Bismillah..
Hari ini, seperti minggu-minggu sebelum ini, saya diamanahkan untuk menilai perbentangan subjek Praktikal Ibadah bagi pelajar APIDS. Tajuk-tajuk sebelum ini seperti solat duduk, solat baring, tayammum menunjukkan bahawa Islam sememangnya agama yang mudah. Hingga sekecil-kecil perkara pun diendahkan oleh Islam.
Tajuk hari ini berkaitan dengan solat berjemaah iaitu solat masbuk dan muwafiq. Justeru, sedikit perkongsian mengenai solat masbuk dan muwafiq ini akan saya catatkan di sini.=)
Kelebihan Solat berjemaah
Sabda Nabi s.a.w : "Solat berjemaah itu lebih afdal daripada solat berseorangan dengan kadar 27 darjat"
Jika ditamsilkan darjat itu dengan wang. Cuba fikirkan, siapa yang tidak mahu jika diberi wang 27 ringgit jika kita melakukan kerja beramai-ramai, sedangkan jika kita melakukan kerja seorang diri, kita hanya dibayar seringgit.
Subhanallah, begitu pemurahnya Allah. Solat jemaah juga merupakan kekuatan umat Islam, sebagai contoh ialah 'ibrah yang boleh diambil dari kisah Sultan Muhammad al-Fateh. Sebaik-baik tentera yang mana mereka tidak meninggalkan solat berjemaah.
Solat Masbuk
Makna : makmum yang ketinggalan. (iaitu makmum yang tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca al-fatihah bersama Imam)
Situasi : 1) semasa makmum masuk berjemaah, imam sedang rukuk atau hampir-hampir akan rukuk.
---Sekiranya imam rukuk, maka hendaklah ia terus bertakbir serta niat dan berdiri sebentar(sekadar bacaan Subhanallah), kemudian terus rukuk bersama imam.
---Sekiranya dapat berhenti bersama imam semasa rukuk, ia dikira satu rakaat
Situasi : 2) Dapat membaca fatihah bersama imam, tetapi dalam masa yang singkat
---Maka hendaklah membaca al-fatihah sekadar mana yang dapat dan teruskan mengikut imam.
Solat Muwafiq
Makna : makmum yang mempunyai masa yang cukup bersama imam untuk membaca al-fatihah dengan bacaan yang sederhana ( makmum ini ketinggalan sedikit daripada imam kerana imam terlebih dahulu rukuk)
--- hendaklah dihabiskan bacaan al-fatihahnya sehingga imam sehingga tempoh imam bangun dari sujud yang kedua.
--- sekiranya makmum masih tidak selesai bacaan fatihah sedangkan imam sudah berdiri atau tahiyat akhir, maka makmum perlu memilih untuk mufaraqah(berpisah daripada imam) atau terus mengikut perbuatan imam dengan rakaat tersebut tidak diambil kira.
Sekian, wallahu'alam..
Rujukan : Indahnya Hidup Bersyariat, Telaga Biru.
No comments:
Post a Comment