Thursday, July 23, 2009

Prolog Keinsafan


Kala Rejab melabuhkan tirainya
Sya’ban menyambut mesra…
Tanda Rindu pada Ramadhan hampir terubat

Kala hati kotor dengan dosa dan noda
Kau titipkan rasa insaf dikalbuku
Syukur ku sempat mencari jalan pulang
Mengintai pintu taubat yang terbuka
Terimalah aku yang hina dina ini

Ya Allah
Aku selalu tersalah langkah
Iman yang senipis kulit bawang ini
Terkadangnya naik, turunnya selalu
Iringkan hidayahMu dalam setiap langkahku
Aku mohon Ya Allah
Aku mohon Ya Rahman
Aku mohon Ya Rahim....


Bintutarmizi
Universiti Malaya
23 Julai 2009

No comments: