Tuesday, March 22, 2011

CORAT-CORET II

Rindu

Baru saja pulang dari kampung. Tetapi sudah rindu pada umi dan abun. Pada kakak dan adik-adik yang sangat d****. Rindu pada Mehdi 'Akif, buah hati pengarang jantung kami sekeluarga. Mehdi sudah pandai memanggil aku 'kholah'..=). Suka, teramat suka. Mehdi yang suka mengejutkan kami sekeluarga 'qiamullail'. Ajak bermain dan ajak membaca seawal 2-3 pagi. Mehdi...mehdi... Berjauhan dengan keluarga begini, masih bisa diubati rindunya, masih boleh berhubung, mendengar suara, mengadu masalah, bergelak ketawa dan kadang-kadang menangis melepaskan bebanan yang tak tertanggung di jiwa. Kakak, yang paling memahami, memujuk dan cuba memberi solusi tiap masalah. Itulah kakak yang paling aku sayangi di dunia dan insyaAllah di akhirat. Semoga Allah merahmatimu selalu. Hurm....bagaimana jika rindu tetapi tidak boleh berhubung? Oh, hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasanya..



Ilmu baru

Hari ini, Allah memberi peluang baru kepadaku. Mungkin boleh dikatakan peluang untuk menimba satu ilmu baru, ilmu bahasa dan ilmu mengajar bahasa. Bahasa Parsi(bukan paris ya). InsyaAllah, akan ku cuba sedaya mungkin menjadi pendidik dan penyampai ilmu yang baik. Paling penting, tesis aku tidak terabai!! Seronok, i love languages kataku kepada bakal pelajarku dan juga bakal guruku :). Terima kasih kepada kak niswa kerana membuka ruang ini untukku. Semoga bahasa ibunda ini kita pertahankan kehebatannya. Terkenang Zuhra, sahabatku dari Uzbekistan, yang mengajarku bahasa uzbekistan sewaktu aku masih mendiam di kolej kediaman tahun lalu, dan aku membalas dengan mengajar iqra' kepada beliau. Suasana di negaranya tidak mengizinkan dia mahir membaca al-Qur'an. Uzbekistan, negara lahir ulama' hadith terkenal Imam Bukhari. Begitu suasananya kini apabila sekularisme yang berkuasa dan menjajah minda rakyatnya. Sayang, kami terpisah. Semoga Allah memberi jalan kepadanya untuk mempelajari al-Qur'an. Semoga Allah mengampuniku, kerana tidak melunaskan tanggungjawab sebagai guru al-Qur'an. Keadaan memang tidak menyebelahiku. Maafkan aku Zuhra. Zuhra, pelajar sarjana Fakulti Sastera dan Sains Sosial, mengkhusus di dalam bidang Perhubungan Antarabangsa, ilmunya luas dan suka berkongsi. Sungguh, aku rindu berinteraksi denganmu, berkongsi ilmu denganmu. Bila ya boleh kita bertemu lagi?

Debar

Banyak perkara yang perlu ku lalui. Tesis yang separuh siap tetapi masih mencari-cari arah, penulisan buku bersama penyelia yang lama tersimpan kemas perancangannya, persidangan yang bakal dianjurkan, artikel jurnal yang entah bila akan lulus untuk dihantar dan soal kerjaya yang mula menghantui fikiran. Tidak dikesampingkan perkara-perkara lain yang juga penting untuk masa depan dan kehidupan. Debar. Berjayakah aku melalui semua ini? Semoga Allah tentukan yang terbaik. Usaha, usaha dan usaha diiring doa tanpa henti, dan akhirnya aku berserah kepada Allah Tuhan yang mengatur segalanya. Aku cuma mengandalkan yang terbaik untuk diriku dan juga untuk semua. Dalam debar yang pelbagai ini, aku perlu mengatur satu persatu, agar tidak tercicir salah satunya pun. InsyaAllah.

No comments: