Salam Maal Hijrah 1434H. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Semoga bertambah utuh keimanan, bertambah amal ibadah seiring bertambahnya usia kita. 1 Muharram. Punyai sejarah yang tersendiri buat saya. Hari yang sangat bermakna untuk saya. Bermula kehidupan baru, sebagai seorang isteri. Alhamdulillah. Benarlah kata orang, jodoh itu rahsia Allah. Walaupun saya dan suami saling tidak mengenali, tetapi kuasa Allah, dari tidak mengenali itu akhirnya kami menjadi suami isteri. Alhamdulillah. Syukur. Terkenang janji di hari pernikahan. Susah dan senang bersama. InsyaAllah abang. Semoga segala suka dan duka dunia ini, kita tempuhi bersama. April tahun lalu, kami bertemu di rumah sepasang sahabat. Sungguh, saya jatuh hati dengan kesungguhan dan keberanian abang. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah. Abang meminta restu umi dan abun, berhari menunggu kata putus umi dan abun. Berdebar saya tika itu, hati sudah terpaut, andai umi dan abun tidak merestui, saya akur. Mereka tentu mahu yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah, umi dan abun memberi kata setuju. Minggu berikutnya, abang membawa ma dan abah ke rumah. Perkara baik, tidak perlu dirumitkan, Islam itu mudah. Tarikh 1 Muharram dipilih untuk kami disatukan. 6 bulan menunggu abang pulang dari belayar, kali pertama perasaan cinta pada seorang lelaki hadir dalam hidup saya. Dipendam rasa, tidak pernah sekalipun terluah rasa itu pada abang, begitu juga abang. Syukur, berbaloi benar rasa, kerana segala perasaan itu saya luahkan pada hari pertama perkahwinan, hari abang menjadi kekasih halal saya.
Alhamdulillah. Hari ini genap setahun usia perkahwinan kami. Hari ini juga genap 2 bulan abang belayar bersama SS Seri Angkasa. 4 bulan lagi kami harus menunggu. Syukur, saat berjauhan begini, perasaan cinta dan rindu sentiasa subur. Saling mendoakan dan saling mengingati. Indahnya perkahwinan, merindu dan mencinta yang halal dan rindu dan cinta yang menjadi ibadah. Berbeza andai rindu dan cinta tanpa ikatan, yang sudah pasti hanya sia-sia. Setahun bergelar isteri abang, rupanya Allah menghadirkan saya seorang yang paling dekat untuk dijadikan contoh, tanpa abang sedar, abang menjadi inspirasi saya. Ketekunan, kerajinan dan kesungguhan abang. Segalanya. Inspirasi buat saya. You inspire me abang. Thanks Allah coz give him to me.
I am so blessed to have you as my husband and my best friend abang....wish to be your wife till jannah......
Ya Allah, please take care of him while he's away....protect him as he goes through the heavy waves of the sea. Amiin.