Wednesday, May 21, 2008

Urf....Mudahnya memohon maaf....

Bush minta maaf al-Quran ditembak

Sumber : Berita Harian 21 Mei 2008

BAGHDAD: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Komander No 2 Amerika Syarikat Iraq, Leftenan Jeneral Llyod J Austin III memohon maaf kepada Perdana Menteri dan Naib Presiden Iraq selepas seorang askar Amerika menjadikan senaskah kitab suci al-Quran sebagai sasaran latihan menembak. Dalam satu kenyataan, Washington memetik Bush sebagai berkata, insiden itu mencetuskan kemarahan penduduk Iraq dan berjanji menghadapkan askar terbabit ke pengadilan mahkamah. Bush meminta maaf ketika menelefon Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki, kata Baghdad.
Austin pula menemui dua pemimpin terbabit bersama speaker Parlimen, seorang Sunnah, berikutan kemarahan rakyat Iraq terhadap tentera Amerika selepas kejadian itu terutama di kalangan penduduk Arab Sunnah. Dalam pertemuan di pejabatnya, Naib Presiden, Tariq al-Hashemi, pemimpin tertinggi Sunnah dalam kerajaan, memberitahu Austin mengenai perasaan kesal dan marah terhadap insiden itu dan ia tidak dapat dimaafkan dengan mudah kecuali ada hukuman setimpal dan jaminan bahawa kejadian seumpama itu tidak berulang. Al-Hashemi menyatakan penghargaan beliau mengenai kunjungan pemimpin tentera Amerika itu tetapi meminta supaya satu permohonan maaf bertulis dibuat pihak tentera asing itu.
Austin juga mengadakan pertemuan secara berasingan dengan al-Maliki seorang Syiah dan speaker parlimen, Mahmoud al-Mashhadani, seorang Sunnah Arab, kata tentera dalam satu kenyataan. Austin menegaskan dalam tiga pertemuan itu bahawa anggota tentera Amerika terbabit sebenarnya sudah dikeluarkan dari Iraq. Beliau memberi jaminan bahawa pihaknya menganggap insiden itu adalah serius dan bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan tenteranya, kata kenyataan itu. – AP

Monday, May 19, 2008

9 Inisiatif Utama Dasar Bioteknologi Negara

1-Pembangunan Bioteknologi Pertanian
Untuk memperbaharui dan memperkembangkan nilai dalam sektor pertanian menerusi
bioteknologi.

2-Pembangunan Penjagaan Kesihatan Bioteknologi
Memanfaatkan kekuatan kepelbagaian bio bagi mengkomersialkan penemuan produk semula
jadi dan kedudukan Malaysia dalam pasaran bio-genetik.

3-Pembangunan Bioteknologi Perindustrian
Menjamin peluang pertumbuhan dalam aplikasi kemajuan teknologi pemprosesan bio dan
perusahaan bio.

4-Penyelidikan dan Pembangunan serta Pemerolehan Teknologi
Menubuhkan pusat kecemerlangan di institusi sedia ada atau baru untuk membawa bersama
pasukan penyelidik pelbagai disiplin dalam inisiatif penyelidikan dan pengkomersialan
bersepadu. Mempercepatkan pembangunan teknologi menerusi pemerolehan strategik.

5-Pembangunan Modal Insaniah
Membina keupayaan sumber manusia berasaskan bioteknologi negara sejajar keperluan
pasaran menerusi skim khas, program dan latihan.

6-Pembangunan Prasarana Kewangan
Hubungkan saingan 'makmal kepada pasangan' bagi tujuan pembiayaan dan insentif
mempromosi peserta yang komited di kalangan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat
berkaitan kerajaan. Laksanakan mekanisme keluar yang mencukupi bagi pelaburan dalam
bioteknologi.

7-Pembangunan Rangka Kerja Perundangan dan Peraturan
Menujudkan persekitaran kondusif menerusi penilaian semula berterusan rangka kerja
peraturan dan produser negara sejajar piawaian global dan amalan terbaik. Membangunkan
rejim perlindungan harta intelek untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan serta
usaha pengkomersialan.

8-Memperkukuhkan startegi
Membentuk strategi pasaran global untuk membina pengiktirafan jenama bagi bioteknologi
Malaysia dan kemajuan penanda aras. Menjadikan Malaysia sebagai pusat Pertubuhan
Penyelidikan Kontrak dan Pertubuhan Perusahaan Kontrak.

9-Komitmen Kerajaan
Mewujudkan agensi pelaksana yang dedikasi dan profesional bagi mengawasi pembangunan.
-9 inisiatif utama Dasar Bioteknologi Negara, sumber Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi-
Saya melayari beberapa laman sesawang yang berkaitan dengan 9 inisiatif utama dasar bioteknologi negara ini dan ada yang berpendapat dasar ini perlu dikaji semula bagi menambahbaikkan lagi perkembangan bioteknologi di Malaysia. Teringat sewaktu kuliah, pensyarah menyatakan salah satu penghalang kejayaan bioteknologi ialah biaya untuk penyelidikan yang kurang. Jadi, wajar benarlah bagi pihak kerajaan khususnya untuk 'ambil pusing' hal ini. Sebagai anak bangsa yang menceburi bidang ini, genggam bara api biar sampai jadi arang. Umat Islam harus CEMERLANG!!.
Allahumma Yassir Umurana Fid Dunya Wal Akhirat
Amiin..