Menghitung hari
Pertama
Menghitung hari kepulangan suami tercinta. Semalam, puteri nilam satu membawa abang pergi lagi, Bintulu-Shimizu, mungkin ini Jepun yang terakhir, atau kedua terakhir, dan paling tidak pun, ketiga terakhir. Mudah-mudahan tidak lebih dari itu. Amin.
Kedua
Menghitung hari, bilalah pilihanraya ye? Akhir-akhir ini, di kaca televisyen boleh kata setiaaaaaaap 10 minit ada je kempen-kempen. Ini menunjukkan pilihanraya dah semakin hampir. Daripada tahun lepas, ada saja jangkaan-jangkaan berkenaan tarikh pilhanraya, bulan 11/2011, 03/2012, 06/2012......dan...baru-baru ini PM sudah umumkan tentang belanjawan 2013. Apa maksudnya? hurm.............maksudnya bukan bulan 6 ni lah pilihanrayanya. Kempen.....alahai...naik muak dan menyampah melihatnya. Jika menang pun, bukanlah menang yang bermaruah, kerana bertanding secara pengecut, sebelah pihak sahaja yang boleh berkempen. Kalau bertanding secara berani, benarkanlah kedua-dua pihak berkempen di media.
KETIGA
COUNTDOWN TO RAMADHAN : )
Hari ini sudah 11 Rejab... Sya'ban dan RAMADHAN...AHLAN YA RAMADHAAAAN : )
Mari kita persiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan kali ini, semoga Ramadhan ini lebih baik daripada Ramadhan yang tahun-tahun sebelum ini. Amin.
Ya Allah, berkati kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan...
We Will MEET IN JULY THIS YEAR...INSYAALLAH...AMIN : )
Welcome Ya Ramadhan : )
No comments:
Post a Comment