Seorang rakan saya bertanya, "I'm suprised when I see some arab people do not wear the Hijab, in fact they fully understand what the Quran says" dan dia berbicara lagi, "I do not see the differences between me and those who wear the hijab, because sometimes the wear the clothes that more tight than me, and i'm confused wether it is compulsory for us to wear the hijab or just compulsory in Solah?" dia meneruskan lagi bicara dengan wajah yang jelas kebingungan, " Why so many restriction in Islam for us as a women? We can't do this, can't do that."
Hati saya berbisik, bersediakah aku untuk menjawab segala persoalan ini dengan hujah-hujah yang tepat, dan yang paling penting, bagaimana aku ingin memberi penjelasan kepada dia menggunakan bahasa dia? Ligat otak berfikir, apakah jawapan yang perlu aku berikan? Peti suara lantas mengambil tempat, "Em...actually, i'm not the right person to answer this question, but for me myself, I believe that Allah create us, and Allah know what is the BEST for us. And for me, all those thing that seem like restriction actually is protection, yeah, you can ask you brother how he feel when he see women that not cover their aurat.."jawapan yang pasti tidak dapat memenuhi persoalan-persoalan itu. Namun, itu sahaja yang mampu saya jelaskan, bimbang, jika lagi panjang penjelasan, lagi banyak kesalahan dan salah faham berlaku.
Sungguh, terasa amat kejahilan diri ini. Allah sedang menguji diri ini. Perlu terus belajar dan terus belajar untuk menjadi pendakwah yang baik. Juga, saya sedar betapa penting menguasai pelbagai bahasa. Semoga ketekunan tersemat abadi dalam jiwa ini. Tekun menekuni ilmu, tekun melaksanakan apa jua kerja sebagai ibadah.
Marwa El-sherbini: Mati dalam mempertahankan Hijab
Marwa el-sherbini, wanita kelahiran Iskandariah, Mesir. Merupakan anak kepada seoarang Ahli Kimia Ali el-Sherbini. Marwa berhijrah ke Dresden, Jerman bersama suami, Elwi Ali-Okaz yang memperoleh ijazah kedoktoran di Max Planck Institute for Molecular Cell Biology and Genetics, Dresden, Jerman.
Marwa, 32 tahun tinggal berjiran dengan Alex W, seorang immigran Russia berketurunan Jerman yang sangat membenci Islam. Pada Ogos setahun lalu, Marwa memfailkan saman terhadapnya lantaran kebiadapannya mencerca Marwa Terrorist gara-gara dia memakai hijab. Malah, Alex pernah mencuba beberapa kali untuk menanggalkan tudung yang dipakai Marwa. Rentetan itu, Alex telah diputuskan bersalah dan didenda 780 Euro.
1 Julai lalu, Alex mengemukakan rayuan terhadap kesnya. Di dalam mahkamah, dia telah menikam Marwa berulangkali sebanyak 18 tikaman. Suami Marwa, Elwi Ali-Okaz meluru untuk melindungi isterinya tetapi telah ditikam di paru-paru serta terkena tembakan polis yang berada di situ. Marwa meninggal di tempat kejadian manakala suaminya berada di dalam keadaan kritikal. Lebih menyayat hati, Marwa ketika itu sedang hamil 3 bulan dan meninggalkan seorang anak lelaki, Mustafa yang baru berusia 3 tahun.
Begitulah kisah perjuangan dan keberanian seorang wanita dalam mempertahankan haknya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah.
Malaysiaku dan Hijab
Malaysia merupakan negara yang majoritinya adalah penduduk beragama Islam dan pemakaian tudung bukanlah sesuatu yang ganjil di Malaysia. Namun begitu, ramai yang masih buta atau pura-pura buta melihat keperluan tudung sebagai satu fesyen atau trend sahaja. Hakikatnya, tudung bukanlah dipakai untuk memeriahkan dunia fesyen, tetapi tudung dipakai tanda ketaatan dan pemeliharaan kepada sucinya seorang wanita.
Ramai yang masih sempit pemikiran soal aurat. Adakah menutup aurat sekadar menutup rambut atau meletakkan selendang di atas kepala? Tidak. Aurat dilindungi dengan memakai pakaian yang longgar, tidak nipis dan tidak jarang. Aurat juga melibatkan ketulusan hati dan keikhlasan jiwa si pelindungnya. Hari ini, ramai yang memakai tudung, tapi seluarnya ketat hingga menonjolkan bentuk betis dan sebagainya, baju juga ketat hingga menampakkan segala-galanya, tudung pula diangkat hingga benar-benar sekadar menutup kepala sahaja. Dan tidak cukup dengan itu, rambut juga disanggul tinggi menzahirkan tingginya mahkota sang wanita.
Mari bersama muhasabah kembali , apakah benar kita sungguh-sungguh mengamalkan Islam dari hati yang suci dan niat hanya kerana Ilahi.? atau sekadar seolah-olah terpaksa..."nampak seperti menutup, sebenarnya membuka"