Monday, March 1, 2010

Israel Mengganas Lagi

"Israel ?"

" Ya, si negara haram itu mengganas lagi."

"Owh, ku fikir mereka sudah insaf" kata si merah sambil menggigit selera burger Macadonol."sebab tu aku ajak kau ke sini".

"Apa kau fikir ada perkataan insaf dalam kamus kehidupan mereka yang keji itu?, dasar negara haram, merampas sesuka hati," kata sang hijau sambil terkenang negerinya pernah menjadi mangsa rampasan kerajagaan yang kejam. Dek kerana sukar menerima kekalahan, akhirnya kera-kera itu merampas dengan cara kotor. Huh. Tapi sukar juga disalahkan kera-kera itu, bak kata pepatah, tangan yang ditepuk sebelah tidak berbunyi. Begitulah kurang lebih maksudnya.

"apa kau sedang menyindir aku?" si merah bangun ke singki membasuh tangan usai perutnya kenyang menjamah burger macadonol tadi.

"Menyindir? apa yang kau terasa?"

"Ya lah, kau mahu menegur aku bukan? Aku tahu, burger ini untungnya buat negara haram itu, tapi aku tak fikir untung yang sedikit ini cukup untuk di buat peluru, ya, barangkali jika dibuat peluru pun, anggap sajalah peluru ini sesat barangkali, ataupun peluru yang terkena yahudi itu sendiri"

Argh..banyak pula alasan si merah ni," Suka hati engkaulah." "Jomla kita, aku tak sanggup berlama-lama di sini".

"Alah, kau teringin bukan?"sang merah menduga. makan sajalah sedikit.

"Bukan aku teringin, bahkan aku tak lalu".

Terjegil mata sang merah mendengar, seraya bangun membuntuti sang hijau sambil senyum mengejek.

"Hijau, habis, kau langsung tak guna barang-barang yang perlu dipulaukan itu?"

"ya, aku guna, handphone aku ni, kau tak nampak"

"kenapa kau tak campak saja"

"aku akan campak, bila dah rosak"

"tengok..iman kau pun tak sekuat mana"

"kalau dah beli si merah, dan kita buang sedangkan masih elok, bukankah itu membazir namanya".


"yalah, berdalihlah lagi, sudahlah, aku bosan bicara dengan kau" kata sang merah sambil menghidupkan enjin motornya.

"yalah, hati-hati menunggang tu, mengucap dulu, siapa tahu ajal kau atas jalan raya"

"ya..kau pun, eh..jangan lupa, malam ini konsert amal palestina, aku pengarahnya, kalau tak ramai yang pergi, malu aku" sang merah menutup bicara.

Apa? Masakan dia pengarahnya...senang lenang saja dia berbicara seolah tiada rasa simpati, rupanya dia pula yang anjurkan konsert amal itu..apakah tujuannya? Istighfar panjang sang hijau, apa nak jadi ya dunia ini. Bisik hatinya sambil membelek-belek akhbar hari ini. "Tentera Israel ceroboh Masjid al-Aqsa". Ya Allah, apa saja yang boleh aku lakukan. Aku mahu berjihad di sana..tapi jihad ku disini pun aku gagal. Tak mengapa hijau, jangan putus asa...suara nuraninya menitip semangat.

No comments: