Saturday, March 6, 2010

Islamic Medicine Colloquium

In The Name Of Allah Most Gracious And Most Merciful


Alhamdulillah, Segala Puji dan Puja hanya untuk Allah, pengatur sekelian alam..

Hari ini, saya diizinkan oleh Allah menghadiri Kolokium Perubatan Islam, di Auditorium Utama, Kuliyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Perjalanan pergi dan pulang dari Gombak hari ini bertemankan hujan. Syukur, setelah berbulan cuaca panas yang membahang "mencerahkan" tanah air. Akhirnya, hujan turun membawa rahmat buat tumbuh-tumbuhan yang perlukan air untuk mandiri. Juga buat seluruh makhluk di muka bumi ini. Mari lafazkan tahmid.

Islamic Medicine Colloquium dianjurkan oleh HAKIM iaitu Himpunan Keilmuan Muda dan juga IYC . Mungkin agak lewat saya mengenali HAKIM, tetapi "perkenalan" ini sangat bermakna bagi saya. Dalam usaha meneruskan kesinambungan budaya Islamisasi Ilmu, saya kira HAKIM merupakan platform yang baik.

Topik yang dikupaskan hari ini adalah berkaitan perubatan Nabi dan juga Homeopathy. Keempat-empat speaker pada hari ini sangat menarik dan bijak mengupas setiap topik yang dibincangkan. Majlis ini diakhiri dengan sebuah Forum yang panelisnya adalah speaker-speaker yang membentangkan kertas kerja.

Perubatan Islam dan Perubatan Nabi adalah dua perkara yang berbeza. Perubatan Nabi adalah berdasarkan Hadith-hadith Nabi S.A.W. Manakala Perubatan Islam pula, mencakupi seluruh tradisi dalam dunia Islam dan mengikut lunas-lunas Islam. Tertarik dengan peringatan yang diberikan Dr. Rehan Zaidi yang mengatakan jangan mudah mengutip ayat-ayat al-Qur'an atau Hadith untuk dijadikan hujah jika kita tidak benar-benar memahaminya. Peringatan ini wajar diambil perhatian bagi sesiapa yang suka "mengambil kesempatan" dengan hadith-hadith untuk menghasilkan sesuatu produk contohnya.

Kesimpulan yang ringkas ingin saya kongsikan di sini, kembalilah kita kepada tradisi yang kita ada (Qur'an, Sunnah, dan amalan para ilmuwan Islam) selain menguasai ilmu yang didoktrin dari barat dalam usaha mengislamisasikan kembali ilmu-ilmu tersebut.

Sekian.

No comments: