Sunday, October 12, 2008

EID MUBARAK!!!!

Salam...today is 12 Syawal..Too late to wish..
But, nevermind i think..uhuk:)
Syawal not mean we may enjoy by doing what Allah forbid us
Also does not mean, we are free from fasting suffer
But, Syawal means..
Success or Jeedt(Urdhu language)!!
And the most important think
we must celebrate it by thinking of Allah
Istiqamah on what we already done in Ramadhan
InsyaAllah...
We will become.....
Khairul Ummah..
Amiin..
Below; name of eid in various country..
Idul Fitri, Hari Lebaran (Indonesia);
Hari Raya Puasa, Hari Lebaran, Aidilfitri (Malaysia);
Shemai Eid (Bangladesh);
Şeker/Ramazan Bayramı (Turkic);
Korite (Senegal);
Kochnay Akhtar (کوچنی اختر) (Pashto);
Eid-e-Sayed Fitr (Persian);

video

eid mubarak by seven8six

Ilalliqa'

Thursday, October 9, 2008

SEKUNTUM MAWAR YANG HILANG

Bismillahirrahmanirrahaim...
Kematian itu tak mengenal usia dan tempat,
Datang menjemput bila-bila saja,
Penting untuk kita bersedia,
Banyakkan amal menambah pahala,

5 Oktober 2008, sejarah pedih dalam hidupku, apabila mendapat mesej bahawa sahabatku NurHazwani meninggal dunia kerana kemalangan di Bentong, Pahang. Kelu lidah tiada kata, air mata jua mungkin terkesima...dan hati tekad untuk tidak mahu percaya............

Namun, hakikat itu tetap hakikat..Wani pergi dulu meninggalkan kami, Allah lebih sayangkan Wani...
Yang pergi tetap pergi, moga iktibarnya dapat dirasai bagi yang masih hidup di dunia ini..
Wani...
Wani...
Serasa baru semalam melihat kelibatnya, mendengar bicaranya..
Wani, teman semajmuahku di UM Nilam Puri, majmuah yang sangat unik kerana semuanya puteri-puteri, kami menggelarkan diri kami MAWAR bersempena program motivasi yang kami laksanakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal(Motivasi Wadah Aspirasi Remaja=MAWAR)



Semasa program MAWAR(wani,paling kiri)


Kami berniaga bersama untuk Carnival Science and Technology(C-STECH) di Nilam Puri, dan Wani adalah antara penggerak utama gerai kami sebagai tokeh nasi ayam....
Kenangan Majmuah 4, Nilam Puri
(Wani,tengah)

Pemergian Wani bagaikan mawar yang hilang bagi kami semajmuah..Semoga Allah merahmatimu sahabat..


Tiga sebab untuk gembira bagi arwah..
1.meninggal dalam jihad(menuntut ilmu)
2.meninggal sebagai anak yang baik
3.meninggal dalam usia yang muda
Inilah kata-kata ustaz, menenangkan hati...

Al-fatihah untuk Arwah..

Wednesday, September 17, 2008

Cakap-cakap 16 September

Semalam..16 September, Hari Malaysia, hari yang juga konon-kononnya negaraku yang tercinta ini bakal bertukar pemerintah kerajaannya...

Cakap-cakap 16 September..
Pagi, Cary(teman satu kumpulan denganku untuk subjek biotek persekitaran) berseloroh,"eh, hari ni cuti kan?, ya la...anwar naik hari ini" tersenyum saja aku mendengarnya... kumpulan kami perlu membentangkan penyelesaian pada masalah yang diberi pensyarah pada hari itu, dan nak dijadikan cerita, memang kumpulan kami dapat cuti hari itu, bukan kerana anwar naik..tapi kerana prof suruh berhenti..huhu..salah penyelesaian katanya....tak mengapa..belajar perlu dari kesalahan..hmm....

Petang, Zabidi menegur aku, fana dan wani yang berbaju dan bertudung biru,"eh..korang, biru hari ini sebab PKR naik ek"

Sebelum malam, aku melayari internet, membuka pelbagai sumber berita...dan hatiku berkata...owh...Pak Lah masih Perdana Menteri rupanya...

Malam, seusai terawih, bergerak ke Akademi Pengajian Islam bersama Safiyah, mendengar pesanan dari Dr. Syeikh Muhammad Siyam dari Palestin....sungguh mengharukan...antara yang paling menyentuh hatiku, kata beliau"kami di Palestin, tidak memerlukan pemuda-pemudi untukberjuang di sana, kerana kami punyai pemuda yang ramai, tetapi pemuda-pemudi di sini haruslah berjihad untuk mencari Ilmu sebanyak mungkin sebagai senjata umat Islam"

Sungguh, 16 September....

Apa lagi selepas ini????

Jangan sampai rakyat hilang percaya

Baik pak pemerintah, atau yang kepingin memerintah...

Jangan sampai rakyat menderita..

Menderita dek kerana perpecahan demi perpecahan...

Sungguh.. ini amaran..

jangan sampai rakyat menderita....

Kerana pertelingkahan sesama anak bangsa sendiri...

sungguh ...benar-benar

Ini adalah amaran...

-Salam Ramadhan-

Monday, September 8, 2008

PUASA DAN SAINS

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kelapan umat Islam di Malaysia mengerjakan ibadah puasa. Penggal pertama ramadhan hampir berakhir. Saya kira, masing-masing sudah boleh menilai kembali 8 hari pertama dalam bulan ramadhan ini, apakah benar-benar berkualiti atau sebaliknya.
Mengupas kebaikan puasa dari sudut sains, saya memetik tulisan Dr. Danial Zainal Abidin dalam majalah Kosmik keluaran September 2009. Dr. Danial dalam tulisannya menjelaskan matlamat puasa adalah untuk membina takwa. Untuk itu, puasa perlu dilakukan dengan cara serta adab yang betul. Apabila kesemua ini dilakukan dengan sempurna, seseorang bukan sahaja akan memperoleh takwa, malah kebaikan yang lain. Antara kebaikan itu ialah meningkatkan kesihatan badan melalui proses detoksifikasi.
Detoksifikasi bermaksud mencuci dan membersihkan badan daripada racun atau toksin. Semasa berpuasa, organ-organ dapat berehat. Keadaan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping menyegarkan sel-sel.
Begitulah sedikit-sebanyak perkongsian ilmu untuk kali ini.
Wallahu'alam..selamat menjalani ibadah puasa..

Saturday, August 30, 2008

MERDEKA

Esok, 31 Ogos 2008 negara yang tercinta ini bakal memasuki usia 51tahun sebagai negara yang merdeka. Apa makna merdeka? Sudah terlalu ramai menafsirkan makna merdeka.

Bagi diri saya, merdekanya diri ini bila tiada rasa gentar selain kepada Allah Tuhan Empunya Alam ini. Itulah perjuangan kemerdekaan yang masih belum saya capai. Takut itu dan takut ini masih menjadi sikap saya yang akan saya buang jauh-jauh untuk tampil sebagai hamba Allah yang merdeka.
********
Kelmarin, saya berkesempatan menonton Teater 2 jam sebelum Sultan Alauddin syahid diracun purnakarya Faisal Tehrani. Bagi saya, teater itu cukup merdeka, pukul rata, semuanya mengena. Pelbagai isu politik diketengahkan dan perkaitan dengan kisah Sultan Alauddin syahid diracun amat menjadi. Itu hanyalah komen saya yang bukan sesiapa dan baru pertama kali menonton teater. Saya doakan akan ada drama mahupun filem yang juga sebegitu, merdeka dalam menyampaikan mesejnya. Kelmarin juga, seusai teater melabuhkan tirai, saya berkesempatan bersua empat mata dengan penulis yang saya kagumi itu, meminta beliau menandatangani novel Tunggu Teduh Dulu yang baru saja dibeli. Pada mulanya, saya agak keberatan untuk menonton teater seorang diri lantaran sahabat-sahabat yang lain semuanya tidak mahu turut serta dek kerana tugasan lain yang lebih penting bagi mereka, tetapi kerana minat yang mendalam terhadap dunia seni sastera, saya beranikan diri untuk pergi seorang diri. Ya, saya perlu berani untuk menjadi merdeka.
*******
Tunggu teduh dulu, terasa begitu dekat dengan jiwa, pertama kerana wataknya(salsabila) adalah sama seperti nama kakak yang paling saya sayangi di dunia dan kedua kerana pertanian yang ditonjolkan. Apa sahaja yang ada kaitan dengan pertanian, akan menjadi kegilaan saya. Tunggu teduh dulu juga tentang muslimah yang merdeka.
*******
Merdeka, malam merdeka bagaikan malam pesta yang tiada faedah, muda-mudi bercampur bebas, untuk apa? barangkali itu makna merdeka bagi mereka..
*******
Merdeka, merdeka, merdeka.. Banyak kisah sejarah sebelum merdeka yang digelapkan.
Merdeka, merdeka, merdeka.. bisakah Malaysia merdeka selama-lamanya???

Thursday, August 28, 2008

16 SEPTEMBER PULA SELEPAS INI

Demam pilihanraya umum yang lalu masih belum surut....

Selepas satu..satu..

Ada ada saja peristiwa baru dalam arena politik tanahair..


Apa-apa pun yang berlaku..

Sejujurnya,

Rakyat biasa seperti saya..

Benar-benar mengharapkan politikus-politikus ini..

Tidak hanya mementingkan kepentingan mereka..

Tetapi berfikirlah tentang rakyat..

Tentang masyarakat yang menanggung susah..

Dek kerana demam pilihanraya yang tak kebah-kebah..


Jangan...

Jangan kerana terlalu asyik dengan pertarungan pentas politik..

Keruntuhan akhlak remaja dipandang sebelah mata..

Sudah-sudahlah....


16 September pula selepas ini...

Apa yang akan terjadi......?

Moga-moga itulah penawarnya..

Bagi demam yang belum kebah...

Sunday, August 24, 2008


SOLAT SUNAT DHUHA

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

Drp Abu Hurairah,

Sabda Nabi saw,"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)


Drp Anas,

Sabda Nabi saw,"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)


Rasulullah bersabda yang bermaksud,"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."Rasulullah bersabda lagi,"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."


Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani


DOA SOLAT DHUHA :

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."
semoga menjadi amalan kita semua..disamping memperbaiki ibadah yang wajib..marilah bersama memperbanyakkan amalan sunat

Saturday, August 23, 2008

SIAPAKAH PEMENANGNYA??

DEBARAN MAKIN MEMUNCAK




LAWAN TETAP LAWAN!!

WALAU DILEMPAR BERMACAM TOHMAHAN

LAWAN TETAP LAWAN!!

WALAU MUNGKIN ADA HANTU YANG BERKELIARAN

LAWAN TETAP LAWAN!!

WALAU TERIMA PELBAGAI UGUTAN

LAWAN TETAP LAWAN!!

JANGAN LUPA BERDOA PADA TUHAN

-tinta penuntut-

Friday, August 22, 2008

Bulan Mengambang di Negeriku


Setelah hampir dua dekad usiaku,
baru ku rasa nikmat menatap bulan mengambang,
bulan yang mengambang di negeriku,
Syukur pada Tuhan langit dan bumi,
Yang menentukan setiap sesuatu..
Walau si jahat berpayah
Memadamkan terangnya cahaya bulan itu
Tapi Tuhan itu Maha Segala..
Tiada apa dan juga sesiapa yang bisa menghalangnya..
***********
Bulan mengambang di negeriku..
Kerana bulan itu,
Rakyat negeriku berpadu..
Di bawah sinarnya di malam gelap..
Kerana bulan itu,
Rinduku pada bumi serambi mekah terubat,
Mendengar pesanan Tok Guru yang hebat,
Membuatkan semangatku membulat...
Islamkan ku junjung..
Perjuangankan ku genggam baranya erat..
***********
Bulan mengambang di negeriku,
Bulan itu kudoakan ia terang selalu..

Thursday, August 21, 2008

PALESTINA

Palestin: Bila kamera dijadikan senjata
Shirzad Lifeboat Thu Aug 21, 08 4:15:40 pm MYT

Di puncak dan lereng bukit berbatu ke Selatan bandar Hebron, Palestin, perternak kambing Palestin merungut dan mengadu tentang serangan kerap yang dilakukan oleh penduduk militant Israel yang menceroboh kawasan mereka.

Bagaimanapun aduan ini sering diabaikan oleh pihak berkuasa Israel atas alasan kononnya ia adalah aduan dan sungutan palsu. Malah menurut agensi Reuters (21 Ogos 2008), tentera dan polis Israel amat jarang mengambil sebarang tindakan atau campur tangan dalam perbalahan di antara dua puak penduduk ini walaupun insiden pencerobohan dan gangguan ke atas penternak Palestin ini berlaku secara terang-terang di hadapan mereka.

Hal ini turut disahkan oleh kumpulan hak asasi manusia Palestin dan Israel. Justeru kini, mereka yang dianiayai dan dibuli menggunakan kamera video kecil bagi mendokumentasikan penderaan terhadap mereka dengan harapan pihak berkuasa Israel dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Keganasan yang dilakukan oleh penduduk haram Israel terhadap rakyat Palestin di kawasan ini dikatakan kian meningkat. Pejabat Hal Ehwal Kemanusian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mencatatkan sebanyak 222 insiden untuk setengah tahun pertama 2008 berbanding dengan 291 insiden sepanjang tahun 2007.

Penternak kambing dan petani Palestin di lereng bukit Susia terpaksa menanggung derita keganasan tersebut sejak Israel membenarkan rakyatnya menduduki kawasan Tebing Barat sejak 1982 di mana rumah kediaman yang sempurna didirikan untuk penceroboh Israel itu dengan bekalan air tidak terhad.

Namun bagi penduduk Palestin sendiri, mereka terpaksa bergantung kepada bekalan air dari lori pembawa tanki air dan air yang dipam menggunakan pam tangan dari perigi di bumi mereka sendiri.

Berbanding dengan penceroboh Israel yang diberikan bekalan tenaga elektrik, penduduk sah Palestin tidak menikmati bekalan elektrik dan terpaksa menyambung TV mereka kepada bateri kereta.

Menurut penduduk Palestin yang kebanyakannya tinggal di khemah, penceroboh rakyat Israel yang tinggal di kawasan tersebut mahu mengusir terus penduduk rakyat Palestin dari kawasan berkenaan. Namun hal ini dinafikan oleh kerajaan Israel.

Persoalannya kini apakah bukti yang ditunjukkan menerusi rakaman kamera video ini akan mengubah persepsi pihak berkuasa kerajaan Israel terhadap penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin.

Atau apakah, Israel terus menggunakan taktik berdolak-daliknya apabila menangani masalah penduduk Palestin di wilayah Palestin yang diduduki Israel?

Tuesday, August 12, 2008

SMALL DEEDS; never overlook!!

Ever been on a drive?
Inside in your ride
And your looking through the glass,
see a car on the side
The engine's broken and the car is smoking
And the dude is shaking cause the heat is baking
Or this cat's (guy) gotta flat,
and the spare's all whack
No jack in the back,
and no clue where he's at
There ain't no real rush,
but you roll right by
Not even asking the guy if he needs a supply
He might be alright,
and to pass ain't a sin
But within you feel bad the state that he's in
How hard would it been, just to ask "you ok"?
That might be the deed that you need to succeed
That might be the deed that will so please Allah
That your forgiven the sinning you did when you was living
It's a small little thing,
that can cling and just ring
And will bring the blessing from Allah
Who's the King
We pass on the deeds cause they seem all small
But it might be the deed that's the best of them all
Mad when see all the passes
I tookOn these small little deeds
I just overlook

Chorus:
I just can't believe
Small little deeds that I overlook, can you see?
Little deeds that I overlook,
and you read
I read about it in my holy book,
it says
Small deeds never overlook

Picking up trash on the path in a flash
Taking glass from the grass,
as you pass to your class
A smile goes a mile and is sure worthwhile
When a brother's hostile,
and has been for awhile
Put a dollar every day in the sadaqah (charity)
It may be small but you do it for the baraka (blessing)
I know you're saving for the Polo and the Nautica
A poor student but you do it just to please Allah
Things like praying for an ailing brother,
under the weather
Obeying yo your lovely mother,
it's for the better
Stay and help your baby brother,
put on a sweater
Even saying good to one another when you're together
Advice to another sister about a mister
Your wife always go and kiss her,
tell her you miss her
At night do quiet dikhr (mentioning God),

and pray the witr
Invite a guy who wants to bicker,
to share a snicker
Grand plans expand in our small little hands
But we overlook demands that just seem like strands
We get jammed on exams,
cause we skip the small things
Small baby deeds come, bring the blessings!

remember my sahabat....thats small deeds never overlook!!!

let us do it!!! small deeds.....


SMALL DEEDS FROM NATIVE DEEN
video

Monday, August 11, 2008

SURROGATE MOTHER???

Bismillahirrahmanirrahim,

Today, i've something to share with all of you about the topic which is was discuss in my special topic of biotechnology class last monday..

The situation is something like this...
there are a couple(husband and wife) which can't get the baby and they choose to have a baby with GIFT technique(Gamette Intrafallopian Transfer). And both of them choose to give the embryo to surrogate mother and they'll pay for her. The GIFT technique was successfull, BUT, After three months Suddenly(jeng..jeng..jeng), both of them was involve in accident and die..


So, how about the baby??? do you want to proceed the GIFT with surrogate mother OR just abort it, and the rest embryo in the lab...HOW TO DO? Just terminate it or SELL IT to those who want a child???

THINK BOUT THIS???

Here is my conclusion...

First of all, little bit about GIFT. GIFT is similar to IVF(In Vitro Fertilisation). The woman's ovaries are stimulated to produce more eggs than usual, the eggs are collected, and the man needs to produce sperm (although donor sperm can be used). When egg collection has taken place, two eggs are mixed together with the sperm in a dish. The main difference from IVF is that with GIFT the gametes (eggs and sperm) are immediately transferred to the woman's fallopian tubes, so fertilisation occurs inside, not outside, the woman’s body. The embryo can begin its earliest development in natural surroundings rather than in an artificial environment.

Ok, now, let us talk about this situation, for me, my suggestion is, abort the baby and terminate the rest of embryo in the lab. Basically, in Islam, surrogate mother is forbidden. So, HOW??? thats why ISLAM give us an alternative, with allow man to marry wif four women ..(hehe..don't scolding on me!)
Ok, now, let us talk in differ view, if i say yes! we must to give a live to the baby, BUT?? HOW about baby's feeling after he/she born into the world, without parents, become an orphan..who want to take care to him/her??
Even there are many people want to have a children, but, this is about descent(keturunan), nasab and many more.. if she/he born from surrogate mother...is she want to take care to he/she as long as she to that just for money??, i don't think she willing to take care to the child....

For me, if somebody ask me about this, i just tell them,If Islam say HARAM, there is something that will be become a problem if we do it...

Below, an answer from Islamic scholar about surrogate mother
( i quoted from islamonline.net)
Surrogate motherhood is often euphemistically referred to as “hiring a womb.” The procedure involves using the service of another woman to serve as a carrier for the fertilized ovum of a couple. The woman makes herself available to inject the fertilized ovum into her own womb and then carries the child to its full term on behalf of the other couple. It is often done in lieu of a specified remuneration or free of charge. People resort to this procedure either because a married woman who desires to have a child has problems in carrying her child to its full term or because of her desire to simply forgo the “trouble” of conception and labor.
According to the rules of Shari`ah, surrogate motherhood as described above is not allowed, since it involves introducing the sperm of a male into the uterus of a woman to whom he is not married and, thus, it clearly falls under the specific category of transgressing the bounds of Allah as stated in the Qur’an: (Those who guard their private parts except from their spouses…) (Al-Mu’minun: 5). “Whosoever goes beyond that are indeed transgressors” (Al-Mu’minun 23: 7).By introducing a third party into the family equation, this procedure throws into confusion the issue of the identity of the child.
In Islam, every child has a right to a definite parentage, namely, that of a father and mother. In the case of surrogate motherhood, the question arises as to the identity of the real mother of the child thus conceived. Is she the genetic mother who provides the egg from which the child is born, or is she the woman whose womb serves as a carrier for the child? Such confusion is bound to affect the child emotionally as he will be torn between two mothers.

Further, it may also lead to legal fights over the parentage of the child, as happened in the United States in the case of a child thus conceived in 1987.Finally, the entire procedure amounts to dehumanizing the process of human procreation by reducing womb down to the level of a commodity that can be bought or rented for service. Ultimately, such a process, yet again, violates the dignity and honor that Allah Almighty has bestowed on man and woman.


ALLAH ALMIGHTY KNOWS BEST
ISLAM IS THE ONLY WAY OF LIFE!!

Friday, August 8, 2008

TIGA MINGGU YANG BERLALU

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Minggu-minggu di separa awal semester ini boleh dikira sebagai minggu-minggu yang sarat dengan program-program..
Bermula dengan (Ekspo Perubatan Islam Malaysia) EPISMA, di susuli dengan Forum HEWI PMIUM yang bertajuk Wanita..Salahkah aku?, kemudian Hari Interaksi PMIUM, kemudian Festival Konvokesyen UM(FESKUM) dan banyak lagi yang saya terlepas pandang..
EPISMA

Sekalung tahniah diucapkan buat pengarah program ini Saudara Hazwan beserta ahli jawatankuasanya di atas kejayaan menganjurkan program yang sehebat ini.
Suatu ketika dahulu, kita pasti selalu mendengar bahawa pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Perubatan adalah pelajar-pelajar yang sungguh komited dengan buku-bukunya. Guru saya pernah bercerita tentang pengalamannya bersahabat dengan pelajar perubatan, katanya, sehingga waktu makan pun diselang-selikan dengan membaca buku(saya pun biasa begitu, tapi bila nak dekat exam jela..hehe). Pelbagai lagi cerita yang saya dengar yang menunjukkan betapa ulat bukunya pelajar-pelajar perubatan. Dan terus mindset saya berkata, pelajar perubatan tentu sahaja tiada masa untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti luar dengan komitmen yang begitu tinggi mereka perlu berikan kepada akademik mereka.
Tetapi ternyata jangkaan saya meleset dengan adanya EPISMA ini. Terus sahaja ia memberi motivasi kepada saya untuk terus tidak mengabaikan aktiviti-aktiviti luar yang pastinya memberi nilai tambah kepada diri sebagai seorang penuntut..

Semasa berlangsungnya EPISMA,antara program yang saya hadiri ialah, Ceramah oleh Dr. Danial bin Zainal yang bertajuk, "Tamadun Islam Perintis Evolusi Dunia Perubatan"

Dr. Danial memulakan ceramahnya dengan kata-kata Saidina Umar R.A yang bermaksud;

"kita dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain selain Islam, maka kita akan mendapat kehinaan"

Benar, inilah yang berlaku hari ini, apabila terdapat umat Islam yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, ternyata umat Islam hari ini dihina dengan sewenang-wenangnya. Permulaan yang cukup ringkas, tetapi sungguh dalam maknanya.
Penutup kepada ceramah ini, Dr. Danial mengupas persoalan-persoalan yang berkaitan dengan isu-isu semasa Sains dan Teknologi dari perspektif Islam. Antaranya isu Artificial Insemination, Sperm Bank, Penggunaan ubat daripada khinzir, Pemindahan Organ dan sebagainya. Kupasan yang cukup jelas, berdasarkan hujah ulama' dari laman http://www.islamonline.net/ .
Sahabat-sahabat yang masih belum memiliki buku-buku tulisan Dr. Danial, dialu-alukan untuk memilikinya, sungguh memberi manfaat dan semangat buat generasi muda seperti kita, insyaAllah.
Seterusnya, saya juga menghadiri Pertandingan Nasyid Suara Ibnu Sina, pada mulanya saya tidaklah berniat untuk melihat pertandingan tersebut lantaran tugasan akademik yang belum disiapkan. Tetapi, oleh kerana sahabat saya semasa sekolah dahulu merupakan peserta pertandingan, maka saya pergi juga untuk memberi sokongan. Alhamdulillah, sahabat saya Ainal Shakirin yang mewakili UiTM, Shah Alam mendapat tempat pertama dan juga persembahan terbaik dalam pertandingan ini. Tahniah buat Ainal dan sahabat-sahabat seperjuangannya, teruskan berjuang menyampaikan dakwah melalui muzik. Ikhlaskan niat kalian..

FESKUM '08
Sempena Hari Konvokesyen Universiti Malaya, Lajnah Sains Gunaan dengan Pengajian Islam atau Applied Science with Islamic Society(ASIS) telah menganjurkan satu program bersama graduan, iaitu program DISKUSI ILMIAH BERSAMA GRADUAN. Pada tengahari 7 hb Ogos 2008, kami menyambut senior-senior kami yang bergraduasi di hadapan Bangunan Dewan Tunku Canselor.





Pada malamnya pula diadakan sebuah diskusi ilmiah bersama para graduan, saya telah ditugaskan sebagai moderator diskusi tersebut setelah Saudara Remy bin Osman yang sepatutnya menjadi moderator program itu perlu mengiringi tetamu jemputan ke majlis jamuan.

Panelis-panelis yang dijemput ialah, Ukhti Madiha bin Baharuddin, Ukhti Sariah Suhaila, Akhi Shahir dan juga Akhi Azlan.


Sungguh, duduk sepentas bersama orang-orang hebat seperti mereka amat mendebarkan saya. Dengan persiapan yang seadanya, Alhamdulillah diskusi tersebut berjalan lancar.


Sekalung penghargaan buat Dr norhashimah, penyelaras Sains Gunaan dengan Pengajian Islam dari Fakulti Sains, Bonda Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail, sahabat-sahabat jawatnkuasa pelaksana Majlis ini, Remy, Siti Safiyah, Suriati, Hayati, Zaihazreen, Mai, dan tak lupa adik-adik junior yang sangat komited, Nizar, Sabri, Fazrie, Su dan juga Wajihah. Tak lupa buat Safiah yang menjadi pengerusi majlis pada malam tersebut, juga kepada saudara Bukhari dan sahabatnya yang membuat persembahan nasyid pada malam tersebut.And, buat Farhana yang made a wonderful presentation about transit to korea..(proud with u fana!)


Alhamdulillah....

Wednesday, July 9, 2008

SEPUTAR MASA

Masa, cepat sungguh masa berlalu bukan. Ya, mungkin kadang-kadang kita juga terasa masa lambat berlalu. Masa itu emas, Masa ibarat pedang dan pelbagai perumpamaan yang diberikan bagi menyatakan betapa pentingnya masa. Bahkan Allah S.W.T telah bersumpah dengan masa dalam surah al-Asr yang sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia membacanya tiap kali berakhirnya sesuatu acara. Bagi saya, dua bulan cuti akhir penggal ini sarat dengan pelbagai kisah suka dan duka. Kisah dunia saya sendiri, kisah bumi Malaysia tercinta ini bahkan kisah seantero dunia, semuanya punyai suka dan duka.

Kurang lebih dua bulan cuti penggal, satu cuti yang panjang, medan pembelajaran yang bermakna bagi seorang penuntut seperti saya. Belajar erti kematangan, erti pengorbanan dan erti perjuangan yang masih panjang. Perjuangan, apa itu perjuangan? Terlalu banyak definisi yang boleh diberi untuk perkataan itu. Bagi pemain bolasepak, tentu sahaja memburu juara itu perjuangannya. Bagi ahli politik, memenangi pilihanraya adalah perjuangan baginya. Bagi guru-guru, memberi kefahaman kepada murid-muridnya adalah perjuangan baginya. Bagi pelajar sepertiku, menguasai ilmu adalah perjuangan bagiku. Apa sekalipun, perjuangan sebenar sebagai hamba Allah adalah untuk mendapat keredhaanNya.

Dua bulan cuti penggal ini, hidup tak lari dari dosa dan noda. Maka, bertaubatlah kepada Allah, mudah-mudahan diterima Allah, insyaAllah.
Seputar masa…..
Moga Allah sentiasa bersama..

Ya Allah
Please Forgive me for The Wrong I’ve done
Ya Allah
Give Me Another Chance to Prove that I can Pass
Please guide me and protect me along the staright path
Ya Allah
Give me huda and sakinah
In this long journey
Bless me Ya Allah


EURO 2008

Euro 2008 berakhir sudah. Gelaran JUARA musim ini menjadi milik Sepanyol. Pada mulanya saya langsung tidak berminat untuk mengetahui apa-apa tentang EURO ini, tetapi setelah adik sepupu saya bersemangat bercerita tentang strategi yang dijangkakannya untuk kumpulan Sepanyol, timbul sedikit minat. Pasukan pilihan saya ialah pasukan Fatih Terim, TURKIYE!!. Pasukan yang pastinya meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi EURO 2008. Sungguhpun tewas pada pasukan anak didik Joachim Loew, namun Turki telah membuktikan kepada dunia kehebatan mereka. Sungguhpun ramai pemainnya tidak dapat diturunkan pada perlawanan separuh akhir, namun mereka membuktikan konsistensi mereka dalam permainan yang dikira cukup memberi tekanan kepada pasukan Jerman.

Perlawanan akhir yang menyaksikan Jerman menentang Sepanyol berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Sepanyol yang menewaskan Jerman 1-0. Jaringan yang diberikan oleh Fernando Torres itu telah menghilangkan resah penantian selama 44 tahun Negara tersebut untuk bergelar juara dalam perlawanan bola sepak Eropah yang itu. Tahniah buat Muhammad(adik saudara saya) yang merupakan penyokong setia Sepanyol. ESPANA CAMPEON!! Dan tak lupa tahniah buat Imran(adik saya yang nakal itu..huhu.) yang menyokong pasukan yang tewas kepada Sepanyol, cuba lagi musim akan datang. Dua tahun lagi menyusul pula Piala Dunia yang semestinya lebih hebat penangannya kepada masyarakat. Waktu inilah ada yang berpura-pura sakit dan sebagainya, gara-gara tidak mahu terlepas daripada menonton perlawanan yang melibatkan pasukan pilihan mereka. Apa-apa ajelah…

Bola. Hairan bukan, bola yang bulat itu telah membuatkan semua orang terutama kaum lelaki bagaikan mengejar wang yang berjuta-juta nilainya. Selesai sudah EURO, ada sahaja kejohanan lain yang menyusul. Buat kaum lelaki atau siapa sahaja yang tergilakan benar sukan ini, AWAS!! Jangan kerana benda yang bulat itu, kita terperangkap dengan taktik jijik SYAITAN yang semestinya sentiasa cuba melekakan dan melalaikan kita. Riadhah-riadhah juga, tapi beringatlah, jangan sampai mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Jangan sehingga lewat solat, kepenatan sehingga kurang ibadah dan sebagainya. Islam mengajar penganutnya bersederhana dalam apa juga perkara yang dilakukan.

----sebut sahaja bola, cuti dua bulan ini terasa muka saya pun makin membulat seperti bola..huhu 


LEWAT

Ini cerita yang saya dengar dari ibu saudara saya, sewaktu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat atas tuduhan liwat dahulu, anaknya bertanya kepada beliau, “kenapa PM marah pada papa?” dan beliau menjawab “sebab papa masuk pejabat lewat”. Wallahu’alam sejauh mana cerita yang saya dengar ini. Apa-apa pun, begitulah sukarnya seorang ayah ingin menerangkan kepada anak-anaknya yang masih kecil ketika itu. Sekarang anak-anaknya sudah dewasa dan tentu faham benar situasi yang menimpa papa mereka.

Suatu malam, ayah saya nampak sedih benar, rupa-rupanya tuduhan “lewat” itu yang menyedihkannya. Ayah saya memang penyokong DSAI, dan saya juga. Cuma, lewat pelbagai isu-isu politik hari ini, membuatkan hati ini sedikit tawar. Saya memang kurang arif politik, belum mengertipun apa itu tahaluf siyasi apabila PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR yang menolak Islamic State. Tapi, saya takkan cepat melatah kerana saya percaya pimpinan atasan pasti ada sebab dalam setiap tindakan mereka. Tugas saya, mempersiapkan diri sehabis baik untuk membina masyarakat akan datang. Ya Allah..Lindungilah Jemaah Muslimin.

Berbalik soal lewat. Karier politik DSAI sekali lagi diduga. Ramai sahabat saya berpendapat, tuduhan itu seperti terdesak, dan Saudara Saiful nampaknya tidak seperti mangsa-mangsa lewat yang lain. Masih tersenyum manis, ya, cukup tabah dia, ataupun memang suka?? AWAS PESALAH!!! Sesiapa sahaja yang bersalah pasti mampu dibaca raut wajahnya..Adakah Saiful atau DSAI yang bersalah?? Mari kita perhatikan raut wajah mereka berdua, amati betul-betul, dalami setiap butir bicara mereka. Adakah orang yang tersenyum setelah di”lewat” itu bersalah?? Kita tunggu dan lihat sandiwara selepas ini, apa pula yang bakal berlaku.

Melihat dari sudut yang berbeza, barangkali mehnah ini, mengajak kita bermuhasabah semula, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, DAP, dan DSAI khususnya, mari bermuhasabah semula, tentu ada yang tidak kena…tentu ada..



NAIK DAN TERUS NAIK

Naik dan terus naik, itulah target saya sewaktu zaman persekolahan, sentiasa ingin meningkatkan prestasi akademik saya. Biar naik dan terus naik. Kerana itu saya rasa saya sangat dekat dengan Pak Lah, sangat sedih bila Pak LAh dikutuk-kutuk. Pak Lah sefikrah dengan saya, kerana itu, Paklah menaikkan harga minyak semasa pemerintahannya. Naik dan terus naik. Dan yang paling membanggakan, Negara ini merupakan Negara pengeluar minyak yang menjual bahan api tersebut dengan kadar yang paling tinggi. Bak kata orang Itali, Malaysia UNO! Malaysia always NO.1. Cayalah!!!!

Melihat dari sudut berbeza, mudah-mudahan kenaikan harga bahan api ini akan membuatkan Alam Sekitar lebih selamat, bila ramai yang memilih kenderaan awam, basikal, berkongsi kenderaan sebagai cara dalam menyelesaikan masalah ini. Saya juga pasti memilih untuk kurang menaiki kenderaan sendiri selepas ini.

SEANTERO DUNIA.

Dua bulan ini,
Palestin terus menderita,
Kashmir dan India tak berhenti bergolak,
Selatan Thailand apa cerita?
Nargis masih menghantui Myanmar,
China dengan kisah gempa bumi yang bakal menyambut atlet-atlet Olimpik,
Iran yang takkan gentar dengan Israel,
Walau diberi tekanan demi tekanan..
Acheh, masih dalam pemulihan,
Seputar masa
Bagaikan hanya sekelip mata.


TANAHAIR
Di tanah airku, kesan Pilihan Raya lalu masih belum menghilang
Tuduh menuduh,
Kutuk mengutuk,
Fitnah memfitnah,
Masih belum kering dakwat mencatat,
Masuk dan keluar Parti,
Lompatan yang masih dalam penantian,
Pelbagai..
Sungguh pelbagai rencam,
Seputar masa..
Bilakah keadilan akan tertegak?

Monday, June 23, 2008

All for Allah

Apabila kita berkorban untuk seseorang, tanpa memikirkan diri sendiri terbeban, jangan kecewa, jangan bersedih andai pengorbanan itu disiakan, kerana adakah kita berkorban untuk dikenang? Adakah kita berkorban kerana diminta? Tentu saja kita berkorban kerana kita benar-benar sayang dan cinta akan ukhuwah dan persaudaraan. Kerana kita yakin untuk tergolong dalam satu golongan yang berada di bawah naungan 'arasy Allah di akhirat kelak, iaitu golongan yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Usah berputus asa dalam menghubungkan persaudaraan, usah berputus asa dalam membina ukhuwah, kerana ukhuwah dan persaudaraanlah teguhnya kesatuan Ummah dan kerana kesatuanlah Ummah akan terbilang.
Apabila kita bersedih, tentu ada hikmah, mungkin tika gembira dan tika bahagia kita lupa atau jauh dari Allah. Tetapi bila kita keseorangan, dilanda masalah, kita akan sedar bahawa Allah tidak pernah meninggalkan kita, sentiasa bersama memerhatikan kita. Bersyukurlah, walau kesedihan yang kita lalui, walau tekanan yang kita rasai kerana sesungguhnya tika itu kita akan sedari yang kita memerlukan Allah.
Kita berbakti bukan untuk diingati, kita berbakti kerana tugas sebagai daie. Biar dilupa, biar tidak dikenali sesiapa kerana nilai keikhlasan di sisi Allah lebih UTAMA..

Thursday, June 12, 2008

DONAT OH DONAT


DONAT!!

Tentu ramai yang menggemari donat..?
Kalau tak suka donat, sayaaaaaang...sangat rugi(hehhehe) tak dapat menikmati kelembutan dan kesedapan sejenis kuih yang bulat ini.
Bercerita tentang donat, adik sepupuku pernah berteka-teki denganku.."kuih apa yang kalau kita makan, tengah dia mesti kita tak makan" puas ku fikir, rupa-rupanya jawapannya donat.

Tentang donat lagi..satu kisah yang sangat menyedihkan(hmm...sedih ke..geram kot), sewaktu tingkatan satu dulu, adala 2,3 orang budak lelaki kelasku menggelarkan aku donat( huhuhu:()..kenapa aku dipanggil donat? Fikirlah sendiri..penat aku menyumpah seranah mereka dalam hati, mujur gelaran itu hanya sementara, siapa pencetusnya?? sampai hari ini aku tak tahu tapi salah seorang daripada mereka ialah orang setaman denganku, mujur aku tidak menyimpan dendam, kalau tidak tentu susah mahu menjalankan gerakerja Islami di kawasanku(kerana keluarganya sangat-sangat komited dengan gerakerja Islami). Walaubagaimanapun, kegeraman itu masih ada setiap kali teringatkan "donat"(hehehe)..
Baiklah, sebenarnya aku ingin berkongsi sesuatu dengan pembaca-pembaca blogku ini(kalau ada yang bacalah kan :)) pagi semalam, aku berhasrat untuk menyediakan donat untuk sarapan pagi, oleh kerana aku memang suka mencari resipi dalam internet maka aku pun carilah resipi donat dari bermacam-macam blog, dan satu resipi tu, komennya amat menarik dan resipinya simple saja. Tapi aku dan makndak ku mengubahsuai sedikit sukatan tepungnya. Setelah semua bahan-bahan dimasukkan dalam bread machine bowl untuk diuli, makndak ku bertanya:

"takkan takda air kot?"

dengan yakinnya aku menjawab,

"ha'ah memang resipi dia macam tu",

"ehhh...mana boleh, macam mana nak uli kalau takdak air",

"marjerin kan ada",

"iisshh...kalau takdak air, takleh uli, dia jadi serbuk ja nanti"

aku berfikir( dan bayangkan juga),betulla kan, kalau takdak air, tepung+ marjerin=heheheh

"ha'ahla ondak(panggilan manja, hehehe) mana bleh, pastu macamana ni, habislah tak jadi"

Dengan kecekapan makndakku, akhirnya resipi itu diubahsuai lagi, lagi dan lagi..
Sementara Breadmaker menguli tepung itu, aku membuka kembali internet, ternyata hanya resipi itu yang tidak memasukkan air, resipi donat yang lain semuanya ada air.."macam tak jadik je donat nih"kataku dalam hati..pasrah(juga membayangkan yang aku sorang je yang akan makan donat tu, huhu)

Aku juga terfikir..macamana orang yang bagi komen tentang resipi itu semuanya kata menjadi, "hmm..mesti depa TIPU!! mana boleh tak boh ayaq!" "takpun memang depa suka makan donat serbuk,uhukz(dunkin donat pun tak reti buat)"

Setelah siap menguli, wow! hasilnya sangat menakjubkan, sangat cantik tekstur adunan tersebut, setelah dicanai dan dibiarkan adunan menaik, aku pun menggoreng donat-donat tersebut dan Alhamdulillah sangat sedap, lembut dan gebu, thanks to ondak yang sungguh bijak bab-bab rekacipta ini..dan adik sepupuku pun boleh membawa bekal ke sekolahnya, (dapat berjimat, maklumlah sejak minyak menggila harganya, penjimatan perlu!)

So, i want to share with all of you my doughnut recipe!
Bahan-bahannya,

1 cawan tepung roti

2 cawan tepung gandum

3 sudu besar marjerin

11/2 sudu yis(kalau nak tahu kaitan yis dan biotek? nanti kita bincangkan)

1/2 sudu garam

1/4 cawan gula halus(mesin sampai halus, tapi jgn sampai jadi icing sugar)

1/2 cawan air(jangan lupa pula!)

1/2 cawan susu low fat(atau full cream bagi yang ingin menambah berat badan)

minyak untuk menggoreng

gula untuk disalut di luarnya

Cara-cara membuatnya,

1. campurkan semua bahan-bahan dalam bread machine untuk diuli

2. kemudian leperkan adunan sehingga menjadi setebal setengah inci

3. terapkan adunan tersebut

3. tunggu adunan naik selama 45 minit

4. gorengkan

5. salut dengan gula

6. sedia untuk dihidang( dan makan!)


Begitulah cara-cara membuatnya, kalau takde breadmaker tak menjadi masalah, boleh diuli menggunakan tangan sambil exercise!

takde tepung roti? guna saja tepung gandum biasa dan mungkin boleh ditambah sedikit soda(sikit yang teramat, dalam secubit dua)
Moral of the story?:

1.belajar daripada orang tua(lebih pengalaman)
2.jangan percaya bulat-bulat apa yang dari internet(sebaliknya, banding dan bezakan dari pelbagai sumber)

Monday, June 9, 2008

Aku...

Allah Berfirman...
Bahawa yang terbaik disisinya ialah yang bertakwa...
Aku ingin jadi hamba yang terbaik...

Rasulullah bersabda..
Antara yang kekal untuk ibu bapa selepas mati ialah,
doa anak yang soleh
Aku ingin menjadi anak yang soleh..

Malaikat akan mengaminkan doa...
Sahabat yang mendoakan kesejahteraan sahabatnya,
Tanpa pengetahuan sahabatnya,
Aku ingin menjadi sahabat yang baik..

rumahku
Trong, Perak

Menteri Besar Negeriku

Bismillah...

Tanggal 6 Jun 2008 adalah kali pertama aku dapat melihat wajah menteri besar baru negeriku secara langsung(walaupun sekadar langsung dari layar skrin putih). Abun, umi, kakak, abang hafiz(abg iparku), Imran, Aisyah, Khaulah adik sepupuku dan juga Hani si kecil turut tidak mahu ketinggalan meramaikan majlis Ceramah Mesra Rakyat itu. Sayang Huda(sepupuku yang lagi seorang) tak dapat bersama lantaran demam "terkejut" rindu pada mama dan babanya..

Huda dan Khaulah

Hani

Menteri Besar Negeriku; Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin namanya. Setibanya kami sekeluarga di Padang Taman Kota Jaya, Simpang Taiping, Perak. ratusan orang atau mungkin mencecah ribuan orang sudahpun memenuhi padang itu. Meriah, sungguh meriah..kakakku berkata pada abg iparku, "yang mai ni orang2 yang ikhlas kan abang kan? bukan sebab duit ka apa ka"

InsyaAllah, mudah-mudahan yang hadir semuanya dinilai sebagai ikhlas disisi Allah termasuklah aku. Amin.
Malam itu, ceramah dimulai dengan ucapan YB Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sepetang, diikuti MP Bukit Gantang, YB Ustaz Roslan Shahrum kemudian MB negeriku sebagai penutup. Awal Muqaddimah ucapan MB (sekitar jam 11 malam) kakak dan abang iparku terpaksa beransur pulang kerana Hani, Khaulah dan Aisyah sudah mula mengajak pulang. Abun, Umi, aku dan Imran masih tidak berganjak. Ya, aku sangat rindukan suasana begini, kerana di Kelantan dulu, hampir setiap minggu aku hadiri Kuliah Tok Guru. Mungkin agak berbeza topiknya, tetapi suasana hampir sama.

YB Kuala Sepetang mengupas isu nelayan di Kuala Sepetang dan juga potensi untuk membangunkan tanaman manggis untuk dikomersialkan. YB MP Bukit Gantang menyentuh isu yang dibincangkan dalam sidang pertama dewan rakyat tempohari. Antara isunya adalah mengenai pembelian A400M( kalau tak salah) oleh Kementerian Pertahanan Malaysia yang diterajui orang kedua negara yang dikira sebagai tidak mengikut prioritas. Sebetulnya, pembelian Nuri(yang acapkali terhempas adalah lebih utama). Terkesima aku tatkala YB Ustaz Roslan menyatakan pembelian itu dibuat sebelum ada prototaipnya(hanya dalam bentuk computer design) lagi. Wah..Hebatnya..Ya, Malaysia memang hebat(hebat kalau bab membazirlah kot).




MB Negeriku

Ucapan Menteri Besar pula dimulai dengan ayat al-Quran;

"Sesungguhnya kami jadikan manusia daripada laki2 dan perempuan.....................untuk mengenali antara satu sama lain".

YAB Menteri Besar memberi alu-aluan dalam pelbagai bahasa dalam nada yang cukup lantang dan cukup mengkagumkan. Itulah kelebihan menteri besarku yang berketurunan melayu sebelah bapanya dan cina sebelah ibunya. Antara perkara yang disentuh beliau ialah berkenaan jumlah penduduk miskin tegar di negeri Perak yang berjumlah 5000 buah keluarga. Alhamdulillah dengan saki baki duit yang ditinggalkan kerajaan lama, keperluan asas seperti beras dan gula juga wang 500 ringgit dapat diagihkan. Selain itu juga, beliau menceritakan pengalaman beliau setelah menjadi menteri besar. Ya, banyak rintangannya, sabotaj yang tak sudah-sudah. Ada satu peristiwa di mana , ada pihak yang tidak bertanggungjawab menghubungi 6 buah masjid pada hari Jumaat menyatakan Menteri Besar akan turun berjemaah solat fardhu Jumaat di Masjid tersebut. Bayangkan betapa busuknya hati orang-orang ini..sampai melibatkan Solat Jumaat. MB ku berkata dalam nada berseloroh "satu Jumaat teman sembahyang 6 Masjid..mana boleh!".. Juga cerita sikap mantan MB ku yang belum berjabat tangan tanda menyerah tugas dengan beliau.. Sungguh aku fahami(mungkin bukan sepenuhnya ku fahami) perasaan itu.. "ape koman benor ke aku ni?" seloroh MB ku.. dan banyak lagi isu yang dibangkitkan seperti isu kenaikan harga minyak, tarif elektrik dan juga harga beras. MB ku juga ada berpesan usah dirisaukan lagi untuk hadir majlis-majlis seumpama ini, insyaAllah takkan ditukarkan tempat kerja. Bahagianya......


Hati kecilku berkata, beginilah caranya membangunkan masyarakat minda kelas pertama. Masyarakat ada faktor penolak untuk berfikir, membuat kajian dan sebagainya. Bukan sekadar mengikut telunjuk atau membuat dasar tutup mulut setelah mendapat sogokan pelbagai bentuk.

Begitu juga dengan mahasiswa, kalau mahu mengulas sedikit sebanyak isu politik pun sudah disekat, bagaimana minda mahu berkembang? Tersekat, disekat dan akhirnya tersekat-sekat...tak mampu mengeluarkan pandangan yang bernas dalam bersama-sama membangunkan negara tercinta. Atau dalam erti kata lain tak dapat menjalankan peranan sebagai mahasiswa yang menjadi pelapis tampuk pimpinan negara. Teringat teks pidatoku sewaktu pertandingan pidato tingkatan 3, Bung Karno pernah berkata "berikan aku 10 orang pemuda nescaya aku mampu menggoncangkan dunia......", ya..memang tidak perlu disangkal kuasa orang muda yang berkualiti merupakan aset yang sangat bernilai dalam perjuangan. Sempat menonton perbahasan parlimen oleh YB Nurul Izzah(idolaku era reformasi) yang menyentuh isu AUKU juga sempat melayari blog aktivis-aktivis mahasiswa yang memperjuangkan pemindaan AUKU yang menyekat kebebasab bersuara Mahasiswa.

Majlis Malam itu berakhir sekitar jam 12.15malam. Anak-anak kecil ada yang tertidur di riba ibu dan ayahnya. Adikku Imran tersenyum puas dapat mendengar ceramah Menteri Besar yang satu-satunya ceramah setakat ini yang tidak mengantuk katanya:)

Alhamdulillah, motivasi buat diriku. Mahu contohi insan-insan hebat ini. InsyaAllah aku doakan Kerajaan yang diketuai YAB Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin dipermudahkan urusan dalam mentadbir negeri sebaik mungkin.

Wednesday, May 21, 2008

Urf....Mudahnya memohon maaf....

Bush minta maaf al-Quran ditembak

Sumber : Berita Harian 21 Mei 2008

BAGHDAD: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Komander No 2 Amerika Syarikat Iraq, Leftenan Jeneral Llyod J Austin III memohon maaf kepada Perdana Menteri dan Naib Presiden Iraq selepas seorang askar Amerika menjadikan senaskah kitab suci al-Quran sebagai sasaran latihan menembak. Dalam satu kenyataan, Washington memetik Bush sebagai berkata, insiden itu mencetuskan kemarahan penduduk Iraq dan berjanji menghadapkan askar terbabit ke pengadilan mahkamah. Bush meminta maaf ketika menelefon Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki, kata Baghdad.
Austin pula menemui dua pemimpin terbabit bersama speaker Parlimen, seorang Sunnah, berikutan kemarahan rakyat Iraq terhadap tentera Amerika selepas kejadian itu terutama di kalangan penduduk Arab Sunnah. Dalam pertemuan di pejabatnya, Naib Presiden, Tariq al-Hashemi, pemimpin tertinggi Sunnah dalam kerajaan, memberitahu Austin mengenai perasaan kesal dan marah terhadap insiden itu dan ia tidak dapat dimaafkan dengan mudah kecuali ada hukuman setimpal dan jaminan bahawa kejadian seumpama itu tidak berulang. Al-Hashemi menyatakan penghargaan beliau mengenai kunjungan pemimpin tentera Amerika itu tetapi meminta supaya satu permohonan maaf bertulis dibuat pihak tentera asing itu.
Austin juga mengadakan pertemuan secara berasingan dengan al-Maliki seorang Syiah dan speaker parlimen, Mahmoud al-Mashhadani, seorang Sunnah Arab, kata tentera dalam satu kenyataan. Austin menegaskan dalam tiga pertemuan itu bahawa anggota tentera Amerika terbabit sebenarnya sudah dikeluarkan dari Iraq. Beliau memberi jaminan bahawa pihaknya menganggap insiden itu adalah serius dan bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan tenteranya, kata kenyataan itu. – AP

Monday, May 19, 2008

9 Inisiatif Utama Dasar Bioteknologi Negara

1-Pembangunan Bioteknologi Pertanian
Untuk memperbaharui dan memperkembangkan nilai dalam sektor pertanian menerusi
bioteknologi.

2-Pembangunan Penjagaan Kesihatan Bioteknologi
Memanfaatkan kekuatan kepelbagaian bio bagi mengkomersialkan penemuan produk semula
jadi dan kedudukan Malaysia dalam pasaran bio-genetik.

3-Pembangunan Bioteknologi Perindustrian
Menjamin peluang pertumbuhan dalam aplikasi kemajuan teknologi pemprosesan bio dan
perusahaan bio.

4-Penyelidikan dan Pembangunan serta Pemerolehan Teknologi
Menubuhkan pusat kecemerlangan di institusi sedia ada atau baru untuk membawa bersama
pasukan penyelidik pelbagai disiplin dalam inisiatif penyelidikan dan pengkomersialan
bersepadu. Mempercepatkan pembangunan teknologi menerusi pemerolehan strategik.

5-Pembangunan Modal Insaniah
Membina keupayaan sumber manusia berasaskan bioteknologi negara sejajar keperluan
pasaran menerusi skim khas, program dan latihan.

6-Pembangunan Prasarana Kewangan
Hubungkan saingan 'makmal kepada pasangan' bagi tujuan pembiayaan dan insentif
mempromosi peserta yang komited di kalangan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat
berkaitan kerajaan. Laksanakan mekanisme keluar yang mencukupi bagi pelaburan dalam
bioteknologi.

7-Pembangunan Rangka Kerja Perundangan dan Peraturan
Menujudkan persekitaran kondusif menerusi penilaian semula berterusan rangka kerja
peraturan dan produser negara sejajar piawaian global dan amalan terbaik. Membangunkan
rejim perlindungan harta intelek untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan serta
usaha pengkomersialan.

8-Memperkukuhkan startegi
Membentuk strategi pasaran global untuk membina pengiktirafan jenama bagi bioteknologi
Malaysia dan kemajuan penanda aras. Menjadikan Malaysia sebagai pusat Pertubuhan
Penyelidikan Kontrak dan Pertubuhan Perusahaan Kontrak.

9-Komitmen Kerajaan
Mewujudkan agensi pelaksana yang dedikasi dan profesional bagi mengawasi pembangunan.
-9 inisiatif utama Dasar Bioteknologi Negara, sumber Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi-
Saya melayari beberapa laman sesawang yang berkaitan dengan 9 inisiatif utama dasar bioteknologi negara ini dan ada yang berpendapat dasar ini perlu dikaji semula bagi menambahbaikkan lagi perkembangan bioteknologi di Malaysia. Teringat sewaktu kuliah, pensyarah menyatakan salah satu penghalang kejayaan bioteknologi ialah biaya untuk penyelidikan yang kurang. Jadi, wajar benarlah bagi pihak kerajaan khususnya untuk 'ambil pusing' hal ini. Sebagai anak bangsa yang menceburi bidang ini, genggam bara api biar sampai jadi arang. Umat Islam harus CEMERLANG!!.
Allahumma Yassir Umurana Fid Dunya Wal Akhirat
Amiin..

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Bismillah..
Selamat Hari Guru buat umi dan abun..Abun pagi-pagi lagi sudah mendendangkan lagu Kami Guru Malaysia..

Kami Guru Malaysia...
Berikrar dan berjanji...
Mendidik dan membimbing...
Putra-putri negara kita.....
Pada Seri Paduka...
Kami sumpahkan setia..
........................
Begitulah lebih kurang bunyinya..umi pula katakan jangan harap umi akan nyanyi lagu tu sambil sibuk menyiapkan sandwich untuk dibawa ke sekolah sempena hari guru..permintaan rakan-rakan gurunya..Begitulah berbeza umi dan abun..perbezaan yang membawa kepada keserasian:)
Selamat Hari Guru buat Pakngah yang telah bersara awal tahun ini, buat kholah di Perlis, buat Ondak, Pakondak..
Selamat Hari Guru buat ocik, paksulah dan kakak yang pernah menjadi guru...
Selamat Hari Guru buat sahabat kesayanganku..Safiyah..yang menjadi guru ganti cuti ini..
selamat mendidik anak bangsa...
terkenang hari pertama sahabatku mengajar...Ya Allah...susah rupanya jadi cikgu, cerita safiyah yang menggantikan guru tahun 1 yang cuti bersalin..tahun 1, faham-fahamlah...dan akhirnya..safiyah yang lemah-lembut orangnya terpaksa bertukar watak menjadi ustazah yang agak garang dengan membimbit rotan setiap kali masuk ke kelas supaya dapat mengawal kelas dengan baik..
Apa khabar ya dia sekarang...pastinya sibuk dengan tugasnya..
Ukhuwah itu di hati...
Walau tak bermesej sekalipun...Ukhuwah itu akan teguh bila saling mendoakan..
Selamat Hari Guru buat semua guru-guruku di S.K.Toh Johan, S.K.Changkat Jering dan S.M.K Dr. Burhaniddin
Selamat Hari Guru buat semua pendidik(termasuk pensyarah-pensyarahku) di seluruh negara..
Sesungguhnya "Guru" sungguh mulia tugasmu...
Ya Allah...rahmatilah guru-guruku..
Amiin..

LOMPAT SI KATAK LOMPAT

tak bermoral lompat parti..
tapi,
lebih tak bermoral pertahan parti rasuah..

Thursday, May 15, 2008

WE STRONGER WENT WE UNITE

bila ya....
umat Islam kan bersatu..
bila ya...
Syiah, sunni akan bersatu..
bila ya?
sedang musuh berseronok memijak,menindas ummat ini..
bila ya kita mahu bersatu..

