Thursday, October 9, 2008

SEKUNTUM MAWAR YANG HILANG

Bismillahirrahmanirrahaim...
Kematian itu tak mengenal usia dan tempat,
Datang menjemput bila-bila saja,
Penting untuk kita bersedia,
Banyakkan amal menambah pahala,

5 Oktober 2008, sejarah pedih dalam hidupku, apabila mendapat mesej bahawa sahabatku NurHazwani meninggal dunia kerana kemalangan di Bentong, Pahang. Kelu lidah tiada kata, air mata jua mungkin terkesima...dan hati tekad untuk tidak mahu percaya............

Namun, hakikat itu tetap hakikat..Wani pergi dulu meninggalkan kami, Allah lebih sayangkan Wani...
Yang pergi tetap pergi, moga iktibarnya dapat dirasai bagi yang masih hidup di dunia ini..
Wani...
Wani...
Serasa baru semalam melihat kelibatnya, mendengar bicaranya..
Wani, teman semajmuahku di UM Nilam Puri, majmuah yang sangat unik kerana semuanya puteri-puteri, kami menggelarkan diri kami MAWAR bersempena program motivasi yang kami laksanakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal(Motivasi Wadah Aspirasi Remaja=MAWAR)



Semasa program MAWAR(wani,paling kiri)


Kami berniaga bersama untuk Carnival Science and Technology(C-STECH) di Nilam Puri, dan Wani adalah antara penggerak utama gerai kami sebagai tokeh nasi ayam....
Kenangan Majmuah 4, Nilam Puri
(Wani,tengah)

Pemergian Wani bagaikan mawar yang hilang bagi kami semajmuah..Semoga Allah merahmatimu sahabat..


Tiga sebab untuk gembira bagi arwah..
1.meninggal dalam jihad(menuntut ilmu)
2.meninggal sebagai anak yang baik
3.meninggal dalam usia yang muda
Inilah kata-kata ustaz, menenangkan hati...

Al-fatihah untuk Arwah..

1 comment:

Catatan: said...

Takziah di atas kehilangan sahabat tersayang, moga rohnya dicucuri rahmat. tapi usah dibiar kenangan memudar pandangan, kehilangan memudar semangat, kerana ujian adalah sunnah perjuangan..kerana rasul serta para sahabat adalah orang yang paling kuat diuji. kalah dan menang bukan pengukur kebenaran perjuangan, dan bukan neraca redha kasih ilahi, tetapi ketaqwaan dan tulusnya sebuah pengorbanan yang menjadi nilaian..teruskan perjuangan, kerana di sebalik rintangan selalu ada pertolongan..dan sokongan..
-pembaca setia-