Menggapai bintang...bukan bermakna tidak menjejak di daratan..menggapai bintang cuma satu tamsilan untuk mengajak diri memandang jauh ke depan. Juga tidak bermakna langsung tidak menoleh kebelakang. Dalam apa jua perjalanan, penting untuk menoleh kebelakang, jika tidak masakan kereta disediakan cermin untuk melihat belakang..: ). Sekadar tamsilan. Apa yang lebih penting ialah perjalanan kehidupan. Kita menyusun atur perjalanan hidup kita sekadar yang mampu tercapai dek akal manusia yang amat terbatas ini. Allah jualah yang Maha Mengatur segalanya. Sebagai mukmin yang beriman kepada Qada' dan Qadar, semestinya kita perlu redha dengan apa jua aturan Allah s.w.t.
Semalam, berpeluang berdiskusi panjang dengan penyelia pertama untuk sarjana ini. Prof Madya Dr. Ishak Suliaman, tentu di Akademi Pengajian Islam ini semua mengenalinya. Timbalan Pengarah Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam tika ini. Saya selesa memanggilnya dengan ustaz, beliau juga selesa dipanggil ustaz. Seperti biasa apabila berbicara dengan beliau, semangat yang luntur akan kembali bersinar dan terasa seperti tidak mahu tidur seminggu untuk membaca dan menjalankan kajian (oho....terlalu retorika). Memang begitu. Percayalah dan cubalah tanya kepada sesiapapun. Tentu semua sangat termotivasi selepas berjumpa dengan beliau. Pokok perbincangan semalam adalah mengenai perancangan untuk menyiapkan sarjana dan seterusnya strategi untuk menyambung pengajian peringkat PHD disamping merebut semua peluang yang disediakan UM untuk bakal calon PHD. (jauh kan? master pun terhegeh-hegeh..huhu). Perbincangan itu memang membuka minda dan membina hamasah yang luar biasa( hinggakan saya memutuskan untuk 'deactivate facebook'..mungkin juga bercampur dengan semangat lain....hmmm).
"Ustaz, kenapa orang susah menerima sesuatu yang baru?", soal ukhti Raihana pelajar PHD dalam bidang falak merujuk kepada penulisannya tentang teori kematian bintang yang tidak diterima oleh beberapa pensyarah. Ustaz tersenyum dan berkata "Thats your responsibilty as a scholar, buka minda masyarakat untuk terima ilmu baru." "Betulla ustaz" saya menyampuk. Apabila saya dan beberapa orang rakan membuat kajian yang mengharmonikan islam dan sains, ramai yang mempertikaikan.."Apa tujuan kamu semua? mahu pertikaikan apa yang telah ditetapkankah?". Mudah saja prinsip saya, bidang ini memang masih baru di Malaysia, jika melihat dari aspek kerjaya, siapa yang mahu mengambil kami ya..? Tetapi kami lakukan atas rasa tanggungjawab untuk membuktikan betapa indahnya Islam. Indahnya al-Qur'an dan Sunnah yang ditinggalkan junjungan besar s.a.w. Biarlah susah, biarlah lambat, asalkan niat ini dapat dipenuhi..itu qasad saya, juga 2,3 orang rakan yang lain. Soal kerja, simpan sebentar kerana yakin bahawa rezeki itu dari Allah bukan manusia dan Allah jualah yang membuka hati-hati manusia. Menerima sesuatu yang baru memang sukar, tetapi jangan terlalu jumud hingga tidak mahu membuka minda dan berasa hanya kita sahaja yang betul.
Menggapai bintang.. semoga dapatlah menggapai bintang yang bergemerlapan di langit. InsyaAllah. Lewat ini, umi dan abun terlalu khuatirkan saya...kata mereka, "mayah, jangan terlalu mengharap apa yang mayah impikan ini semuanya menjadi, bimbang mayah kecewa andai terjadi apa-apa kelak.. bukanlah umi dan abun mahu mendoakan yang buruk-buruk, tetapi mahu memberi peringatan..banyakkan berdoa pada Allah, semoga semuanya dipermudahkan, mudah di awalnya, di pertengahannya dan di pengakhirannya, berserah dan redha pada Allah". Terima kasih umi, abun : ), insyaAllah...mayah akan sentiasa berdoa, dan berserah pada Allah.
Ya Allah...jika urusan-urusan ini baik untukku, agamaku, urusanku pada masa kini dan masa akan datang, urusan dunia dan urusan akhiratku, permudahkanlah ia bagiku dan permudahkanku baginya....amiin..
umi, abun.....jumpa kalian petang ini....kangan bangat....: )
No comments:
Post a Comment