saya pun biasa begitu, tapi bila nak dekat exam jela..hehe). Pelbagai lagi cerita yang saya dengar yang menunjukkan betapa ulat bukunya pelajar-pelajar perubatan. Dan terus mindset saya berkata, pelajar perubatan tentu sahaja tiada masa untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti luar dengan komitmen yang begitu tinggi mereka perlu berikan kepada akademik mereka.
Tetapi ternyata jangkaan saya meleset dengan adanya EPISMA ini. Terus sahaja ia memberi motivasi kepada saya untuk terus tidak mengabaikan aktiviti-aktiviti luar yang pastinya memberi nilai tambah kepada diri sebagai seorang penuntut..

Semasa berlangsungnya EPISMA,antara program yang saya hadiri ialah, Ceramah oleh Dr. Danial bin Zainal yang bertajuk, "Tamadun Islam Perintis Evolusi Dunia Perubatan"

Dr. Danial memulakan ceramahnya dengan kata-kata Saidina Umar R.A yang bermaksud;

"kita dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain selain Islam, maka kita akan mendapat kehinaan"

Benar, inilah yang berlaku hari ini, apabila terdapat umat Islam yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, ternyata umat Islam hari ini dihina dengan sewenang-wenangnya. Permulaan yang cukup ringkas, tetapi sungguh dalam maknanya.
Penutup kepada ceramah ini, Dr. Danial mengupas persoalan-persoalan yang berkaitan dengan isu-isu semasa Sains dan Teknologi dari perspektif Islam. Antaranya isu Artificial Insemination, Sperm Bank, Penggunaan ubat daripada khinzir, Pemindahan Organ dan sebagainya. Kupasan yang cukup jelas, berdasarkan hujah ulama' dari laman http://www.islamonline.net/ .
Sahabat-sahabat yang masih belum memiliki buku-buku tulisan Dr. Danial, dialu-alukan untuk memilikinya, sungguh memberi manfaat dan semangat buat generasi muda seperti kita, insyaAllah.
Seterusnya, saya juga menghadiri Pertandingan Nasyid Suara Ibnu Sina, pada mulanya saya tidaklah berniat untuk melihat pertandingan tersebut lantaran tugasan akademik yang belum disiapkan. Tetapi, oleh kerana sahabat saya semasa sekolah dahulu merupakan peserta pertandingan, maka saya pergi juga untuk memberi sokongan. Alhamdulillah, sahabat saya Ainal Shakirin yang mewakili UiTM, Shah Alam mendapat tempat pertama dan juga persembahan terbaik dalam pertandingan ini. Tahniah buat Ainal dan sahabat-sahabat seperjuangannya, teruskan berjuang menyampaikan dakwah melalui muzik. Ikhlaskan niat kalian..

FESKUM '08
Sempena Hari Konvokesyen Universiti Malaya, Lajnah Sains Gunaan dengan Pengajian Islam atau Applied Science with Islamic Society(ASIS) telah menganjurkan satu program bersama graduan, iaitu program DISKUSI ILMIAH BERSAMA GRADUAN. Pada tengahari 7 hb Ogos 2008, kami menyambut senior-senior kami yang bergraduasi di hadapan Bangunan Dewan Tunku Canselor.





Pada malamnya pula diadakan sebuah diskusi ilmiah bersama para graduan, saya telah ditugaskan sebagai moderator diskusi tersebut setelah Saudara Remy bin Osman yang sepatutnya menjadi moderator program itu perlu mengiringi tetamu jemputan ke majlis jamuan.

Panelis-panelis yang dijemput ialah, Ukhti Madiha bin Baharuddin, Ukhti Sariah Suhaila, Akhi Shahir dan juga Akhi Azlan.


Sungguh, duduk sepentas bersama orang-orang hebat seperti mereka amat mendebarkan saya. Dengan persiapan yang seadanya, Alhamdulillah diskusi tersebut berjalan lancar.


Sekalung penghargaan buat Dr norhashimah, penyelaras Sains Gunaan dengan Pengajian Islam dari Fakulti Sains, Bonda Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail, sahabat-sahabat jawatnkuasa pelaksana Majlis ini, Remy, Siti Safiyah, Suriati, Hayati, Zaihazreen, Mai, dan tak lupa adik-adik junior yang sangat komited, Nizar, Sabri, Fazrie, Su dan juga Wajihah. Tak lupa buat Safiah yang menjadi pengerusi majlis pada malam tersebut, juga kepada saudara Bukhari dan sahabatnya yang membuat persembahan nasyid pada malam tersebut.And, buat Farhana yang made a wonderful presentation about transit to korea..(proud with u fana!)


Alhamdulillah....

No comments: