Friday, January 29, 2010

TAHNIAH PRO-M

Tak kiralah menang atau kalah...tahniah Pro-M!



Cerita semalam..

Semalam merupakan hari pengundian bagi pilihanraya kampus. Pengundian kali ini menggunakan sistem e-undi. Justeru, keputusan pengundian dapat diketahui lebih cepat berbanding pilihanraya sebelum ini yang keputusannya hanya dapat diumumkan setelah jam 2-3 pagi. Saya tidak melepaskan peluang untuk menghadiri pengumuman tersebut di DTC petang semalam.

Tiba di DTC bersama Kak Huda jam 6 petang, sewaktu masa pengundian telah ditutup, ternyata sudah ada mahasiswa yang memenuhi perkarangan DTC. Tetapi mungkin hanya 30 peratus sahaja penyokong pro- mahasiswa yang ada ketika itu. Penggerak langsung tak nampak kelibat mereka.

Sementara menunggu masa dibenarkan masuk ke dewan, saya dan Kak Huda membuka cerita masing-masing, maklumlah lama tak jumpa. Bercerita tentang Mesir tentu sahaja tak akan habis ceritanya, tiba-tiba, "eh! Dr. Hassan", Dr. Hassan merupakan pengarah Malaysian Student Department di University Cairo, beliaulah bagaikan bapa tika kami di Mesir bulan 6 tahun lalu. Mungkin inilah "chemistry". Dr. Hassan pulang untuk menghadiri Mesyuarat bersama NC dan juga menghadiri sesi Viva pelajar PhD beliau. Menyuarakan hasrat untuk ke Mesir lgi, ahlan jawab ustaz. Dr. Hassan seorang yang sangat berdisiplin dan berwibawa. Beruntung mengenalinya.



Dr. Hassan(berbaju batik) pada malam menyampaikan sijil peserta kursus Bahasa Arab
di Kuliyyah Dar el-Ulum, Universiti Kaherah

Kurang lebih jam 6.30 petang, mahasiswa dibenarkan masuk. Namun, tika itu masih ramai yang belum hadir, barangkali ramai yang menjangkakan pengumuman akan dibuat sebelah malam. Mungkin, getus hati. Memilih kerusi yang paling hampir dengan skrin memudahkan saya untuk melihat keputusan yang diumumkan. Melihat senyuman ayahanda TNC membuatkan hati gusar. "lain macam ayahanda senyum" bisik Kak Huda. Saya memberitahunya, tahun lepas instinct saya mengatakan Pro-M kalah, tetapi ternyata menang, tahun ini gerak hati saya juga berkata begitu. Maknanya, yang pertama, InsyaAllah Menang, Kedua, gerak hati saya ini ternyata tak boleh dipakai. Ketawa kak Huda mendengarnya.

Pengumuman dibuat oleh Dato' NC bermula dengan calon-calon yang menang tanpa bertanding, ternyata GERAK mendahului. Kemudian, calon yang menang untuk fakulti, jujurnya saya langsung tidak mengenali calon fakulti. Justeru, saya hanya melihat reaksi Pro-M dan GERAK, siapa yang bersorak tanda dia menang, dan ternyata GERAK juga yang bersorak lebih. Badan mula menggeletar, air mata hampir ditumpahkan. Tiba pengumuman untuk Calon Umum, Alhamdulillah...Pro-M menguasai 8/9. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.


GERAK, Pro-M dan Perubahan.

Saya bukanlah sesiapa untuk mengulas berkaitan perubahan di Kampus. Saya hanyalah mahasiswa biasa yang memerhati dan terkadang terlepas pandang juga dengan apa yang berlaku. Tetapi, jujurnya, saya yakin Gerak tak mampu membuat apa-apa perubahan pun. Bagi saya, pendokong-pendokong gerak hanyalah mangsa-mangsa hedonisme yang tahu berhibur sahaja. Maafkan saya jika salah. Tetapi saya yakin, jika sesiapa sahaja membuat perbandingan Pro-M dan Gerak, tentu elemen berhibur itu berjaya ditonjolkan oleh GERAK. Suka meniru dan kering idea, itu juga saya kira sesuai untuk gerak, kala Pro-M memilih oren, mereka memilih kuning, kala Pro-M dengan hidup Mahasiswa, mereka dengan hidup GERAK. Kembangkan sikit minda kalian, jangan meniru saja.

Pro-M dan perubahan, Keep on Changing..Yes We Can. Saya yakin Pro-M sentiasa boleh melakukan perubahan. Biiznillah.

Semoga kalah dan menang yang diperolehi ini tetap tidak menggugatkan keimanan dalam diri kita. Buat aktivis-aktivis Pro-M, jaga akademik kalian, laksanakan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai pelajar di Uni Perdana ini. Paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah, insyaAllah mudah hubungan kita sesama manusia.

No comments: