Sumber : Berita Harian 21 Mei 2008
BAGHDAD: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Komander No 2 Amerika Syarikat Iraq, Leftenan Jeneral Llyod J Austin III memohon maaf kepada Perdana Menteri dan Naib Presiden Iraq selepas seorang askar Amerika menjadikan senaskah kitab suci al-Quran sebagai sasaran latihan menembak. Dalam satu kenyataan, Washington memetik Bush sebagai berkata, insiden itu mencetuskan kemarahan penduduk Iraq dan berjanji menghadapkan askar terbabit ke pengadilan mahkamah. Bush meminta maaf ketika menelefon Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki, kata Baghdad.
Austin pula menemui dua pemimpin terbabit bersama speaker Parlimen, seorang Sunnah, berikutan kemarahan rakyat Iraq terhadap tentera Amerika selepas kejadian itu terutama di kalangan penduduk Arab Sunnah. Dalam pertemuan di pejabatnya, Naib Presiden, Tariq al-Hashemi, pemimpin tertinggi Sunnah dalam kerajaan, memberitahu Austin mengenai perasaan kesal dan marah terhadap insiden itu dan ia tidak dapat dimaafkan dengan mudah kecuali ada hukuman setimpal dan jaminan bahawa kejadian seumpama itu tidak berulang. Al-Hashemi menyatakan penghargaan beliau mengenai kunjungan pemimpin tentera Amerika itu tetapi meminta supaya satu permohonan maaf bertulis dibuat pihak tentera asing itu.
Austin juga mengadakan pertemuan secara berasingan dengan al-Maliki seorang Syiah dan speaker parlimen, Mahmoud al-Mashhadani, seorang Sunnah Arab, kata tentera dalam satu kenyataan. Austin menegaskan dalam tiga pertemuan itu bahawa anggota tentera Amerika terbabit sebenarnya sudah dikeluarkan dari Iraq. Beliau memberi jaminan bahawa pihaknya menganggap insiden itu adalah serius dan bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan tenteranya, kata kenyataan itu. AP

No comments:
Post a Comment