Pagi
Pagi, jam 10.00 saya ke Fakulti Sains untuk berjumpa penyelia kedua saya, Prof. Halijah. Saya pergi dengan dua tujuan, pertama mahu menunjukkan kemajuan tesis, kedua, mahu meminjam buku dari Prof. Buku yang tiada di perpustakaan. "Prof, saya nak pinjam buku plant resources boleh?", "No, i'm sorry sumaiyah...saya dah hilang percaya kat manusia sekarang ni, dulu saya tak bagi pinjam pada undergraduate, sekarang postgraduate pun saya tak bagi", "Oh, its ok Prof, sebab saya dah cari kat library, tapi takde", "oh..u can refer any taxonomic book", balas prof dan bercerita panjang lebar tentang buku-buku beliau yang hilang selepas dipinjam oleh pelajar-pelajar. Ya, saya sungguh mengerti perasaan bila buku yang dipinjam dihilangkan atau tidak dijaga dengan baik. Kami bertukar topik, dari perihal buku, berbincang mengenai tesis. Alhamdulillah, Prof. berpuas hati dengan apa yang saya lakukan. Panjang kami berbual, hampir 2 jam.
Daripada hal tesis, beralih pula ke masalah dunia akademik yang makin hilang etika. "i'm glad that all of this happen at the end of my carrier, i cant stand with all of this anymore, saya tak sanggup nak tengok pelajar-pelajar yang makin malas, sistem pendidikan yang dah hilang profesionalismenya...", sebut Prof yang melahirkan kekecewaan terhadap budaya plagiat yang semakin berleluasa, budaya bodek dan banyak lagi ketidakpuasan hati tentang dunia akademik diluahkan. Prof sudah 3 kali menyambung kontrak selepas bersara, asam garam dunia akademik memang sudah masak baginya. Kami beralih ke hal peribadi. Banyak perkara yang dikongsi, tentang matlamat hidup, tentang kerjaya, dan tentang pengurusan keluarga. Pesan Prof, you must plan your live properly dan panjang lebar lagi pesan Prof. Ternyata, cerita saya hari ini sungguh membimbangkan Prof. InsyaAllah, saya sedang usaha yang terbaik supaya semuanya ok, pelajaran tak terjejas, doakan saya siap cepat!. Saya mengaku, kadang-kadang saya malas. (sebenarnya mungkin selalu). Jam 12 tengahari, saya meminta diri untuk pulang, sebelum keluar dari pejabat Prof., "Sumaiyah, if u want to photostat my book, u can talk to Yati (PA Prof), tell her what species you want and i will give that book to her later". "Thank you Prof", Alhamdulillah.....tersenyum saya tanda syukur.
Petang
Petang, jam 3.00. Kelas bersama Dr. Rahim Kaviani. Kelas bahasa melayu. Buku kedua yang saya guna untuk mengajar sudah di helaian terakhir. Dr. Rahim sangat bersungguh-sungguh untuk mahir dalam bahasa melayu. Kagum. Latihan hari ini ialah padankan perkataan. Antara ayatnya ialah burung terbang, ikan berenang. Saya bertanya kepada Dr. Rahim, "Dr., what happen if ikan terbang?" sambil ketawa kecil kerana memang niat hanya mahu bersenda. " Nothing impossible if god want to do that.", oh.....terdiam saya, niat hati mahu bergurau, akhirnya perbincangan menjadi serius. " If u told your grandfather that now u go to Mecca just in 10 hours, they will laughing at u, because in their time, they took around 6 months, so nothing impossible rite?", "Ya, i agree"..tapi rasanya ini topik yang berbeza dengan ikan terbang..oh..apa-apa sajalah.... Sambil belajar, Dr. Rahim bercerita lagi tentang kerisauan beliau dengan generasi muda yang terlalu leka dengan hiburan, facebook, twitter dan sebagainya. " You know, western and jews very patient in cheating us slowly". Dr. Rahim bercerita lagi tentang ketegasan negara beliau dalam memboikot barangan Yahudi dan Amerika. Tiada KFC, tiada McD di sana.
Pernah saya bertanya kepada beliau, tentang hari karbala. Hari karbala ialah hari kesedihan bagi penganut mazhab Syi'ah. Pada hari ini, ramai yang akan mencederakan diri sebagai tanda memperingati kematian Saidina Husain yang mati dibunuh. Saya bertanya, mengapa perlu mencederakan diri? Dr. Rahim menjawab, "I'm not agree with that tradition, Islam not teach us to do that, yes, we are sad, but this is not the way to express your emotion", beliau menambah lagi " following the tradition, without checking with our wisdom, is silly action". Pernah beliau berpesan kepada saya, "read 100 books in your field, then you will be expert in your field." 100? 10 pun belum tentu dihadami semuanya, untuk menjadi pakar dalam bidang ini, terlalu jauh bagi saya, dan itu tandanya usaha mesti terus!!
mouse pad, ole-ole dari Iran..terima kasih Dr. : )
Jumaat yang berkat
Jumaat, penghulu segala hari. Bila tiba hari Jumaat, saya menjadi takut, "Hah, dah Jumaat....cepatnya masa...". Ya, masa memang pantas berlalu...pepatah arab " Al-waqt yamurru ka al-sahab". Masa berlalu seperti awan. Masa itu kehidupan. Semakin masa berlalu, semakin pendek usia kita. Kesilapan yang lalu, malas, lemah, termenung sana, berangan sini dan sebagainya tidak mungkin kita kembalikan, tetapi kita punyai hari esok, yang perlu kita rencana supaya ianya menjadi lebih bermakna dari hari ini dan semalam yang telah kita lalui. Mohon pada Allah, semoga ditetapkan hati dalam kembara mencari redhaNya. Tak kira apa jua yang kita lakukan semoga redha dan rahmat Allah mengiringi. Jumaat yang berkat, semoga berkatnya terus hingga hari-hari seterusnya..dan semoga kerajinan hari ini...tiada tarikh luputnya!!...amiin..
No comments:
Post a Comment