Bebel ??
Jumaat membuatkan saya risau bila mengenangkan masa yang begitu cepat berlalu. Bila risau, saya akan mula membebel. Mulai hari dengan bacaan al-Kahfi...yang jarang-jarang berjaya dihabiskan lantaran MALAS, alhamdulillah hari ini berjaya. Semoga minggu-minggu yang akan datang juga diberi kekuatan. Sebenarnya tidak lama masa yang diambil, sekitar 25-35 minit sahaja berbanding masa yang diperuntukkan untuk menonton televisyen yang lebih-lebih lagi lama masanya. Muhasabah untuk diriku yang alpa.
Serangan 5 F
Serangan kafir laknatullah ke atas umat Islam hari ini datang dari pelbagai bentuk dan pelbagai cara. Teman saya, Suhaily memberitahu tentang kajian seorang ustazah di sekolah beliau mengenai facebook. Menurutnya facebook merupakan database terbaik untuk yahudi mengetahui bilangan umat Islam dan membolehkan mereka menyusun strategi terbaik untuk menjatuhkan Islam. Wallahu'alam sejauh mana kebenaran.
Serangan 5 F ini saya peroleh ketika mendengar radio IKIM hari Selasa, segmen Mahligai Kasih bersama rektor UIAM, Prof Dato' Dr. Zaleha.
F = Fun
F = Family
F = Food
F = Fashion
F = Film
Oleh yang demikian, berhati-hatilah agar diri kita tidak diserang dengan unsur-unsur ini. Hiburan yang melalaikan merosakkan jiwa, rumahtangga yang dibina bukan kerana Allah hanya membawa kepada kemusnahan institusi keluarga. Makanan yang syubhah dan tidak halal akan merosakkan hati dan darah daging, sedangkan segalanya bermula dari hati. Fashion yang diluar apa yang dibenarkan syariat hanya akan menggalakkan gejala sosial, zina mata dan hati. Paling bahaya, filem-filem yang nampak seperti tidak punyai apa-apa strategi sedangkan mereka berusaha untuk merosakkan akidah umat Islam melaluinya, dengan pakaian yang mencolok mata, hubungan lelaki perempuan yang tiada batas, unsur-unsur tahyul dan sebagainya.
Target
Minggu lepas, usai berjumpa penyelia pertama, saya dibelenggu rasa risau dan tekanan yang melampau. Dahsyat? ya, memang, apabila bab yang sudah selesai perlu dirombak dan diedit....edit.....edit.....lagi. Minggu ini, saya mencuba untuk memikirkan cara terbaik menyelesaikan masalah, namun masih belum berjumpa dengan penyelesaian yang terabik supaya tidak perlu mengubah apa-apa lagi selepas ini. Mengadu pada Dr. Pooya@ Dr. Rahim…"Dr. I’m worry if I
can’t finish writing my theses by the end of this year…. “No…. u can!...u can!” terkejut saya ….dia pulak yang yakin dengan saya…sedangkan dia tidak mengenali siapa saya yang malas ni…. “Ok, let say….ur
theses will consist of 250 pages…and u have 2 months, 60 days more..for one day u
just have to finish up from 4 to 5 pages..and don’t go to sleep till u done writing
4-5 pages..it is not too long right?”… “Ya….but......em...thanks Dr. for your suggestion…I’ll
try, insyaAllah”…kalaulah Dr. nak tau…saya ni memang orang yang paling suka buat target…..tapi bila saya mengantuk takde kompromi dah…..tak siap satu ayat pun saya akan tido jugak…tapi…insyaAllah…memandangkan
saya kena jugak habiskan akhir tahun ni sebab perjanjian dengan JPA sampai Mac
2012….saya tiada pilihan…saya cuma perlu memilih untuk tidak tidur selagi belum
siap. Semoga saya berjaya dengan suatu keazaman yang baru dalam hidup bila memilih untuk mengorbankan waktu tidur...huhuhu...
Dunia, manusia, akhirat
Dunia diciptakan untuk manusia. Manusia pula diciptakan untuk akhirat. Justeru, jadilah yang terbaik untuk dunia dan akhirat. Dunia ibarat tempat menanam, akhirat tempat tuaian hasil dari apa yang ditanam. Andai tanaman itu dipelihara dengan baik, dibajai dengan iman. Hasilnya kelak, tentu akan baik.
Dunia, bila dikejar, kita akan lelah dan akhirnya kita akan kecundang di akhirat. Akhirat, bila dikejar, kita akan bahagia selamanya di sana dan tanpa kita sedar, dunia yang mengejar kita.
Pesan Luqman al-Hakim : Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernamaTAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH
Selamat menempuh hari Jumaat dengan rasa semangat...hari penghulu segala hari .... : )
No comments:
Post a Comment