Monday, June 9, 2008

Menteri Besar Negeriku

Bismillah...

Tanggal 6 Jun 2008 adalah kali pertama aku dapat melihat wajah menteri besar baru negeriku secara langsung(walaupun sekadar langsung dari layar skrin putih). Abun, umi, kakak, abang hafiz(abg iparku), Imran, Aisyah, Khaulah adik sepupuku dan juga Hani si kecil turut tidak mahu ketinggalan meramaikan majlis Ceramah Mesra Rakyat itu. Sayang Huda(sepupuku yang lagi seorang) tak dapat bersama lantaran demam "terkejut" rindu pada mama dan babanya..

Huda dan Khaulah

Hani

Menteri Besar Negeriku; Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin namanya. Setibanya kami sekeluarga di Padang Taman Kota Jaya, Simpang Taiping, Perak. ratusan orang atau mungkin mencecah ribuan orang sudahpun memenuhi padang itu. Meriah, sungguh meriah..kakakku berkata pada abg iparku, "yang mai ni orang2 yang ikhlas kan abang kan? bukan sebab duit ka apa ka"

InsyaAllah, mudah-mudahan yang hadir semuanya dinilai sebagai ikhlas disisi Allah termasuklah aku. Amin.
Malam itu, ceramah dimulai dengan ucapan YB Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sepetang, diikuti MP Bukit Gantang, YB Ustaz Roslan Shahrum kemudian MB negeriku sebagai penutup. Awal Muqaddimah ucapan MB (sekitar jam 11 malam) kakak dan abang iparku terpaksa beransur pulang kerana Hani, Khaulah dan Aisyah sudah mula mengajak pulang. Abun, Umi, aku dan Imran masih tidak berganjak. Ya, aku sangat rindukan suasana begini, kerana di Kelantan dulu, hampir setiap minggu aku hadiri Kuliah Tok Guru. Mungkin agak berbeza topiknya, tetapi suasana hampir sama.

YB Kuala Sepetang mengupas isu nelayan di Kuala Sepetang dan juga potensi untuk membangunkan tanaman manggis untuk dikomersialkan. YB MP Bukit Gantang menyentuh isu yang dibincangkan dalam sidang pertama dewan rakyat tempohari. Antara isunya adalah mengenai pembelian A400M( kalau tak salah) oleh Kementerian Pertahanan Malaysia yang diterajui orang kedua negara yang dikira sebagai tidak mengikut prioritas. Sebetulnya, pembelian Nuri(yang acapkali terhempas adalah lebih utama). Terkesima aku tatkala YB Ustaz Roslan menyatakan pembelian itu dibuat sebelum ada prototaipnya(hanya dalam bentuk computer design) lagi. Wah..Hebatnya..Ya, Malaysia memang hebat(hebat kalau bab membazirlah kot).




MB Negeriku

Ucapan Menteri Besar pula dimulai dengan ayat al-Quran;

"Sesungguhnya kami jadikan manusia daripada laki2 dan perempuan.....................untuk mengenali antara satu sama lain".

YAB Menteri Besar memberi alu-aluan dalam pelbagai bahasa dalam nada yang cukup lantang dan cukup mengkagumkan. Itulah kelebihan menteri besarku yang berketurunan melayu sebelah bapanya dan cina sebelah ibunya. Antara perkara yang disentuh beliau ialah berkenaan jumlah penduduk miskin tegar di negeri Perak yang berjumlah 5000 buah keluarga. Alhamdulillah dengan saki baki duit yang ditinggalkan kerajaan lama, keperluan asas seperti beras dan gula juga wang 500 ringgit dapat diagihkan. Selain itu juga, beliau menceritakan pengalaman beliau setelah menjadi menteri besar. Ya, banyak rintangannya, sabotaj yang tak sudah-sudah. Ada satu peristiwa di mana , ada pihak yang tidak bertanggungjawab menghubungi 6 buah masjid pada hari Jumaat menyatakan Menteri Besar akan turun berjemaah solat fardhu Jumaat di Masjid tersebut. Bayangkan betapa busuknya hati orang-orang ini..sampai melibatkan Solat Jumaat. MB ku berkata dalam nada berseloroh "satu Jumaat teman sembahyang 6 Masjid..mana boleh!".. Juga cerita sikap mantan MB ku yang belum berjabat tangan tanda menyerah tugas dengan beliau.. Sungguh aku fahami(mungkin bukan sepenuhnya ku fahami) perasaan itu.. "ape koman benor ke aku ni?" seloroh MB ku.. dan banyak lagi isu yang dibangkitkan seperti isu kenaikan harga minyak, tarif elektrik dan juga harga beras. MB ku juga ada berpesan usah dirisaukan lagi untuk hadir majlis-majlis seumpama ini, insyaAllah takkan ditukarkan tempat kerja. Bahagianya......


Hati kecilku berkata, beginilah caranya membangunkan masyarakat minda kelas pertama. Masyarakat ada faktor penolak untuk berfikir, membuat kajian dan sebagainya. Bukan sekadar mengikut telunjuk atau membuat dasar tutup mulut setelah mendapat sogokan pelbagai bentuk.

Begitu juga dengan mahasiswa, kalau mahu mengulas sedikit sebanyak isu politik pun sudah disekat, bagaimana minda mahu berkembang? Tersekat, disekat dan akhirnya tersekat-sekat...tak mampu mengeluarkan pandangan yang bernas dalam bersama-sama membangunkan negara tercinta. Atau dalam erti kata lain tak dapat menjalankan peranan sebagai mahasiswa yang menjadi pelapis tampuk pimpinan negara. Teringat teks pidatoku sewaktu pertandingan pidato tingkatan 3, Bung Karno pernah berkata "berikan aku 10 orang pemuda nescaya aku mampu menggoncangkan dunia......", ya..memang tidak perlu disangkal kuasa orang muda yang berkualiti merupakan aset yang sangat bernilai dalam perjuangan. Sempat menonton perbahasan parlimen oleh YB Nurul Izzah(idolaku era reformasi) yang menyentuh isu AUKU juga sempat melayari blog aktivis-aktivis mahasiswa yang memperjuangkan pemindaan AUKU yang menyekat kebebasab bersuara Mahasiswa.

Majlis Malam itu berakhir sekitar jam 12.15malam. Anak-anak kecil ada yang tertidur di riba ibu dan ayahnya. Adikku Imran tersenyum puas dapat mendengar ceramah Menteri Besar yang satu-satunya ceramah setakat ini yang tidak mengantuk katanya:)

Alhamdulillah, motivasi buat diriku. Mahu contohi insan-insan hebat ini. InsyaAllah aku doakan Kerajaan yang diketuai YAB Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin dipermudahkan urusan dalam mentadbir negeri sebaik mungkin.

No comments: