Tuesday, August 12, 2008
SMALL DEEDS; never overlook!!
Inside in your ride
And your looking through the glass,
see a car on the side
The engine's broken and the car is smoking
And the dude is shaking cause the heat is baking
Or this cat's (guy) gotta flat,
and the spare's all whack
No jack in the back,
and no clue where he's at
There ain't no real rush,
but you roll right by
Not even asking the guy if he needs a supply
He might be alright,
and to pass ain't a sin
But within you feel bad the state that he's in
How hard would it been, just to ask "you ok"?
That might be the deed that you need to succeed
That might be the deed that will so please Allah
That your forgiven the sinning you did when you was living
It's a small little thing,
that can cling and just ring
And will bring the blessing from Allah
Who's the King
We pass on the deeds cause they seem all small
But it might be the deed that's the best of them all
Mad when see all the passes
I tookOn these small little deeds
I just overlook
Chorus:
I just can't believe
Small little deeds that I overlook, can you see?
Little deeds that I overlook,
and you read
I read about it in my holy book,
it says
Small deeds never overlook
Picking up trash on the path in a flash
Taking glass from the grass,
as you pass to your class
A smile goes a mile and is sure worthwhile
When a brother's hostile,
and has been for awhile
Put a dollar every day in the sadaqah (charity)
It may be small but you do it for the baraka (blessing)
I know you're saving for the Polo and the Nautica
A poor student but you do it just to please Allah
Things like praying for an ailing brother,
under the weather
Obeying yo your lovely mother,
it's for the better
Stay and help your baby brother,
put on a sweater
Even saying good to one another when you're together
Advice to another sister about a mister
Your wife always go and kiss her,
tell her you miss her
At night do quiet dikhr (mentioning God),
and pray the witr
Invite a guy who wants to bicker,
to share a snicker
Grand plans expand in our small little hands
But we overlook demands that just seem like strands
We get jammed on exams,
cause we skip the small things
Small baby deeds come, bring the blessings!
remember my sahabat....thats small deeds never overlook!!!
let us do it!!! small deeds.....
SMALL DEEDS FROM NATIVE DEEN
Monday, August 11, 2008
SURROGATE MOTHER???
Today, i've something to share with all of you about the topic which is was discuss in my special topic of biotechnology class last monday..

The situation is something like this...
ISLAM IS THE ONLY WAY OF LIFE!!
Friday, August 8, 2008
TIGA MINGGU YANG BERLALU
Wednesday, July 9, 2008
SEPUTAR MASA
Kurang lebih dua bulan cuti penggal, satu cuti yang panjang, medan pembelajaran yang bermakna bagi seorang penuntut seperti saya. Belajar erti kematangan, erti pengorbanan dan erti perjuangan yang masih panjang. Perjuangan, apa itu perjuangan? Terlalu banyak definisi yang boleh diberi untuk perkataan itu. Bagi pemain bolasepak, tentu sahaja memburu juara itu perjuangannya. Bagi ahli politik, memenangi pilihanraya adalah perjuangan baginya. Bagi guru-guru, memberi kefahaman kepada murid-muridnya adalah perjuangan baginya. Bagi pelajar sepertiku, menguasai ilmu adalah perjuangan bagiku. Apa sekalipun, perjuangan sebenar sebagai hamba Allah adalah untuk mendapat keredhaanNya.
Dua bulan cuti penggal ini, hidup tak lari dari dosa dan noda. Maka, bertaubatlah kepada Allah, mudah-mudahan diterima Allah, insyaAllah.
Seputar masa…..
Moga Allah sentiasa bersama..
Ya Allah
Please Forgive me for The Wrong I’ve done
Ya Allah
Give Me Another Chance to Prove that I can Pass
Please guide me and protect me along the staright path
Ya Allah
Give me huda and sakinah
In this long journey
Bless me Ya Allah
Euro 2008 berakhir sudah. Gelaran JUARA musim ini menjadi milik Sepanyol. Pada m
ulanya saya langsung tidak berminat untuk mengetahui apa-apa tentang EURO ini, tetapi setelah adik sepupu saya bersemangat bercerita tentang strategi yang dijangkakannya untuk kumpulan Sepanyol, timbul sedikit minat. Pasukan pilihan saya ialah pasukan Fatih Terim, TURKIYE!!. Pasukan yang pastinya meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi EURO 2008. Sungguhpun tewas pada pasukan anak didik Joachim Loew, namun Turki telah membuktikan kepada dunia kehebatan mereka. Sungguhpun ramai pemainnya tidak dapat diturunkan pada perlawanan separuh akhir, namun mereka membuktikan konsistensi mereka dalam permainan yang dikira cukup memberi tekanan kepada pasukan Jerman.Perlawanan akhir yang menyaksikan Jerman menentang Sepanyol berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Sepanyol yang menewaskan Jerman 1-0. Jaringan yang diberikan oleh Fernando Torres itu telah menghilangkan resah penantian selama 44 tahun Negara tersebut untuk bergelar juara dalam perlawanan bola sepak Eropah yang itu. Tahniah buat Muhammad(adik saudara saya) yang merupakan penyokong setia Sepanyol. ESPANA CAMPEON!! Dan tak lupa tahniah buat Imran(adik saya yang nakal itu..huhu.) yang menyokong pasukan yang tewas kepada Sepanyol, cuba lagi musim akan datang. Dua tahun lagi menyusul pula Piala Dunia yang semestinya lebih hebat penangannya kepada masyarakat. Waktu inilah ada yang berpura-pura sakit dan sebagainya, gara-gara tidak mahu terlepas daripada menonton perlawanan yang melibatkan pasukan pilihan mereka. Apa-apa ajelah…
Bola. Hairan bukan, bola yang bulat itu telah membuatkan semua orang terutama kaum lelaki bagaikan mengejar wang yang berjuta-juta nilainya. Selesai sudah EURO, ada sahaja kejohanan lain yang menyusul. Buat kaum lelaki atau siapa sahaja yang tergilakan benar sukan ini, AWAS!! Jangan kerana benda yang bulat itu, kita terperangkap dengan taktik jijik SYAITAN yang semestinya sentiasa cuba melekakan dan melalaikan kita. Riadhah-riadhah juga, tapi beringatlah, jangan sampai mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Jangan sehingga lewat solat, kepenatan sehingga kurang ibadah dan sebagainya. Islam mengajar penganutnya bersederhana dalam apa juga perkara yang dilakukan.
----sebut sahaja bola, cuti dua bulan ini terasa muka saya pun makin membulat seperti bola..huhu
LEWAT
Ini cerita yang saya dengar dari ibu saudara saya, sewaktu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat atas tuduhan liwat dahulu, anaknya bertanya kepada beliau, “kenapa PM marah pada papa?” dan beliau menjawab “sebab papa masuk pejabat lewat”. Wallahu’alam sejauh mana cerita yang saya dengar ini. Apa-apa pun, begitulah sukarnya seorang ayah ingin menerangkan kepada anak-anaknya yang masih kecil ketika itu. Sekarang anak-anaknya sudah dewasa dan tentu faham benar situasi yang menimpa papa mereka.Suatu malam, ayah saya nampak sedih benar, rupa-rupanya tuduhan “lewat” itu yang menyedihkannya. Ayah saya memang penyokong DSAI, dan saya juga. Cuma, lewat pelbagai isu-isu politik hari ini, membuatkan hati ini sedikit tawar. Saya memang kurang arif politik, belum mengertipun apa itu tahaluf siyasi apabila PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR yang menolak Islamic State. Tapi, saya takkan cepat melatah kerana saya percaya pimpinan atasan pasti ada sebab dalam setiap tindakan mereka. Tugas saya, mempersiapkan diri sehabis baik untuk membina masyarakat akan datang. Ya Allah..Lindungilah Jemaah Muslimin.
Berbalik soal lewat. Karier politik DSAI sekali lagi diduga. Ramai sahabat saya berpendapat, tuduhan itu seperti terdesak, dan Saudara Saiful nampaknya tidak seperti mangsa-mangsa lewat yang lain. Masih tersenyum manis, ya, cukup tabah dia, ataupun memang suka?? AWAS PESALAH!!! Sesiapa sahaja yang bersalah pasti mampu dibaca raut wajahnya..Adakah Saiful atau DSAI yang bersalah?? Mari kita perhatikan raut wajah mereka berdua, amati betul-betul, dalami setiap butir bicara mereka. Adakah orang yang tersenyum setelah di”lewat” itu bersalah?? Kita tunggu dan lihat sandiwara selepas ini, apa pula yang bakal berlaku.
