Tuesday, March 16, 2010

MARI MENGIRA =)

Hari ni, mari kita belajar mengira dalam bahasa uzbek.

Satu
Bir

Dua
Ikki

Tiga
Uch

Empat
To'rt

Lima
Besh

Enam
Olti

Tujuh
Etti

Lapan
Sakkiz

Sembilan
To'qqiz

Sepuluh
O'n

Itulah pelajaran terakhir saya dengan Zuhra, sudah sepuluh hari saya tidak bertemu dengan Zuhra. Hmmm...where are you Zuhra? Hari pertama setelah lama tidak ke surau kerana pulang ke kampung, saya melangkah dengan penuh semangat, tetapi semangat itu hilang tatkala dari jauh lagi kasut Zuhra tidak kelihatan di ambang pintu Surau. Hairan. Berfikir barangkali dia sibuk malam itu. Namun, sehingga hari ini masih tidak kelihatan, walaupun di balkoni atau di ampaian. Sedih. Hu hu..............

Wednesday, March 10, 2010

Sekadar Perkongsian

Gambar yang senget ini diambil menggunakan kamera laptop,
jadi, faham-fahamlah kenapa gambarnya senget=)


Ber"kurun" lamanya buku ini tersusun rapi di rak buku saya. Buku-buku yang bersubjekkan falsafah memang tidak menarik perhatian saya untuk dibaca (dulu). Akhirnya, dua hari yang lalu, saya mula tergerak hati untuk membacanya. Semasa zaman ijazah dahulu, subjek falsafah merupakan subjek wajib bagi memenuhi silibus pengajian Islam untuk progam Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam, UM. Runsing dan pening memahami rangkai kata subjek-subjek falsafah ini seperti Epistimologi, Falsafah Sains Islam, Falsafah Islam. Kata orang perak, "apa kebendenye ni", itulah perkataan yang keluar dari mulut saya dan juga segelintir rakan-rakan yang pening kerana tidak memahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penulis buku-buku yang berbentuk falsafah ini. Dahulu, bagi saya, falsafah hanya menyusahkan dan sesuatu yang ringkas akan jadi rumit bila diterangkan oleh orang-orang falsafah.

Tetapi, itu dahulu. InsyaAllah dan Alhamdulillah, saya kira, saya sendiri sudah merasai kepentingan falsafah.

Berbalik kepada buku Pemikir Islam : Prof Ismail Ragi Al-Faruqi oleh Abdul Halim bin Ramli. Pembacaan saya masih di bab-bab awal buku ini, namun begitu, ada sesuatu yang ingin saya kongsikan, iaitu kata-kata Prof Ismail Ragi al-Faruqi :

"....We have an extremely important task ahead us. How long are we going to content ourselves with the crumbs that the West throwing us?. It is about time that we make our own original contribution. As Social Scientist, we have to look back at our training and reshape it in the light of the Qur'an and Sunnah. This is how our forefathers made their own original contributions to the study of history, law and culture. The West borrowed their heritage and put in secular mould. It is asking for too much that we take this knowledge and Islamize it?"
-Kata-kata Al-Faruqi semasa berlangsungnya konfrensi tahunan AMSS(Association of Muslim Social Scientist) kedua di Camp Hoyt, Indiana pada tahun 1972-

Renung-renungkan.
Sekian.

Sunday, March 7, 2010

Cinta Sang Murabbi




Tajuk cinta tentu sahaja agak klise didengar. Saya sendiri mula rasa muak dengan tajuk itu. Bermula dengan larisnya Novel Ayat-ayat Cinta, maka terbitlah lambakan novel yang mempertaruhkan tema yang sama dipasaran. Tetapi, cinta itu fitrah buat semua manusia, baik lelaki atau perempuan. Semua mahu dicintai dan mencintai, cuma, betul atau salah caranya bergantung kepada keimanan empunya diri.


Cinta Sang Murabbi. Begitulah tajuk forum yang bakal diadakan pada 10 Mac 2010 di DKU API, Bakal menampilkan panelis-panelis hebat. InsyaAllah, sama-sama kita hadiri. Saya yakin, perbincangannya bukan tertumpu kepada yang "klise" itu, tetapi lebih luas berdasarkan tajuknya, cinta sang murabbi.


Saya sendiri jatuh cinta pada filem sang murabbi. Filem ini diperkenalkan kepada saya oleh sahabat saya Munirah. Munirah menyarankan saya menonton, buat penguat semangat. Syukran sahabat. Usai menonton filem ini, saya mula menanam minat untuk menjadi guru. Tentu agak kelakar didengar. Tetapi, itulah kesannya pada saya. Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada saya untuk merasa nikmatnya menjadi guru walaupun sekadar empat bulan. Tika menjadi guru sedikit masa lalu, saya sedar, ilmu saya masih banyak kelompangannya. Justeru, saya memilih untuk masih terus belajar, meskipun proses pembelajaran adalah sepanjang hayat, namun, pembelajaran formal perlu untuk insan seperti saya (perlu ada faktor penolak, jika tidak, sekadar statik bukan dinamik).


Berbalik kepada Filem Sang Murabbi. Cerita yang memaparkan kreatifnya seorang pendakwah dalam usaha menarik minat mad'unya mendekati Islam. Faktor kreatif ini sudah pasti tak akan terjadi tanpa ilmu yang mapan. Begitulah kita para daie-daie hari ini, perlu ada ilmu yang luas, teknik yang baik dalam memurnikan usaha dakwah dan tarbiyah. Peringatan buat diri sendiri yang selalu lemah dan leka. Acapkali perasaan tidak layak menghantui diri. Namun, atas dasar islah nafsak, ud'u ghaira, diri yang lemah bisa digagahkan.


Sang Murabbi. Cerita yang dimasukkan dalam kategori pembakar semangat bagi saya, selepas video-video Palestina yang pastinya membuatkan diri tak mahu berhenti belajar sebagai jihad. Namun, lumrah biasa sang manusia, mudah lupa.(diri saya sendiri terUtamanya)


Sang Murabbi. Lagu doa rabitah dan lagu sang murabbi yang sangat berbekas dalam hati. Tahniah buat pembikinnya. Moga-moga satu hari nanti, Malaysia juga punyai pembikin filem yang Islami (Islami total).


Rabitah- Izzatul Islam

Saturday, March 6, 2010

Islamic Medicine Colloquium

In The Name Of Allah Most Gracious And Most Merciful


Alhamdulillah, Segala Puji dan Puja hanya untuk Allah, pengatur sekelian alam..

Hari ini, saya diizinkan oleh Allah menghadiri Kolokium Perubatan Islam, di Auditorium Utama, Kuliyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Perjalanan pergi dan pulang dari Gombak hari ini bertemankan hujan. Syukur, setelah berbulan cuaca panas yang membahang "mencerahkan" tanah air. Akhirnya, hujan turun membawa rahmat buat tumbuh-tumbuhan yang perlukan air untuk mandiri. Juga buat seluruh makhluk di muka bumi ini. Mari lafazkan tahmid.

Islamic Medicine Colloquium dianjurkan oleh HAKIM iaitu Himpunan Keilmuan Muda dan juga IYC . Mungkin agak lewat saya mengenali HAKIM, tetapi "perkenalan" ini sangat bermakna bagi saya. Dalam usaha meneruskan kesinambungan budaya Islamisasi Ilmu, saya kira HAKIM merupakan platform yang baik.

Topik yang dikupaskan hari ini adalah berkaitan perubatan Nabi dan juga Homeopathy. Keempat-empat speaker pada hari ini sangat menarik dan bijak mengupas setiap topik yang dibincangkan. Majlis ini diakhiri dengan sebuah Forum yang panelisnya adalah speaker-speaker yang membentangkan kertas kerja.

Perubatan Islam dan Perubatan Nabi adalah dua perkara yang berbeza. Perubatan Nabi adalah berdasarkan Hadith-hadith Nabi S.A.W. Manakala Perubatan Islam pula, mencakupi seluruh tradisi dalam dunia Islam dan mengikut lunas-lunas Islam. Tertarik dengan peringatan yang diberikan Dr. Rehan Zaidi yang mengatakan jangan mudah mengutip ayat-ayat al-Qur'an atau Hadith untuk dijadikan hujah jika kita tidak benar-benar memahaminya. Peringatan ini wajar diambil perhatian bagi sesiapa yang suka "mengambil kesempatan" dengan hadith-hadith untuk menghasilkan sesuatu produk contohnya.

Kesimpulan yang ringkas ingin saya kongsikan di sini, kembalilah kita kepada tradisi yang kita ada (Qur'an, Sunnah, dan amalan para ilmuwan Islam) selain menguasai ilmu yang didoktrin dari barat dalam usaha mengislamisasikan kembali ilmu-ilmu tersebut.

Sekian.

Wednesday, March 3, 2010

Kaca Mata Seorang Marhaen


Seorang demi seorang melompat..
agaknya sudah rimas menjadi manusia
mahu cuba-cuba jadi sang "lompat"...
apa yang tak kena ya?
Iyala..
Siapa tak mahu jadi sang lompat
Kalau poket bisa jadi mampat...?


Runsing sang marhaen memikir...
sang marhaen yang hanya punya akhbar dan tv di rumah
akhbar ini kata begini
akhbar itu kata begitu
pening pening...
tv?
kotak empat segi itu
muak, loya, jelik
sampai geli tekak mahu menonton


Pening sang marhaen siapa peduli
Duduklah sang marhaen memikir sendiri
apa kan jadi negaraku ini?

Monday, March 1, 2010

Israel Mengganas Lagi

"Israel ?"

" Ya, si negara haram itu mengganas lagi."

"Owh, ku fikir mereka sudah insaf" kata si merah sambil menggigit selera burger Macadonol."sebab tu aku ajak kau ke sini".

"Apa kau fikir ada perkataan insaf dalam kamus kehidupan mereka yang keji itu?, dasar negara haram, merampas sesuka hati," kata sang hijau sambil terkenang negerinya pernah menjadi mangsa rampasan kerajagaan yang kejam. Dek kerana sukar menerima kekalahan, akhirnya kera-kera itu merampas dengan cara kotor. Huh. Tapi sukar juga disalahkan kera-kera itu, bak kata pepatah, tangan yang ditepuk sebelah tidak berbunyi. Begitulah kurang lebih maksudnya.

"apa kau sedang menyindir aku?" si merah bangun ke singki membasuh tangan usai perutnya kenyang menjamah burger macadonol tadi.

"Menyindir? apa yang kau terasa?"

"Ya lah, kau mahu menegur aku bukan? Aku tahu, burger ini untungnya buat negara haram itu, tapi aku tak fikir untung yang sedikit ini cukup untuk di buat peluru, ya, barangkali jika dibuat peluru pun, anggap sajalah peluru ini sesat barangkali, ataupun peluru yang terkena yahudi itu sendiri"

Argh..banyak pula alasan si merah ni," Suka hati engkaulah." "Jomla kita, aku tak sanggup berlama-lama di sini".

"Alah, kau teringin bukan?"sang merah menduga. makan sajalah sedikit.

"Bukan aku teringin, bahkan aku tak lalu".

Terjegil mata sang merah mendengar, seraya bangun membuntuti sang hijau sambil senyum mengejek.

"Hijau, habis, kau langsung tak guna barang-barang yang perlu dipulaukan itu?"

"ya, aku guna, handphone aku ni, kau tak nampak"

"kenapa kau tak campak saja"

"aku akan campak, bila dah rosak"

"tengok..iman kau pun tak sekuat mana"

"kalau dah beli si merah, dan kita buang sedangkan masih elok, bukankah itu membazir namanya".


"yalah, berdalihlah lagi, sudahlah, aku bosan bicara dengan kau" kata sang merah sambil menghidupkan enjin motornya.

"yalah, hati-hati menunggang tu, mengucap dulu, siapa tahu ajal kau atas jalan raya"

"ya..kau pun, eh..jangan lupa, malam ini konsert amal palestina, aku pengarahnya, kalau tak ramai yang pergi, malu aku" sang merah menutup bicara.

Apa? Masakan dia pengarahnya...senang lenang saja dia berbicara seolah tiada rasa simpati, rupanya dia pula yang anjurkan konsert amal itu..apakah tujuannya? Istighfar panjang sang hijau, apa nak jadi ya dunia ini. Bisik hatinya sambil membelek-belek akhbar hari ini. "Tentera Israel ceroboh Masjid al-Aqsa". Ya Allah, apa saja yang boleh aku lakukan. Aku mahu berjihad di sana..tapi jihad ku disini pun aku gagal. Tak mengapa hijau, jangan putus asa...suara nuraninya menitip semangat.

Friday, February 26, 2010

Rindu yang tak pernah padam......


12 Rabiulawal...
Hari lahirnya seorang Insan Agung...
Rasulullah S.A.W...
Mengingati kembali Sirah perjuangan Rasulullah S.A.W, membuatkan hati sayu. Betapa Rasulullah sungguh sabar mangharungi pelbagai mehnah dan tribulasi dalam menegakkan Islam.

Malu dengan diri sendiri yang kononnya mahu menjadi pejuang Islam, tetapi apabila diduga sedikit, lemah tersungkur..

Rindu Rasulullah...rindu yang tak pernah padam..

Alangkah Indahnya Hidup Ini-Raihan

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahMu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...

Monday, February 22, 2010

Benih-benih Rindu yang Bersemi

Dedikasi buat rakan-rakanku ;
Safiyah, Aishah, Mai, Zai, Suhaily, Rose, Majmuah 4 seluruhnya,
Suriati rakan sebilik di UM, Nilam Puri,
Fana, Ain, Shafra, Zaza, Wani, sahabat2 biotek seluruhnya..
Jua semua sahabat-sahabat yang pernah hadir dalam hidupku..





Benih-benih rindu ini mula bersemi,
Kala ku lalui kehidupan ini sendiri,
Sahabat, bayangan kalian sentiasa hadir,
Membuatkan aku terkadang senyum,
Terkadang menitiskan air mata,
Mengenangkan segala suka duka bersama...





Maafkan aku sahabat-sahabatku,
Andai sepanjang persahabatan ini,
Aku tidak memberi hakku sebagai sahabat,
Maafkan aku andai terguris hati kalian dengan kata-kataku,
Maafkan aku andai ada hajat kalian yang tidak ke penuhi..




Kala sendiri meniti hari di varsiti tercinta ini,
Melalui KPS, DTC, Tasik Varsiti, Fakulti juga Akademi,
Sungguh wajah-wajah kalian bagaikan tetap disini,
Meskipun realitinya tidak..




Sahabat-sahabatku,
Aku rindu munaqasyah bersama kalian,
Kala musim imtihan datang,
Segala kekusutan dapat dirungkaikan,
Bersama bersusah menghadam nota-nota kuliah,
Bersama tawakal menerima apa jua natijah..


Sahabat-sahabatku,
Kala aku rasa aku bodoh,
Kalian meyakinkan aku mampu lakukan,
Kala aku rasa malas,
Kalian memaksa aku menjadi rajin,
Kala aku rasa putus asa tidak memahami pelajaran,
Kalian berusaha memberi pemahaman...






Sahabat-sahabatku,
Haluan kita mula berbeza,
Ada yang sudah bekerjaya,
Ada yang sudah berumahtangga,
Ada yang masih selesa bercuti di rumah...
Apapun dan dimanapun kalian,
Doaku moga bahagia semuanya...




Aku masih di varsiti ini,
Menghirup udara nyaman kenangan 3 tahun yang berlalu..
Sesekali bayu berpuput,
Membawa benih-benih rindu,
Untuk disemaikan di tanah hati ini..
Hatiku membuahkan buahan rindu yang segar,
Dipetik cermat agar tak jatuh berderai menyembah tanah..
Semoga selamanya bugar buah-buahan ukhuwah ini..


Monday, February 15, 2010

Hijab : It is compulsory for us?


Seorang rakan saya bertanya, "I'm suprised when I see some arab people do not wear the Hijab, in fact they fully understand what the Quran says" dan dia berbicara lagi, "I do not see the differences between me and those who wear the hijab, because sometimes the wear the clothes that more tight than me, and i'm confused wether it is compulsory for us to wear the hijab or just compulsory in Solah?" dia meneruskan lagi bicara dengan wajah yang jelas kebingungan, " Why so many restriction in Islam for us as a women? We can't do this, can't do that."

Hati saya berbisik, bersediakah aku untuk menjawab segala persoalan ini dengan hujah-hujah yang tepat, dan yang paling penting, bagaimana aku ingin memberi penjelasan kepada dia menggunakan bahasa dia? Ligat otak berfikir, apakah jawapan yang perlu aku berikan? Peti suara lantas mengambil tempat, "Em...actually, i'm not the right person to answer this question, but for me myself, I believe that Allah create us, and Allah know what is the BEST for us. And for me, all those thing that seem like restriction actually is protection, yeah, you can ask you brother how he feel when he see women that not cover their aurat.."jawapan yang pasti tidak dapat memenuhi persoalan-persoalan itu. Namun, itu sahaja yang mampu saya jelaskan, bimbang, jika lagi panjang penjelasan, lagi banyak kesalahan dan salah faham berlaku.

Sungguh, terasa amat kejahilan diri ini. Allah sedang menguji diri ini. Perlu terus belajar dan terus belajar untuk menjadi pendakwah yang baik. Juga, saya sedar betapa penting menguasai pelbagai bahasa. Semoga ketekunan tersemat abadi dalam jiwa ini. Tekun menekuni ilmu, tekun melaksanakan apa jua kerja sebagai ibadah.

Marwa El-sherbini: Mati dalam mempertahankan Hijab


Marwa el-sherbini, wanita kelahiran Iskandariah, Mesir. Merupakan anak kepada seoarang Ahli Kimia Ali el-Sherbini. Marwa berhijrah ke Dresden, Jerman bersama suami, Elwi Ali-Okaz yang memperoleh ijazah kedoktoran di Max Planck Institute for Molecular Cell Biology and Genetics, Dresden, Jerman.

Marwa, 32 tahun tinggal berjiran dengan Alex W, seorang immigran Russia berketurunan Jerman yang sangat membenci Islam. Pada Ogos setahun lalu, Marwa memfailkan saman terhadapnya lantaran kebiadapannya mencerca Marwa Terrorist gara-gara dia memakai hijab. Malah, Alex pernah mencuba beberapa kali untuk menanggalkan tudung yang dipakai Marwa. Rentetan itu, Alex telah diputuskan bersalah dan didenda 780 Euro.

1 Julai lalu, Alex mengemukakan rayuan terhadap kesnya. Di dalam mahkamah, dia telah menikam Marwa berulangkali sebanyak 18 tikaman. Suami Marwa, Elwi Ali-Okaz meluru untuk melindungi isterinya tetapi telah ditikam di paru-paru serta terkena tembakan polis yang berada di situ. Marwa meninggal di tempat kejadian manakala suaminya berada di dalam keadaan kritikal. Lebih menyayat hati, Marwa ketika itu sedang hamil 3 bulan dan meninggalkan seorang anak lelaki, Mustafa yang baru berusia 3 tahun.

Begitulah kisah perjuangan dan keberanian seorang wanita dalam mempertahankan haknya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah.

Malaysiaku dan Hijab

Malaysia merupakan negara yang majoritinya adalah penduduk beragama Islam dan pemakaian tudung bukanlah sesuatu yang ganjil di Malaysia. Namun begitu, ramai yang masih buta atau pura-pura buta melihat keperluan tudung sebagai satu fesyen atau trend sahaja. Hakikatnya, tudung bukanlah dipakai untuk memeriahkan dunia fesyen, tetapi tudung dipakai tanda ketaatan dan pemeliharaan kepada sucinya seorang wanita.

Ramai yang masih sempit pemikiran soal aurat. Adakah menutup aurat sekadar menutup rambut atau meletakkan selendang di atas kepala? Tidak. Aurat dilindungi dengan memakai pakaian yang longgar, tidak nipis dan tidak jarang. Aurat juga melibatkan ketulusan hati dan keikhlasan jiwa si pelindungnya. Hari ini, ramai yang memakai tudung, tapi seluarnya ketat hingga menonjolkan bentuk betis dan sebagainya, baju juga ketat hingga menampakkan segala-galanya, tudung pula diangkat hingga benar-benar sekadar menutup kepala sahaja. Dan tidak cukup dengan itu, rambut juga disanggul tinggi menzahirkan tingginya mahkota sang wanita.

Mari bersama muhasabah kembali , apakah benar kita sungguh-sungguh mengamalkan Islam dari hati yang suci dan niat hanya kerana Ilahi.? atau sekadar seolah-olah terpaksa..."nampak seperti menutup, sebenarnya membuka"


Tuesday, February 9, 2010

Mengintai Ilham dari Samarkhand



Balai cerap di Samarkhand


Bismillahirrahmanirrahim..

Samarkhand dan Bukhara merupakan dua bandar yang terletak di Uzbekistan. Apabila disebut kedua nama bandar ini, pasti ramai yang terbayangkan tentang sejarahnya. Saya masih baru belajar untuk menekuni sejarah. Masih bertatih. Namun begitu, saya sungguh teruja untuk berkongsi. Hanya perkongsian ringkas, namun, cukup untuk memotivasikan saya secara peribadi untuk menjadi muslim yang lebih cemerlang. InsyaAllah.

Observatorium di Samarkhand
Institusi Balai Cerap di Samarkhand, adalah institusi kedua yang dibina selepas Balai Cerap di Maraghah. Institusi ini dibina oleh Ulugh Beg mengikut asas yang dipelopori di Maraghah. Balai cerap merupakan tempat ahli astronomi memerhati cakerawala dan bintang.

Ibnu Sina Bapa Perubatan
Ibnu Sina, atau nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Husain Ibn Abdullah Ibn Sina merupakan tokoh yang terkenal dalam bidang perubatan. Namun begitu, kepakaran beliau bukan sahaja terhad kepada bidang perubatan malah beliau juga seorang ahli politik, ahli sains dan juga ahli falsafah. Beliau dilahirkan di Bukhara pada tahun 370 H(980M) . Karya Ibnu Sina yang termasyhur ialah Kitab Al-Qanun fi al-Tib. Pendapat Ibnu Sina yang perlu difahami masyarakat hari ini ialah, penyakit boleh ditolak dengan ketahanan badan yang tinggi. Pengambilan ubat hanyalah sebagai peransang kepada ketahanan tersebut. Tanpa ketahanan yang cukup dalam tubuh, ubat adalah tidak berfaedah.

Ilham dari Sejarah
Apabila kita menekuni sejarah sesuatu bangsa, iktibar dari sejarah yang kita pelajari itu amat berguna untuk perjalanan masa depan diri kita sendiri. Sebetulnya, faktor penolak yang membolehkan saya menyelongkar kembali sejarah ini ialah sahabat saya Zuhra. Zuhra seorang yang suka membaca, kerana itu tidak hairanlah mengapa beliau begitu rajin belajar. Zuhra mempunyai dua sarjana muda dalam Bahasa Inggeris dan juga Jurisprudence.

Pelajaran kedua saya untuk kelas Bahasa Uzbek percuma bersama beliau kali ini adalah mengenai Musim dan juga tatabahasa yang benar-benar memeningkan,


Musim/ Season/ Fasllar

Winter
Qish

Spring
Bahor

Summer
Yoz

Autumn
Kuz

Sun
Quyosh

Moon
Oy

Star
Yulduz

The Sky
Osmon

The Earth
Er
Rujukan:

1. Wikipedia
2. Shaharir et. al., (1985) Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains Dan Teknologi. DBP : Kuala Lumpur.
3. Mahmood Zuhdi, (2003) Tokoh-tokoh Kesarjanaan Sains Islam. DBP : Kuala Lumpur.

Thursday, February 4, 2010

MY NAME IS ZUHRA

Bismilllahirrahmanirrahim...

Suatu hari, selepas solat maghrib di surau kolej (surau blok A yang jarang-jarang ada jemaah), saya berkenalan dengan seorang pelajar sarjana dari Uzbekistan. Pertama kali saya melihat wanita ini, saya meneka, tentu dia dari Iran, kerana terlalu ramai orang Iran di Kolej ini(khususnya di blok A) sehinggakan terkadang saya rasa seperti berada di Iran. Selepas menyapanya, saya bertanya namanya, "My name is Zuhra". "Where're you come from?", Uzbekistan. Dengan lagak konon-kononnya tahu di mana Uzbekistan, saya pun bersuara, "Yeah, i know, Uzbek is near with Iran right?"(tanpa mempedulikan grammar betul atau salah). "Noo", "Owh, near with Russia, right!"dengan semangat saya meneka. "Noo"jawabnya sambil ketawa sedikit. "Uzbekistan is near by Kazakhstan to the west and to the north, Kyrgyzstan and Tajikistan to the east, and Afghanistan and Turkmenistan to the south. Banyak Zuhra bercerita tentang Kazakhstan, dari soal sejarah hinggalah soal politik negara, semuanya diceritakan dengan penuh bersemangat. Saya terfikir, bagaimana jika saya ke negara orang, apa yang saya boleh ceritakan pada mereka? Saya hanya tahu Malaysia terdiri daripada 13buah negeri, 3 Wilayah Persekutuan. Ada kaum cina, India, Melayu, Iban, Kadazan, Dusun dan sebagainya...Selain daripada itu, politik? saya hanya tahu barisan nasional dan pakatan rakyat, apa lagi? Sejarah? Tak tahu menahu....Aduuh...Terasa betapa TEROK nya diri ini... sebagai tanda persahabatan kami, Zuhra mengajarkan saya bahasa Uzbek, sangat teruja kerana saya memang peminat pelbagai bahasa.

Bahasa Uzbek
Bahasa Uzbek dituturkan di Uzbekistan, Kyrgyzstan, Afghanistan, Turkmenistan, Tajikistan, Russia, juga segelintir di China dan Israel si negara haram. Pelajaran pertama yang saya belajar ialah, Greetings.

Greetings/ salomlashish

Good morning
Hayirli tong

Good day
Hayirli kun

Good evening
Hayirli kech

What are u doing?
Nima qilyapsan?
Nima qilyapsiz(for older)?

How are u?
Qalaysan/siz?
Yaxshimisiz/san?
Tuzukmisiz?
R : Yaxshiman/ Tuzukman

I
Men (sebutnya Miyen)

You
Sen (sebutnya Siyen)

He, She, it
U

We
Biz (sebutnya bez)

They
Ular ( bukan ular sawa atau ular tedung ye)

Samarkhand dan Bukhara
Samarkhand dan Bukhara adalah dua bandar yang terletak di Uzbekistan. Tentu sahaja ramai yang tahu tentang dua bandar ini...apa ya yang menarik?
Hm....

Wednesday, February 3, 2010

MEMANDU DI KOTA KAHERAH




Sengaja entri ini ditulis. Melayan rindu pada Bumi Anbiya' yang menebal dalam hati, menyemak kembali fail gambar-gambar tika di sana, terkenang jalan raya Kaherah yang amat sibuk. Kaherah, ibu kota Mesir yang padat dengan manusia. Kaherah dikatakan sebagai bandar paling padat penduduk di Benua Afrika. Kaherah juga digelar sebagai "Kota Seribu Menara". Dengan populasi 6.8 juta penduduk pada keluasan 214 kilometer persegi, tidak hairanlah mengapa jalan raya di Kota Kaherah menghadapi masalah kesesakan hampir setiap masa.

Setiap hari ke Kuliyyah Darul 'Ulum, kami menaiki tremco yang disewa khas bagi memudahkan perjalanan kami. Tremco adalah salah satu daripada pengangkutan awam yang terdapat di Mesir. Antara pengangkutan awam lain ialah, Metro, Teksi, dan juga Bas. Hari pertama menaiki Tremco adalah ketika kami ke Universiti Kaherah untuk berjumpa dengan Dr. Hassan Basri dan juga ke Kuliyyah Darul 'Ulum untuk menduduki peperiksaan Mustawa Lughah. Hari pertama, saat masing-masing masih kebingungan di negara orang kami bertambah bingung melihat jalan raya Kota Kaherah yang sangat "caca-merba". Seolah-olah tiada peraturan jalan raya, laluan yang sepatutnya hanya membolehkan sebuah kereta melaluinya, terkadang lima kereta berderetan selamba. Jarak antara kenderaan dengan kenderaan sangat dekat. Lebih memburukkan keadaan ialah cara pemanduan pemandu tremco kami yang suka memecut dan suka berhenti mengejut. Hari pertama, sahabat saya Suhaizana, tak dapat menahan rasa loyanya, dan akhirnya dia pun "...................."

Sepanjang satu bulan di Kaherah, tidak pernah sekalipun saya melihat lampu isyarat menyalakan lampu merah atau hijau, kerana lampu isyarat sentiasa memancarkan lampu kuning sebagai tanda berjaga-jaga. Uniknya jalan raya di Kaherah bukan sekadar dipenuhi kenderaan bermotor tetapi binatang-binatang seperti unta, kuda dan baghal juga masih digunakan sebagai kenderaan untuk membantu manusia.

Sepanjang perjalanan pergi ke Universiti Kaherah, saya suka memandang jauh ke luar, melihat setiap inci pemandangan yang terbentang di depan mata. Walaupun jalannya sesak, banyak yang boleh dipelajari. Melihat ibu mengendong anak, melihat si ayah yang bersungguh-sungguh bekerja, melihat masyarakat arab yang turut sama terjajah dengan "ghazwatul-fikr" serangan Barat.

Walaupun jalan raya Kaherah amat sesak dan amat mencabar, terbit juga keinginan dalam hati mahu merasa pengalaman memandu di Kota yang sesak itu. Hmmm...bagaimana ya?

Tremco yang dibawa 'Ammu Sa'id dan 'ammu Ramadhan

Sunday, January 31, 2010

MASA ITU KEHIDUPAN



Bismillahirrahmanirrahim.

MASA ITU KEHIDUPAN
Masa itu kehidupan. Begitulah kata-kata hikmah yang diungkapkan sebagai petunjuk kepada betapa pentingnya masa diuruskan dengan baik. Pensyarah saya semasa Daurah Bahasa Arab di Universiti Kaherah Dr. Mustafa Qutb pernah bertanya, "ma hua al-waqt" (apa itu masa), ada yang menjawab masa itu emas, masa itu kehidupan, masa ibarat pedang dan sebagainya. "jika saya, saya memilih masa itu kehidupan, mengapa? cuba teliti situasi ini, jiran saya sakit dan meminta untuk dibawa ke Hospital, sedangkan tika itu saya punyai banyak kerja yang perlu disiapkan. Jika saya memilih masa itu emas, saya pasti tidak mahu masa saya diambil orang, tetapi jika masa itu kehidupan, justeru untuk sebuah kehidupan yang diberkati, kita mesti membantu orang lain apatah lagi jiran kita sendiri". Pulang dari Bumi Kinanah, saya memegang kata-kata Dr. Mustafa, kerana terkadang saya juga manusia yang sangat berkira tentang masa.

Tentang masa juga, Dr.Hassan Basri pernah bercerita, sewaktu mula-mula bekerja di Mesir pernah sekali beliau pengsan kerana terlalu stress. Dr. Hassan seorang yang sangat disiplin dan sangat menepati masa, tetapi apabila bekerja dengan orang arab, masalah besar yang dihadapi beliau ialah selalu menjadi "penunggu". Kuat mengelat kata orang utara, begitulah tamsilannya bagi segelintir(atau entahkan kebanyakan) orang mesir. Kalau ditanya, "aina anta" atau "limaza taakhkharta(kenapa lambat)" pelbagai alasan diberi. Bagi orang seperti Dr. Hassan tentu sahaja tertekan, mahu dimarahi, tahu-tahu sajalah negara orang. Tetapi, sebagai solusinya, Dr. Hassan bercerita, setiapkali ada temujanji, beliau sudah menjangkakan kelewatan pasti akan berlaku, justeru, masa "menunggu" itu beliau isikan dengan melakukan kerja-kerja yang lain, membaca buku dan sebagainya.

Satu lagi cerita, sewaktu saya menziarahi bekas pensyarah saya, Dr.Shaharum yang merupakan Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Kubang Kerian, kata beliau, "cuba kita nisbahkan umur kita dengan umur semasa hayat Rasulullah S.A.W, agak-agakla berapa tahun lagi kita akan hidup? dan apa yang sudah kita lakukan untuk Ummah sepanjang hidup ni?" Jawapannya untuk saya sendiri, masih belum ada apa-apa yang dilakukan. Astaghfirullah..

KONVENSYEN PEMIKIRAN HASSAN AL-BANNA

Semalam, saya bersama teman dan adik sebilik berpeluang menghadiri Konvensyen Pemikiran Hassan al-Banna di UNITEN anjuaran ISMA dengan kerjasama JAWI. Dianggarkan 3000 orang yang hadir dari seluruh negara memenuhi ruang Dewan Sri Sarjana, UNITEN semalam. Kertas kerja yang dibentangkan seputar isu politik tanahair dan bagaimana mengaplikasikan pemikiran Imam al-Banna dalam menyelesaikan permasalahan ini. Kesatuan Melayu juga dibangkitkan. Pada saya, Melayu hanya boleh bersatu jika semua Melayu yang layu itu menerima Islam secara sungguh-sungguh, bukan pada acara rasmi-rasmi sahaja. Bagaimana pula dengan melayu yang faham agama juga masih bertelingkah?, saya simpulkan yang masih bertelingkah juga belum menerima Islam secara sungguh-sungguh. Itu hanya simpulan saya, budak baru mahu mula belajar yang cetek ilmu pengetahuan ini.






Namun, bukan itu yang saya mahu kongsikan di sini, biarlah yang bijak-bijak dan cerdik pandai sahaja yang mengulas tentang kertas kerja semalam. Saya cuma tertarik dengan Undang-undang Perubahan yang digariskan oleh Imam As-Syahid Hassan al-Banna, iaitu antaranya:
Elemen pemuda. Imam al-Banna menegaskan,

"sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka ke arah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut: yakin, ikhlas, semangat dan amal adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda."

Imam al-Banna juga menyifatkan pemuda sebagai tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan , malahan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Ayuh muda-muda. Mari cintakan Islam, selagi nadi masih berdenyut, mari bersama perbaiki diri agar menjadi Individu Muslim yang benar-benar berjaya dalam memastikan baitul muslim , mujtama' muslim dan khilafah Islamiyah benar-benar berjaya dibina kelak.

Hargailah masa mudamu...sebelum tiba masa tua...
Hargailah masamu..kerana masa itu kehidupanmu....



Friday, January 29, 2010

TAHNIAH PRO-M

Tak kiralah menang atau kalah...tahniah Pro-M!



Cerita semalam..

Semalam merupakan hari pengundian bagi pilihanraya kampus. Pengundian kali ini menggunakan sistem e-undi. Justeru, keputusan pengundian dapat diketahui lebih cepat berbanding pilihanraya sebelum ini yang keputusannya hanya dapat diumumkan setelah jam 2-3 pagi. Saya tidak melepaskan peluang untuk menghadiri pengumuman tersebut di DTC petang semalam.

Tiba di DTC bersama Kak Huda jam 6 petang, sewaktu masa pengundian telah ditutup, ternyata sudah ada mahasiswa yang memenuhi perkarangan DTC. Tetapi mungkin hanya 30 peratus sahaja penyokong pro- mahasiswa yang ada ketika itu. Penggerak langsung tak nampak kelibat mereka.

Sementara menunggu masa dibenarkan masuk ke dewan, saya dan Kak Huda membuka cerita masing-masing, maklumlah lama tak jumpa. Bercerita tentang Mesir tentu sahaja tak akan habis ceritanya, tiba-tiba, "eh! Dr. Hassan", Dr. Hassan merupakan pengarah Malaysian Student Department di University Cairo, beliaulah bagaikan bapa tika kami di Mesir bulan 6 tahun lalu. Mungkin inilah "chemistry". Dr. Hassan pulang untuk menghadiri Mesyuarat bersama NC dan juga menghadiri sesi Viva pelajar PhD beliau. Menyuarakan hasrat untuk ke Mesir lgi, ahlan jawab ustaz. Dr. Hassan seorang yang sangat berdisiplin dan berwibawa. Beruntung mengenalinya.



Dr. Hassan(berbaju batik) pada malam menyampaikan sijil peserta kursus Bahasa Arab
di Kuliyyah Dar el-Ulum, Universiti Kaherah

Kurang lebih jam 6.30 petang, mahasiswa dibenarkan masuk. Namun, tika itu masih ramai yang belum hadir, barangkali ramai yang menjangkakan pengumuman akan dibuat sebelah malam. Mungkin, getus hati. Memilih kerusi yang paling hampir dengan skrin memudahkan saya untuk melihat keputusan yang diumumkan. Melihat senyuman ayahanda TNC membuatkan hati gusar. "lain macam ayahanda senyum" bisik Kak Huda. Saya memberitahunya, tahun lepas instinct saya mengatakan Pro-M kalah, tetapi ternyata menang, tahun ini gerak hati saya juga berkata begitu. Maknanya, yang pertama, InsyaAllah Menang, Kedua, gerak hati saya ini ternyata tak boleh dipakai. Ketawa kak Huda mendengarnya.

Pengumuman dibuat oleh Dato' NC bermula dengan calon-calon yang menang tanpa bertanding, ternyata GERAK mendahului. Kemudian, calon yang menang untuk fakulti, jujurnya saya langsung tidak mengenali calon fakulti. Justeru, saya hanya melihat reaksi Pro-M dan GERAK, siapa yang bersorak tanda dia menang, dan ternyata GERAK juga yang bersorak lebih. Badan mula menggeletar, air mata hampir ditumpahkan. Tiba pengumuman untuk Calon Umum, Alhamdulillah...Pro-M menguasai 8/9. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.


GERAK, Pro-M dan Perubahan.

Saya bukanlah sesiapa untuk mengulas berkaitan perubahan di Kampus. Saya hanyalah mahasiswa biasa yang memerhati dan terkadang terlepas pandang juga dengan apa yang berlaku. Tetapi, jujurnya, saya yakin Gerak tak mampu membuat apa-apa perubahan pun. Bagi saya, pendokong-pendokong gerak hanyalah mangsa-mangsa hedonisme yang tahu berhibur sahaja. Maafkan saya jika salah. Tetapi saya yakin, jika sesiapa sahaja membuat perbandingan Pro-M dan Gerak, tentu elemen berhibur itu berjaya ditonjolkan oleh GERAK. Suka meniru dan kering idea, itu juga saya kira sesuai untuk gerak, kala Pro-M memilih oren, mereka memilih kuning, kala Pro-M dengan hidup Mahasiswa, mereka dengan hidup GERAK. Kembangkan sikit minda kalian, jangan meniru saja.

Pro-M dan perubahan, Keep on Changing..Yes We Can. Saya yakin Pro-M sentiasa boleh melakukan perubahan. Biiznillah.

Semoga kalah dan menang yang diperolehi ini tetap tidak menggugatkan keimanan dalam diri kita. Buat aktivis-aktivis Pro-M, jaga akademik kalian, laksanakan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai pelajar di Uni Perdana ini. Paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah, insyaAllah mudah hubungan kita sesama manusia.

Wednesday, January 27, 2010

CORAT CORET

HARI HARI SEORANG PENUNTUT ILMU

Yup...setiap hari aku sebagai penuntut ilmu...Experience is the best teacher..i agree with that..penat berbahasa baku, kali ni nak berbahasa rojak plak..today is my busy day (i dont peduli if my grammar is bad)dari pagi menunggu bas...tak sampai-sampai...sejak tak berkereta ni, bas menjadi pilihan utama (bukan IKIM)..motor? kurang suka..dan tak retipun bawak motor..berbalik kepada bas..oleh kerana bas tak datang-datang..after that, i choose taxi to go to fac science..hari ni hari keempat appoinment dengan Prof. my 2nd supervisor for master research..hopefully tak cancel lagi macam sebelum2 ni..nak sangat jumpa prof..Alhamdulillah..9.30pg, mesej prof.."prof..boleh saya jumpa pagi ni?"...telepon pon menyala dan bergegar kemudiannya(sebab silent, so bergegarla) "Boleh, saya baru nak ke pejabat"..tersenyum girang aku membaca mesej tu...akhirnya....

10.20 pagi, "assalamualaikum prof", prof pon kata masuk2 sumaiyah..berbincang panjang dengan prof..almost 2 hour, Alhamdulillah...banyak ilmu yang dicurahkan..i've bad habit, suke takut2 nak suarakan pendapat, and dah ditegur oleh prof.."dont be scary at me..just say what u want to do for ur research, then we will discuss"..prof menegur kebanyakan student hari ni, just follow what their supervisor give and ask...expand ur mind!! u're researcher..not follower..itula kata-kata prof yang sangat berbekas di hati nie...cuba u tengok Einstein..dia just tengok buah, and ask, bakpo buah ni jatuh ke bawah tak naik ke atas..then he thank and come out with gravity theory..and all over the world till now use it..

yeah..after almost 2 hour..very long discussion...i'm realise that i need to learn...learn and learn more to make sure aku betul2 kuasai apa yang aku nak kaji nih...huhu..Allahumma Yassir Umuri Fid Dunya Wal Akhirah...

Habis jumpa prof, ke lab AG.1 kacau suriati(bekas rumate kat NP dulu) buat keja..pastu ajak su makan tengahari..nak makan kat mana? Rumah U ke FaksSc? KPS, jawabku tanpa peduli KPS tiada dalam senarai..hajat hati nak belanja su makan setelah lama tak jumpa..tapi rezeki..su pulak mendesak2 nak blanje..pastu aku pulak mendesak2 nak blanje su air...then, ke CIMB, buat CIMBClicks, supaya mudah urusan transfer-menransfer duit lepas ni..bayar yuran pon senang..rezeki murah..dapat sotong kurita mainan hadiah dari CIMB..hehe.....(tak tau nak wat apa..bleh bagi kat anak menakan).

Then...waiting for bus again.....almost 35minute..akhirnya...aku menyedekahkan sekali lagi duit pada pakcik taxi.."pakcik berenti kat IPS ye"..(jimat skit duit)..kat IPS, buat urusan pendaftaran subjek..then jalan kaki ke kolej yang dikuasai penggerak mahasiswa ni...(pulang disambut banner2 kuning)..hadui...sakit mata(walaupun suke warna kuning)..

balik kolej..rehat2 tarik nafas..legakan kepenatan....kekejangan kaki dan sebagainya...menyarung kembali kasut yang dah berlubang-lubang tu..kali ni destinasinya API..tempat paling damai kat UM ni(bg ana la..).jumpa kak ani kesayangan student SGPI, bagi tesis suriati untuk pertandingan tesis..mudah-mudahan berjaya..amiin..then, balik ke kolej bersama rumate menggunakan dua batang kaki yang dikurniakan Allah ni(moga adala kalori yang terbakar)...


PRK 2010

Hari ni, hari terakhir adik-adikku berkempen..and aku dapat tahu..juniorku SGPI ada yang jadik calon GERAK..adui..istighfar panjang aku dibuatnya.................
PRO-M dan GERAK, which one yang patut disokong..tanpa ragu-ragu..aku memilih PRO-M..walaupun takyah mengundi...nak pilih jugak..Semoga Allah berikan kemenangan buat kalian..sebak ada, terkilan pon ada sebab tak dapat nak tolong apa-apa pun sem ni...nak harapkan PRK akan datang..lagila tak bleh kot...walaupun aku ni bukanla sape2..tapi jadi tukang basuh pinggan pon amat bermakna dah..masalahnya, tahun nie..jadi tukang basuh pinggan pun tak...maafkan akak ye adik2 ku sayang...(walaupun ada yang sebaya..akak jugak la..i'm senior..hehe...

BUKU

sejak bergelar pelajar sarjana ni..sehari mesti paling koman, baca 5 page...itu syarat wajib untuk diri sendiri...kalau tak 10 tahun pon takleh siap tesis ni...bila bace2..hadeh..peningnya nak paham..kalo dulu(waktu undergrad) bila tak paham je mule la menyendeng kat kawan2 lain..zaza, ain, wani, fana or shafra...ape ni ek..tak pahamla..tapi bila dah sorang-sorang ni....tak paham pon kena perah jugak otak sampai paham....bak kata Dr. Ishak, supervisorku...memang peningla dulu nak jadi sarjana ni...dr. Ishak...sangat supportive...Alhamdulillah...rasa lega je setiap kali lepas jumpa Dr....semangat yang luntur...bagaikan di basuh dengan breeze..berseri-seri semula..

Buku owh buku....
haa... Kalau nak beli buku, kalau suka buku keluaran telaga biru, belila kat kedai maya abg ipar saye...kat sini : http://www.stormreaders.net/hafiz...
InsyaAllah..akan bertambah ilmu kita dengan membaca..


TOMORROW...

Tomorrow never die...NO NO..tomorrow maybe i'll die......teringat potongan ayat quran Kullu nafsin zaiqatul maut...sultan johor and tan sri ghazali dah pun pergi...yang paling rapat pergi tahun 2010 ni..ialah ayah sahabat baikku...arwah pakcik azizi, ayah kepada munirah azizi...air mata tak tertahan sewaktu membaca mesej "mayah, ayah mun dah takde"...rasa mahu saja meraung sekuatnya, innalillah wa inna ilaihi raji'un..begitulah adabnya seorang muslim pabila berhadapan dengan kematian..ya Allah..mungkinkah esok giliran aku? Ya Allah..matikan aku dalam Iman....kali terakhir bersua muka dengan pakcik azizi, aku ke rumahnya membawa kuih donut, hasil buatanku yang menggunakan resepi isterinya(mak munirah)..pakcik menegur "awat bawak sikit sangat"...actually i just wanna know wether my donut jadi or not, so bawak la ckit..and mak mun cek, hampir lulus tok guru donutku berkata...waktu tu, pakcik azizi pon menjamah jugak donut pemberianku yang sedikit itu..itulah kali terakhir...dari tingkatan 1 mengenali munirah, sejak tu jugak aku kenal mak and ayah mun..mun..semoga tabah hadapi ujian ni..sejak tu, bila terpandang wajah umi dan abunku..aku terfikir..sanggup kah aku kehilangan kalian duhai ibu dan ayah yang paling ku sayang di dunia ini...yaAllah..sempatkanlah aku berbakti pada ibu dan bapaku...umi and abun, ampunkan dosa anakmu ini...

Bila tulis2 cmni..dan-dan rasa nak balik rumah...isk..isk..rindunya kat rumah..apala umi n abun buat skrng..malam rabu, abun pegi usrah..balik lewat kul 12, "abang bawak kunci na" pesan umi, supaya tidak mengganggu jiran nanti...teringat kecik2 dulu...bila abun balik usrah, aku and kakak dari jauh lagi dah cam bunyi enjin motor abun, pastu pura-pura tido...bila abun masuk rumah..abun mula mengusik kami, alah2 dah tido...then, aku and kakak akan ketawa berdekah2..seperkara lagi...kalau dengar bunyi enjin motor abun, dulu2..kalau km tengah tengok TV, cepat2 tutup and pura2 buat keje lain..aku beruntung zaman kanak2ku sehingga tadika, tiada "tarbiyah" dari TV untuk km..dan itu yang sedang aku praktikkan kembali..bahagianya bila ditarbiyah begitu...aku rasai betapa TV sangat melalaikan dan melalikan..huhu...

itulah dulu-dulu...suka, duka, malu, benci, kecewa..semuanya dah aku rasai...aku pernah rasa rendah diri...rasa dipandang sebelah mata...tapi, aku sedar...pandangan manusia just for a while...pandangan ALLAH kekal abadi...so, whatever u do, redha ALLAH is first...itulah kisahnya semalam dan hari ini..how about TOMORROW...moga hidayah ALLAH terpatri kemas di hatiku...amiin..
aku ingin menjadi hambaMu yang solehah...



BARAKALLAH LAKUMA
tiba-tiba teringat pada sahabat kesayangan..safiyah...untuk safiyah and sobirine dan juga untuk sahabat-sahabat yang baru mendirikan rumah tangga, dan akan mendirikan rumah tangga....lagu ini buat kalian...