Genap setahun saya meninggalkan blog ini. Blog yang tidak berpengunjung mungkin. Masakan ada yang mahu mengunjunginya sedangkan saya sendiri pun sudah lama tidak mengunjunginya. Semua gara-gara 'malware' yang menghalang. Alhamdulillah, hari ini terdetik mahu mencuba dan Alhamdulillah berjaya. Terasa kekok menulis dalam gaya bahasa formal begini. Terlalu lama meninggalkan aktiviti menulis. Allah. Benarlah ilmu tanpa amal bagai pohon tiada buahnya.
Alhamdulillah. Tahun baru hijrah, genap 2 tahun usia perkahwinan bersama suami tercinta. Tahun ini masih sama, menyambut ulang tahun perkahwinan keseorangan sedang suami belayar. Awal pagi sudah menerima panggilan abang dari lautan. Syukur, jarak bukan penghalang.
Sedikit masa lagi. Selesai semuanya, saya berjanji pada diri sendiri. Mahu terus menulis. Kerana saya tak punya harta yang banyak untuk banyak disedekahkan. Saya mencari cara bagaimana mahu dikumpul saham buat bekalan di akhirat kelak. Saya mahu bermula dengan mata pena. Moga tinta yang menulis memberi manfaat buat ummah.
Allahuakbar. Usia yang semakin meningkat. Jika dibundarkan sudah mencecah 30-an. Ya Allah, moga tahun ini lebih baik buat kami.
Ya Allah. Kami mahu menjadi hambaMu yang soleh dan bertakwa. Mahu memberi sesuatu buat agamaMu.
Ya Allah. Jika kami lalai dan leka tentang perlunya berada dalam perjuangan, sedarkanlah kami. Berikan kami petunjukMu.
Amin..
Azam tahun ini. Mahu jadi solehah, mukminah.
Mahu jadi orang yang sedikit tuturnya, banyak tindakannya.
Mahu jadi orang yang sedikit tidur dan makannya, banyak ibadahnya.
Amin
Sumaiyah Mohd Tamizi
Teratak kecil nan bahagia,
Saat cinta hati jauh dari mata, tetapi sentiasa ada dalam hati dan doa.
Salam Maal Hijrah 1435H.
No comments:
Post a Comment