Thursday, March 10, 2011

Kantuk


Jam 8.07 pagi, sudah berada di perpustakaan. Cadangan awal mahu ke UKM, Bangi dengan dua tujuan, berjumpa makteh untuk mengambil barang yang akan dibawa pulang ke kampung petang ini dan mencari rujukan untuk penulisan. Tetapi, perancangan itu akhirnya bubar! Pertama, makteh terlupa membawa barang tersebut ke pejabat, kedua, kerana badan yang sedikit lesu dan terasa malas memandu jauh(jauh kah?). Lantas, ke varsiti tercinta ini akhirnya tempat ku tuju.=)

Minit-minit pertama lagi pagi ini, facebook! Oh, no...sememangnya gagal azam hari kelmarin, mungkin akan berjaya jika 'deactivate account'!. hurm...ide bernas. Tapi, mungkin bukan sekarang.Heheh.

Kantuk. Oh, jika dia bertandang, memang. Merunsingkan. Setakat ini masih bisa ditahan. Seminit dua lagi, mungkin kepala ini akan tersembam di meja. Apapun, bertahan!! Tarik nafas sedalam-dalamnya, lepas! Tidak. Mata masih begini, kuyu sahaja. Aksara yang ditaip pun seolah-olah kelabu warnanya.

Hari ini, di dalam planner tercatat :10/3/11--kajian mengenai perincian botani kurma dan buah tin. Dua buah buku tebal di depan mata ini sedari semalam hanya sekadar hiasan. Kertasnya kuning, tulisannya kecil. Menambahkan kantuk! Namun, perlu juga dihadam meski 'membos**kan'. Huhu.

Sekadar ini bebelan di pagi hari. Mahu berjalan-jalan sehingga hilang kantuk ini.

No comments: