Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kelapan umat Islam di Malaysia mengerjakan ibadah puasa. Penggal pertama ramadhan hampir berakhir. Saya kira, masing-masing sudah boleh menilai kembali 8 hari pertama dalam bulan ramadhan ini, apakah benar-benar berkualiti atau sebaliknya.
Mengupas kebaikan puasa dari sudut sains, saya memetik tulisan Dr. Danial Zainal Abidin dalam majalah Kosmik keluaran September 2009. Dr. Danial dalam tulisannya menjelaskan matlamat puasa adalah untuk membina takwa. Untuk itu, puasa perlu dilakukan dengan cara serta adab yang betul. Apabila kesemua ini dilakukan dengan sempurna, seseorang bukan sahaja akan memperoleh takwa, malah kebaikan yang lain. Antara kebaikan itu ialah meningkatkan kesihatan badan melalui proses detoksifikasi.
Detoksifikasi bermaksud mencuci dan membersihkan badan daripada racun atau toksin. Semasa berpuasa, organ-organ dapat berehat. Keadaan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping menyegarkan sel-sel.
Begitulah sedikit-sebanyak perkongsian ilmu untuk kali ini.
Wallahu'alam..selamat menjalani ibadah puasa..