Sunday, March 7, 2010

Cinta Sang Murabbi




Tajuk cinta tentu sahaja agak klise didengar. Saya sendiri mula rasa muak dengan tajuk itu. Bermula dengan larisnya Novel Ayat-ayat Cinta, maka terbitlah lambakan novel yang mempertaruhkan tema yang sama dipasaran. Tetapi, cinta itu fitrah buat semua manusia, baik lelaki atau perempuan. Semua mahu dicintai dan mencintai, cuma, betul atau salah caranya bergantung kepada keimanan empunya diri.


Cinta Sang Murabbi. Begitulah tajuk forum yang bakal diadakan pada 10 Mac 2010 di DKU API, Bakal menampilkan panelis-panelis hebat. InsyaAllah, sama-sama kita hadiri. Saya yakin, perbincangannya bukan tertumpu kepada yang "klise" itu, tetapi lebih luas berdasarkan tajuknya, cinta sang murabbi.


Saya sendiri jatuh cinta pada filem sang murabbi. Filem ini diperkenalkan kepada saya oleh sahabat saya Munirah. Munirah menyarankan saya menonton, buat penguat semangat. Syukran sahabat. Usai menonton filem ini, saya mula menanam minat untuk menjadi guru. Tentu agak kelakar didengar. Tetapi, itulah kesannya pada saya. Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada saya untuk merasa nikmatnya menjadi guru walaupun sekadar empat bulan. Tika menjadi guru sedikit masa lalu, saya sedar, ilmu saya masih banyak kelompangannya. Justeru, saya memilih untuk masih terus belajar, meskipun proses pembelajaran adalah sepanjang hayat, namun, pembelajaran formal perlu untuk insan seperti saya (perlu ada faktor penolak, jika tidak, sekadar statik bukan dinamik).


Berbalik kepada Filem Sang Murabbi. Cerita yang memaparkan kreatifnya seorang pendakwah dalam usaha menarik minat mad'unya mendekati Islam. Faktor kreatif ini sudah pasti tak akan terjadi tanpa ilmu yang mapan. Begitulah kita para daie-daie hari ini, perlu ada ilmu yang luas, teknik yang baik dalam memurnikan usaha dakwah dan tarbiyah. Peringatan buat diri sendiri yang selalu lemah dan leka. Acapkali perasaan tidak layak menghantui diri. Namun, atas dasar islah nafsak, ud'u ghaira, diri yang lemah bisa digagahkan.


Sang Murabbi. Cerita yang dimasukkan dalam kategori pembakar semangat bagi saya, selepas video-video Palestina yang pastinya membuatkan diri tak mahu berhenti belajar sebagai jihad. Namun, lumrah biasa sang manusia, mudah lupa.(diri saya sendiri terUtamanya)


Sang Murabbi. Lagu doa rabitah dan lagu sang murabbi yang sangat berbekas dalam hati. Tahniah buat pembikinnya. Moga-moga satu hari nanti, Malaysia juga punyai pembikin filem yang Islami (Islami total).


Rabitah- Izzatul Islam

No comments: