Wednesday, April 13, 2011

Seorang insan itu...

Seorang insan itu...insan yang bernama Tok Guru Nik Aziz. Insan yang amat saya segani. Dalam perjalanan dari rumah sewa ke Universiti Malaya, seperti biasa, saya membuka radio IKIM sebagai peneman setia agar perjalanan beroleh manfaat, dan tidak sekadar dapat mendengar lagu-lagu dan jenaka yang tidak memberi faedah pada diri. Kerana hidup ini sekali cuma, biarlah telinga yang dipinjamkan Allah ini mendengar yang baik-baik. InsyaAllah.

Jam 10 pagi, slot bersama Prof Dr. Muhaya, perjalanan dari rumah sewa ke UM hanya mengambil masa 10-15 minit. Jam 10.15 saya tiba di Akademi, tetapi saya mengambil keputusan untuk terus di dalam kereta untuk mendengar radio sehingga jam 11. Pengisian yang amat mengisi jiwa. Sungguh menarik dan berhikmah tiap bait kata yang keluar dari mulut Prof. Dr. Muhaya. Apa yang menarik, di akhir segmen, seorang pendengar bertanya pada beliau, "who is your best teacher, and why him or her?"

Prof Dr. Muhaya menjawab,( tanpa ada rasa takut di band atau di gam), "my best teacher is Tok Guru Nik Aziz"...subhanallah...kesekian kalinya saya mendengar dari mulut orang yang hebat-hebat bahawa idola mereka ialah Tok Guru Nik Aziz...sebelum ini, Puan Mastura, Pengerusi Lembaga Perpustakaan Negeri Selangor, lulusan United Kingdom, juga menjadikan Tok Guru sebagai idola, kedua-dua mereka menjadikan kaset-kaset ceramah Tok Guru sebagai peneman di kala berhadapan dengan kesesakan jalan raya, ataupun perjalanan yang jauh.

Kenangan di Nilam Puri dahulu kembali segar. Setiap hari Jumaat pagi, saya dan sahabat saya, safiyah, akan keluar seawal 7 pagi, menunggu bas 44 atau jika bas lewat, kami memilih teksi. Kami memilih tempat di hadapan pintu kedai Jaffar Rawas, agar kami dapat melihat wajah Tok Guru ataupun penceramah-penceramah yang lain. Seronoknya suasana begitu, hinggakan saya pernah berdoa..agar mendapat j**** dengan orang Kelantan..heheh...Itulah zaman hati suci, bersih, tulus, ikhlas,........masuk UM KL, Allahuakbar, minggu pertama lagi sudah diajar buat cheers, menjerit-jerit entah apa-apa. Beginikah intelek pada pandangan mereka? Sabo jela...

Kembali kepada pengisian yang diperoleh dari segmen di Radio IKIM tadi, ini pertama kali saya mendengarnya, kebetulan lewat ke UM. Antara istifadah yang diperoleh ialah :

1) Jaga hak Allah, buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang, insyaAllah, hidup jadi mudah.

2)Berhenti salahkan keadaan, berhenti salahkan orang lain, lihat ke dalam diri sendiri untuk mencari penyelesaian.

3)Gunakah sifat fatanah untuk menegur ibu bapa. Berlemah lembut dengan mereka. Muhasabah diri kembali, siapa kita tanpa mereka, sewaktu kita tidak tahu membuat apa-apa, merekalah yang setia membantu dan mengajar dengan penuh sabar. Luv both of u umi and abun...:'(

4) Komunikasi yang berkesan, 10% bergantung kepada bahasa, 35 % pada intonasi dan 55 % pada fisiologi. Jika kita ikhlas menegur dengan kasih sayang, insyaAllah..komunikasi akan berkesan. Doa pada Allah.

5)Pesan Nabi s.a.w : Jika mahu tenang di dunia, lihatlah orang yang lebih bawah. Misalnya, jika kita berkereta, lihatlah orang yang hanya mampu memiliki motosikal. Jika mahu berjaya di akhirat, lihatlah orang yang lebih atas. Misalnya, jika kita tidak amalkan puasa sunat, lihatlah orang yang puasa sunat, jika kita tidak solat dhuha, lihatlah orang yang solat dhuha, jika kita jarang-jarang bangun tahajjud, lihatlah orang yang rajin solat tahajjud.

6)Banyakkan bersyukur. Kurangkan cakap 'kalau'. Bersangka baiklah dengan Allah. (saya suka perkataan kalau...nak wat camna ni..huhu)

7)Solat dhuha jangan tinggal

8)Untuk ibu mengandung : banyakkan berdoa terutama dalam tempoh 120 hari pertama, kerana pada hari yang ke 120 lah, Allah tetapkan rezeki, ajal, maut seseorang. Berikan yang halal untuk anak-anak, baik makanan atau apa jua, agar darah yang mengalir dan daging yang tumbuh diberkati Allah.

9)Kunci pintu syurga adalah murah hati.

10) Baca sesuatu yang baru setiap hari, tambah ilmu!

11)Jangan lihat siapa yang cakap, lihat apa yang disampaikan.

12)Simpan 10% daripada pendapatan untuk pendidikan diri dan untuk membina minda.

13)Jika mahu Allah tolong kita, tolong orang lain sebanyak mungkin.

14)Untuk wajah awet muda, kita guna anti aging agent..tapi untuk jiwa sentiasa muda, kita serikan dengan cahaya iman.

15) Titian sirat tersangat gelap, tetapi yang menyuluhnya ialah cahaya iman. Orang yang bertakwa akan dapat melalui titian sirat semudah menggunakan touch n go.

16) Apabila hampir terjatuh di titian sirat, yang menyelamatkan kita ialah silaturrahim, binalah silaturrahim sebaik mungkin, kerana Allah. Maafkan semua orang sebelum tidur. Bangun dengan jiwa tenang, azam baru untuk menghadapi hari ini dengan lebih baik sebagai insan bertakwa.

17)Last...but not least...once again...kata-kata tok guru nik aziz, letakkan dunia bawah dagu, akhirat depan mata...jika kita fokus akhirat, orang keji, orang kata., semua dapat dilalui dengan tenang..kerana kita hanya mengharap redha Allah.

Sekian.

No comments: