Tuesday, July 28, 2009

SOFF yang sama


Kita berlainan rupa
Berbeza latarbelakang keluarga
Tapi kita satu agama
Punyai cita yang sama
Bertemu dalam SOFF yang sama

Perjuangan yang panjang
Terkadang membuatkan kita lelah
Tapi kita tak pernah mengalah
Bersama bersusah dan berpayah
Yang susah menjadi mudah
Indahnya musibah kala kita tabah menghadapinya
Sebagai pejuang dalam SOFF yang sama

Terkadang kita tersalah sangka
Tersalah kata dan silap bicara
Tapi kita lupakan segala sengketa
Kerana kita dalam SOFF yang sama

Kita berbeza cita-cita
Kecenderungan tak serupa
Tapi nuansa hanya sekadar zahirnya
Kerana kita punya matlamat hidup yang sama
Selagi kita dalam SOFF yang sama


Bertemu kita kerana ALLAH
Berpisah juga kerana ALLAH
Walau langit mana kita menjunjung
Walau Bumi mana kita berpijak
Tapi impian kita tetap sama
Melihat Islam berdiri Megah
Berjuanglah jangan pernah menyerah
Dalam satu SOFF yang sama..