Melihat dari sudut yang berbeza, barangkali mehnah ini, mengajak kita bermuhasabah semula, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, DAP, dan DSAI khususnya, mari bermuhasabah semula, tentu ada yang tidak kena…tentu ada..
NAIK DAN TERUS NAIK
Naik dan terus naik, itulah target saya sewaktu zaman persekolahan, sentiasa ingin meningkatkan prestasi akademik saya. Biar naik dan terus naik. Kerana itu saya rasa saya sangat dekat dengan Pak Lah, sangat sedih bila Pak LAh dikutuk-kutuk. Pak Lah sefikrah dengan saya, kerana itu, Paklah menaikkan harga minyak semasa pemerintahannya. Naik dan terus naik. Dan yang paling membanggakan, Negara ini merupakan Negara pengeluar minyak yang menjual bahan api tersebut dengan kadar yang paling tinggi. Bak kata orang Itali, Malaysia UNO! Malaysia always NO.1. Cayalah!!!!Melihat dari sudut berbeza, mudah-mudahan kenaikan harga bahan api ini akan membuatkan Alam Sekitar lebih selamat, bila ramai yang memilih kenderaan awam, basikal, berkongsi kenderaan sebagai cara dalam menyelesaikan masalah ini. Saya juga pasti memilih untuk kurang menaiki kenderaan sendiri selepas ini.
SEANTERO DUNIA.
Dua bulan ini,
Palestin terus menderita,
Kashmir dan India tak berhenti bergolak,
Selatan Thailand apa cerita?
Nargis masih menghantui Myanmar,
China dengan kisah gempa bumi yang bakal menyambut atlet-atlet Olimpik,
Iran yang takkan gentar dengan Israel,
Walau diberi tekanan demi tekanan..
Acheh, masih dalam pemulihan,
Seputar masa
Bagaikan hanya sekelip mata.
TANAHAIR
Di tanah airku, kesan Pilihan Raya lalu masih belum menghilang
Tuduh menuduh,
Kutuk mengutuk,
Fitnah memfitnah,
Masih belum kering dakwat mencatat,
Masuk dan keluar Parti,
Lompatan yang masih dalam penantian,
Pelbagai..
Sungguh pelbagai rencam,
Seputar masa..
Bilakah keadilan akan tertegak?
Monday, June 23, 2008
All for Allah
Thursday, June 12, 2008
DONAT OH DONAT

Tentu ramai yang menggemari donat..?
Kalau tak suka donat, sayaaaaaang...sangat rugi(hehhehe) tak dapat menikmati kelembutan dan kesedapan sejenis kuih yang bulat ini.
Bercerita tentang donat, adik sepupuku pernah berteka-teki denganku.."kuih apa yang kalau kita makan, tengah dia mesti kita tak makan" puas ku fikir, rupa-rupanya jawapannya donat.
Monday, June 9, 2008
Aku...
Bahawa yang terbaik disisinya ialah yang bertakwa...
Aku ingin jadi hamba yang terbaik...
Rasulullah bersabda..
Antara yang kekal untuk ibu bapa selepas mati ialah,
doa anak yang soleh
Aku ingin menjadi anak yang soleh..
Malaikat akan mengaminkan doa...
Sahabat yang mendoakan kesejahteraan sahabatnya,
Tanpa pengetahuan sahabatnya,
Aku ingin menjadi sahabat yang baik..
rumahku
Trong, Perak
Menteri Besar Negeriku

Huda dan Khaulah
HaniInsyaAllah, mudah-mudahan yang hadir semuanya dinilai sebagai ikhlas disisi Allah termasuklah aku. Amin.
YB Kuala Sepetang mengupas isu nelayan di Kuala Sepetang dan juga potensi untuk membangunkan tanaman manggis untuk dikomersialkan. YB MP Bukit Gantang menyentuh isu yang dibincangkan dalam sidang pertama dewan rakyat tempohari. Antara isunya adalah mengenai pembelian A400M( kalau tak salah) oleh Kementerian Pertahanan Malaysia yang diterajui orang kedua negara yang dikira sebagai tidak mengikut prioritas. Sebetulnya, pembelian Nuri(yang acapkali terhempas adalah lebih utama). Terkesima aku tatkala YB Ustaz Roslan menyatakan pembelian itu dibuat sebelum ada prototaipnya(hanya dalam bentuk computer design) lagi. Wah..Hebatnya..Ya, Malaysia memang hebat(hebat kalau bab membazirlah kot).

MB Negeriku
Ucapan Menteri Besar pula dimulai dengan ayat al-Quran;
"Sesungguhnya kami jadikan manusia daripada laki2 dan perempuan.....................untuk mengenali antara satu sama lain".
YAB Menteri Besar memberi alu-aluan dalam pelbagai bahasa dalam nada yang cukup lantang dan cukup mengkagumkan. Itulah kelebihan menteri besarku yang berketurunan melayu sebelah bapanya dan cina sebelah ibunya. Antara perkara yang disentuh beliau ialah berkenaan jumlah penduduk miskin tegar di negeri Perak yang berjumlah 5000 buah keluarga. Alhamdulillah dengan saki baki duit yang ditinggalkan kerajaan lama, keperluan asas seperti beras dan gula juga wang 500 ringgit dapat diagihkan. Selain itu juga, beliau menceritakan pengalaman beliau setelah menjadi menteri besar. Ya, banyak rintangannya, sabotaj yang tak sudah-sudah. Ada satu peristiwa di mana , ada pihak yang tidak bertanggungjawab menghubungi 6 buah masjid pada hari Jumaat menyatakan Menteri Besar akan turun berjemaah solat fardhu Jumaat di Masjid tersebut. Bayangkan betapa busuknya hati orang-orang ini..sampai melibatkan Solat Jumaat. MB ku berkata dalam nada berseloroh "satu Jumaat teman sembahyang 6 Masjid..mana boleh!".. Juga cerita sikap mantan MB ku yang belum berjabat tangan tanda menyerah tugas dengan beliau.. Sungguh aku fahami(mungkin bukan sepenuhnya ku fahami) perasaan itu.. "ape koman benor ke aku ni?" seloroh MB ku.. dan banyak lagi isu yang dibangkitkan seperti isu kenaikan harga minyak, tarif elektrik dan juga harga beras. MB ku juga ada berpesan usah dirisaukan lagi untuk hadir majlis-majlis seumpama ini, insyaAllah takkan ditukarkan tempat kerja. Bahagianya......
Wednesday, May 21, 2008
Urf....Mudahnya memohon maaf....
BAGHDAD: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Komander No 2 Amerika Syarikat Iraq, Leftenan Jeneral Llyod J Austin III memohon maaf kepada Perdana Menteri dan Naib Presiden Iraq selepas seorang askar Amerika menjadikan senaskah kitab suci al-Quran sebagai sasaran latihan menembak. Dalam satu kenyataan, Washington memetik Bush sebagai berkata, insiden itu mencetuskan kemarahan penduduk Iraq dan berjanji menghadapkan askar terbabit ke pengadilan mahkamah. Bush meminta maaf ketika menelefon Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki, kata Baghdad.
Austin pula menemui dua pemimpin terbabit bersama speaker Parlimen, seorang Sunnah, berikutan kemarahan rakyat Iraq terhadap tentera Amerika selepas kejadian itu terutama di kalangan penduduk Arab Sunnah. Dalam pertemuan di pejabatnya, Naib Presiden, Tariq al-Hashemi, pemimpin tertinggi Sunnah dalam kerajaan, memberitahu Austin mengenai perasaan kesal dan marah terhadap insiden itu dan ia tidak dapat dimaafkan dengan mudah kecuali ada hukuman setimpal dan jaminan bahawa kejadian seumpama itu tidak berulang. Al-Hashemi menyatakan penghargaan beliau mengenai kunjungan pemimpin tentera Amerika itu tetapi meminta supaya satu permohonan maaf bertulis dibuat pihak tentera asing itu.
Austin juga mengadakan pertemuan secara berasingan dengan al-Maliki seorang Syiah dan speaker parlimen, Mahmoud al-Mashhadani, seorang Sunnah Arab, kata tentera dalam satu kenyataan. Austin menegaskan dalam tiga pertemuan itu bahawa anggota tentera Amerika terbabit sebenarnya sudah dikeluarkan dari Iraq. Beliau memberi jaminan bahawa pihaknya menganggap insiden itu adalah serius dan bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan tenteranya, kata kenyataan itu. AP
Monday, May 19, 2008
9 Inisiatif Utama Dasar Bioteknologi Negara
Untuk memperbaharui dan memperkembangkan nilai dalam sektor pertanian menerusi
bioteknologi.
2-Pembangunan Penjagaan Kesihatan Bioteknologi
Memanfaatkan kekuatan kepelbagaian bio bagi mengkomersialkan penemuan produk semula
jadi dan kedudukan Malaysia dalam pasaran bio-genetik.
3-Pembangunan Bioteknologi Perindustrian
Menjamin peluang pertumbuhan dalam aplikasi kemajuan teknologi pemprosesan bio dan
perusahaan bio.
4-Penyelidikan dan Pembangunan serta Pemerolehan Teknologi
Menubuhkan pusat kecemerlangan di institusi sedia ada atau baru untuk membawa bersama
pasukan penyelidik pelbagai disiplin dalam inisiatif penyelidikan dan pengkomersialan
bersepadu. Mempercepatkan pembangunan teknologi menerusi pemerolehan strategik.
5-Pembangunan Modal Insaniah
Membina keupayaan sumber manusia berasaskan bioteknologi negara sejajar keperluan
pasaran menerusi skim khas, program dan latihan.
6-Pembangunan Prasarana Kewangan
Hubungkan saingan 'makmal kepada pasangan' bagi tujuan pembiayaan dan insentif
mempromosi peserta yang komited di kalangan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat
berkaitan kerajaan. Laksanakan mekanisme keluar yang mencukupi bagi pelaburan dalam
bioteknologi.
7-Pembangunan Rangka Kerja Perundangan dan Peraturan
Menujudkan persekitaran kondusif menerusi penilaian semula berterusan rangka kerja
peraturan dan produser negara sejajar piawaian global dan amalan terbaik. Membangunkan
rejim perlindungan harta intelek untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan serta
usaha pengkomersialan.
8-Memperkukuhkan startegi
Membentuk strategi pasaran global untuk membina pengiktirafan jenama bagi bioteknologi
Malaysia dan kemajuan penanda aras. Menjadikan Malaysia sebagai pusat Pertubuhan
Penyelidikan Kontrak dan Pertubuhan Perusahaan Kontrak.
9-Komitmen Kerajaan
Mewujudkan agensi pelaksana yang dedikasi dan profesional bagi mengawasi pembangunan.
Friday, May 16, 2008
Selamat Hari Guru
Thursday, May 15, 2008
WE STRONGER WENT WE UNITE
umat Islam kan bersatu..
bila ya...
Syiah, sunni akan bersatu..
bila ya?
sedang musuh berseronok memijak,menindas ummat ini..
bila ya kita mahu bersatu..
-Allah show us the way-
Trong, Perak
NAKBAH : 60 TAHUN NEGARA HARAM ISRAEL

Palestine..this want for you.
First thing,
the occupation started,
Palestine,
was left broken hearted,
hands down, you won't believe the way they laid their wrath on her,
six feet, under is where they left us so bad,
the way that they were killing us too bad
we're not afraid to die,
when bombs fall from the sky
Can't explain
i never thought that we were gonna lose so bad
they're all insane,
there's got to be a way,
how can we get back on track,
now tell me how it's gonna be done,
will we win or lose this one?(don't care about the fact)
cuz they are in the lead,
they say we all should be scared,
Palestine will never be theirs
Next thing,
they're taking all our houses
Palestine,
red from all the corpses
tough luck,
they had to have the guns when all we have are rocksall day,
they're killing little babies
so we're,
defending our families
they said that we were out of line
who's wrong, who's right this time?
Can't explain
i never thought that we were gonna lose so bad
they're all insane
there's got to be a way
how can we get back on track
now tell me how it's gonna be done
will we win or lose this one?(don't care about the fact)
cuz they are in the lead
they say we all should be scared
Palestine will never be theirs
Palestine, they need to get out
don't care about the fact it's all that
Islam, has blown out the doubt
there's no way for us to stop
Allah, stop all of the screaming,
Allah, restore the one true dream,
Palestine, it has to be the one to see
Islam will shine
no matter what they try to say
there's got to be a way
how can we get back on track
now tell me how it's gonna be done
will we win or lose this one?(don't care about the fact)
cuz they are in the lead
they say we all should be scared
Palestine will never be theirs..
-Palestine by seven8six-