-Allah show us the way-
Trong, Perak

NAKBAH : 60 TAHUN NEGARA HARAM ISRAEL

Bismillah..15 Mei 2008 genap usia 60 tahun negara haram Israel..HARAM..HARAM DAN HARAM..

Palestine..this want for you.


First thing,
the occupation started,
Palestine,
was left broken hearted,
hands down, you won't believe the way they laid their wrath on her,
six feet, under is where they left us so bad,
the way that they were killing us too bad
we're not afraid to die,
when bombs fall from the sky


Can't explain
i never thought that we were gonna lose so bad
they're all insane,
there's got to be a way,
how can we get back on track,
now tell me how it's gonna be done,
will we win or lose this one?(don't care about the fact)
cuz they are in the lead,
they say we all should be scared,
Palestine will never be theirs


Next thing,
they're taking all our houses
Palestine,
red from all the corpses
tough luck,
they had to have the guns when all we have are rocksall day,
they're killing little babies
so we're,
defending our families
they said that we were out of line
who's wrong, who's right this time?


Can't explain
i never thought that we were gonna lose so bad
they're all insane
there's got to be a way
how can we get back on track
now tell me how it's gonna be done
will we win or lose this one?(don't care about the fact)
cuz they are in the lead
they say we all should be scared
Palestine will never be theirs


Palestine, they need to get out
don't care about the fact it's all that
Islam, has blown out the doubt
there's no way for us to stop


Allah, stop all of the screaming,
Allah, restore the one true dream,

Palestine, it has to be the one to see
Islam will shine
no matter what they try to say
there's got to be a way
how can we get back on track
now tell me how it's gonna be done
will we win or lose this one?(don't care about the fact)
cuz they are in the lead
they say we all should be scared
Palestine will never be theirs..

-Palestine by seven8six-

Tuesday, May 13, 2008

ENGLISH, HIBURAN DAN MOTIVASI

Bismillah...melayani cinta yang kian mekar terhadap bahasa inggeris, aku mencari alternatif untuk mempelbagaikan method untuk aku mendalami bahasa antarabangsa itu. Aku memilih lagu sebagai salah satu method dan bukan sebarangan lagu..tapi lagu-lagu islamik dari kumpulan Seven8six, Native Deen, Yusuf Islam, Dawud Wharnsby Ali, Sami Yusuf dan banyak lagi penasyi-penasyid dan artis-srtis yang membawa mesej positif dari Amerika, U.K, Denmark dan South Africa dan bnyk lagi.
Alhamdulillah..aku bukan hanya dapat perkataan baru dan dapat sedikit hiburan, tetapi ada motivasi menyelinap dalam kalbu ini bila menghayati bait-bait lirik lagu-lagu tersebut..dan termotivasi juga bila melihat cara mereka perform..contohnya seven8six sebelum perform apa-apa lagu, brother Shahab contohnya akan kata..."and most important things is to remember Allah S.W.T and the Prophet S.A.W."
Keseimbangan.....Hmm..bimbang juga jika terlalu asyik masyuk melayani minatku dengan lagu-lagu..hatiku akan makin lalai..So, mesti seimbangkan..jangan terlalu asyik dengan lagu...tapi, tambahkan asyikku dengan Kalamullah and as long as my niyyah kerana Allah...InsyaAllah, Allah akan membantu aku supaya tak lalai dari mengingatinya..
Alhamdulillah...Hope Allah always by my side in my journey..Amiin..

FANA, KOREA AND ME

Bismillah…11hb Mei 2008..Farhana sahabatku selamat tiba di Korea Selatan untuk program pertukaran pelajar dengan Inje University,Gimhae,Korea Selatan. Aku pula, baru saja selesai satu program motivasi di SMK Seri Pantai, program motivasi untuk pelajar tingkatan tiga Mudah-mudahan program itu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat mereka. 10hb, ku terima mesej dari Fana,.."doakan fana...." dan aku tak sempat langsung membalasnya lantaran terlalu sibuk dengan program motivasi tersebut. Pagi 11hb aku cuba hubungi Fana, dan panggilan tak dapat disambungkan.dan..seawal 7 pagi aku berchatting dengannya yang ketika itu berada di lapangan terbang. Sejuk suhu di sana serendah 11°C. Fana meminta bantuanku untuk menghubungi ayahnya untuk memberitahu yang beliau sudah selamat tiba di Korea. Balik kampung kali ni…rumahku dapat signal internet wireless kepunyaan jirn sblh.Alhamdulillah..tak payah penat-penat nak daftar internet dah..heheh..Teringat kisah Temuduga Pertukaran Pelajar ke Korea ni, aku salah seorang pelajar yang terpilih untuk menghadiri temuduga tersebut yang dipilih berdasarkan PNGK. Tapi bukan rezekiku…Fana khabarkan padaku yang aku terpilih sebagai simpanan. Simpanan pun kira okla.
Peristiwa yang paling tak akan dilupakan ialah bila penemuduga tu kata pada aku..”your English is good, what is your highest achievement in English?”.,dengan rasa rendah dirinya..aku pun menjawab”em…I just get band 6 in MUET..”, “owh..excellent, band 6 is the best isn’t it?..”eh..NO..NO…band 3..”,jawabku dengan penuh rasa malu..Kadang-kadang bila teringat peristiwa tu, aku hanya tersenyum sendiri dan kadang-kadang automatik akan terjerit kecil. Rupa-rupanya memang benarlah setiap perkara yang terjadi punyai hikmah disebaliknya, siapa sangka selepas temuduga itu, aku memang benar-benar meminati bahasa inggeris dan aku tanamkan dalam hati aku akan kuasai bahasa ini for deen and ummah,insyaAllah and cuti ni aku nekad everyday I must to learn English..Alhamdulillah, Allah beri rezeki pada aku untuk meminati pelbagai bahasa. Setakat ni, aku mula belajar bahasa Urdhu, Sepanyol, dan Bahasa Agung Bahasa Arab pastinya.
Hari ni, aku berchatting lagi dengan fana, bertanya khabar dan berkongsi cerita..Rindu Malaysia katanya..Aku hanya tersenyum dan hatiku berbisik..”Baru dua hari sahabat.,belum 2 tahun”..Ya..Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri..Fana bercerita tentang makanan yang benar-benar "tak kena" dengan lidah melayunya..nasi dan sayur dan entah apa-apa masakan lagi..kimchi? langsung tak sedap katanya.
Apa-apa pun buat sahabatku Fana, kembara di negeri orang bakal memberimu seribu satu kenangan indah dan pengalaman yang tak ternilai harganya, semoga kau dapat mengutip seribu satu ilmu baru for deen and ummah. Selamat mengemudi ilmu bioteknologi khususnya dan ilmu tentang kehidupan yang berwarna-warni amnya. Aku?…dan aku disini, terus mendaki puncak tertinggi hidupku..ya..juga, mencari ilmu..pencarian yang tak akan berhenti sehingga ke liang lahad nanti.

Monday, May 12, 2008

Allah Knows

Every grain of sand,
In every desert land,
He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand,
He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash,
He knows.
Every thought I have,
And every word I share,
He knows.
Allah knows.

I'm Not Afraid To Stand Alone

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything will be alright
I am not afraid to stand alone
Gonna keep my head up high

Single mother raising her children
Now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Got a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

Got a call for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love -
They brought her in, told her she's the number one pick
“You got the job, but you gotta lose the outfit"

It's a tough position that you put me in
Cause I’ve been struggling with my two children
But I'll continue looking for a job again
My faith and my religion now will never bend

Chorus

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know when I’m praying and fasting’
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour...

Then one day there’s a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don’t see me sweating when they’re jokes're cracking
Never see me cussing’ with my pants saggin’
I aint never running yo I’m still standing
I ride with Allah to the very end

Chorus

I am not afraid to stand alone...

Now, I’m a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don’t dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more….

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn’t cute
And they get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and that’s the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me I’m a brotha gotta stand my ground
I aint gonna shudder, when the gangs around
Peer pressure whatever, its my planet now

Others may fall, I’mma hold my own
With Allah’s help I’ll be strong as stone
And I’mma be brave and let Al Islam be shown
Cause you I know I not afraid to stand alone