Friday, June 26, 2009

BERMULA KEMBALI

Bismillahirrahmanirrahim...

Menjenguk kembali blog yang lama dibiar sepi. Sungguhpun tanpa tamu, tak mengapa kerna ku bina blog ini bukan untuk sengaja suka-suka bercerita, tetapi sebagai pengasah minda agar tak tumpul dek kemalasan membina rangkai kata. Sibuk bergelar mahasiswa tahun akhir dijadikan alasan untuk malas mengasah minda, menulis sebaris dua. Benar, memang benar itu hanya alasan kerana orang yang bijak tentu saja bijak mencari peluang dan menggunakan masa.

Justeru, sementara masih menganggur, sementara menunggu Ogos menjelma, aku bertekad untuk kembali bermula, menjadikan bidang penulisan (zahirnya menaip tapi hakikatnya menulis) sebagai wadah dalam dakwah, insyaAllah, Biiznillah.

No comments: