Hati terpanggil mencoretkan sesuatu tentang guru. Insan yang banyak berjasa dalam hidupku. Seminggu selepas pulang dari bumi kinanah bulan Jun lalu, aku dan munirah berkunjung ke Sekolah lama kami, Sekolah Menengah Kebangsaan Dr. Burhanuddin, Taiping. Sekolah tercinta.
Terkenang sewaktu ditawarkan Kelas Aliran Agama di sekolah tersebut, hati sedikit kecewa kerana teman-teman lain pergi jauh meninggalkan saya ke MRSM, SMKA, Ta'yah, Idrisiyah, tetapi aku masih di Taiping. Umi dan Abun memujuk sekolah apa pun tak mengapa asalkan belajar mesti rajin. Umi menambah Dr. Burhanuddin seorang pejuang kemerdekaan, pejuang Islam, maka sepatutnya saya berasa beruntung benar dapat belajar di SMKDB.
Belajar berjauh-jauh sedikit daripada keluarga, menjadikan diri lebih matang dan berdikari, walau jarak rumah ke sekolah hanya 25KM tetapi hidup dengan menjamah masakan "orang dewan" sedikit sebanyak mengajar erti kedewasaan dan hidup perlu merasa kesusahan, agar kala kesenangan kita miliki, kita tak lupa diri.
Teringat kala menziarahi guru-guru bulan Jun lalu, setelah kali terakhir menziarahi mereka 3 tahun yang lalu sebelum memasuki UM, Kuala Lumpur. Hati girang, terharu dan sayu, bagai jejak kasih antara ibu bapa dan anak-anaknya. Melihat raut wajah guru- guru yang mula menampakkan garis-garis tua menginsafkan diri dan menyedarkan hati yang selalu lemah untuk terus kuat bagi meneruskan perjuangan guru-guru yang banyak berkorban dalam mendidik anak bangsa.
Ustazah Kamaliah, Ustaz Ridzuan, Ustaz Raden, Ustazah Normadiah, Ustazah Zaemah, Cikgu Nurul, Ustaz Ayub, Cikgu Roslan, Cikgu Rani, Cikgu Nor Kamaliah, Cikgu Kamariah, Cikgu Intan, Cikgu Sulaiman dan semua cikgu-cikgu yang mengajarku sekolah rendah dan menengah. Penghargaan tak terhingga buat kalian yang mencurahkan ilmu, menyuntik semangat untuk aku terus cinta akan Ilmu.
Hari ini, kala aku menjadi guru, aku bertambah mengerti betapa besar jasa seorang guru..
Teringat bait puisi Allayarham Sasterawan Negara Usman Awang,
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang 'ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi Dewasa,
Sejarahnya bermula dari seorang guru biasa,
Dengan lembut sabar mengajar tulis baca..
Terima kasih guru....

No comments:
Post a Comment