eid mubarak by seven8six
Ilalliqa'
eid mubarak by seven8six
Ilalliqa'


LAWAN TETAP LAWAN!!
WALAU DILEMPAR BERMACAM TOHMAHAN
LAWAN TETAP LAWAN!!
WALAU MUNGKIN ADA HANTU YANG BERKELIARAN
LAWAN TETAP LAWAN!!
WALAU TERIMA PELBAGAI UGUTAN
LAWAN TETAP LAWAN!!
JANGAN LUPA BERDOA PADA TUHAN
-tinta penuntut-

ulanya saya langsung tidak berminat untuk mengetahui apa-apa tentang EURO ini, tetapi setelah adik sepupu saya bersemangat bercerita tentang strategi yang dijangkakannya untuk kumpulan Sepanyol, timbul sedikit minat. Pasukan pilihan saya ialah pasukan Fatih Terim, TURKIYE!!. Pasukan yang pastinya meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi EURO 2008. Sungguhpun tewas pada pasukan anak didik Joachim Loew, namun Turki telah membuktikan kepada dunia kehebatan mereka. Sungguhpun ramai pemainnya tidak dapat diturunkan pada perlawanan separuh akhir, namun mereka membuktikan konsistensi mereka dalam permainan yang dikira cukup memberi tekanan kepada pasukan Jerman.
Ini cerita yang saya dengar dari ibu saudara saya, sewaktu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat atas tuduhan liwat dahulu, anaknya bertanya kepada beliau, “kenapa PM marah pada papa?” dan beliau menjawab “sebab papa masuk pejabat lewat”. Wallahu’alam sejauh mana cerita yang saya dengar ini. Apa-apa pun, begitulah sukarnya seorang ayah ingin menerangkan kepada anak-anaknya yang masih kecil ketika itu. Sekarang anak-anaknya sudah dewasa dan tentu faham benar situasi yang menimpa papa mereka.
Naik dan terus naik, itulah target saya sewaktu zaman persekolahan, sentiasa ingin meningkatkan prestasi akademik saya. Biar naik dan terus naik. Kerana itu saya rasa saya sangat dekat dengan Pak Lah, sangat sedih bila Pak LAh dikutuk-kutuk. Pak Lah sefikrah dengan saya, kerana itu, Paklah menaikkan harga minyak semasa pemerintahannya. Naik dan terus naik. Dan yang paling membanggakan, Negara ini merupakan Negara pengeluar minyak yang menjual bahan api tersebut dengan kadar yang paling tinggi. Bak kata orang Itali, Malaysia UNO! Malaysia always NO.1. Cayalah!!!!

Huda dan Khaulah
HaniYB Kuala Sepetang mengupas isu nelayan di Kuala Sepetang dan juga potensi untuk membangunkan tanaman manggis untuk dikomersialkan. YB MP Bukit Gantang menyentuh isu yang dibincangkan dalam sidang pertama dewan rakyat tempohari. Antara isunya adalah mengenai pembelian A400M( kalau tak salah) oleh Kementerian Pertahanan Malaysia yang diterajui orang kedua negara yang dikira sebagai tidak mengikut prioritas. Sebetulnya, pembelian Nuri(yang acapkali terhempas adalah lebih utama). Terkesima aku tatkala YB Ustaz Roslan menyatakan pembelian itu dibuat sebelum ada prototaipnya(hanya dalam bentuk computer design) lagi. Wah..Hebatnya..Ya, Malaysia memang hebat(hebat kalau bab membazirlah kot).

MB Negeriku
Ucapan Menteri Besar pula dimulai dengan ayat al-Quran;
"Sesungguhnya kami jadikan manusia daripada laki2 dan perempuan.....................untuk mengenali antara satu sama lain".
YAB Menteri Besar memberi alu-aluan dalam pelbagai bahasa dalam nada yang cukup lantang dan cukup mengkagumkan. Itulah kelebihan menteri besarku yang berketurunan melayu sebelah bapanya dan cina sebelah ibunya. Antara perkara yang disentuh beliau ialah berkenaan jumlah penduduk miskin tegar di negeri Perak yang berjumlah 5000 buah keluarga. Alhamdulillah dengan saki baki duit yang ditinggalkan kerajaan lama, keperluan asas seperti beras dan gula juga wang 500 ringgit dapat diagihkan. Selain itu juga, beliau menceritakan pengalaman beliau setelah menjadi menteri besar. Ya, banyak rintangannya, sabotaj yang tak sudah-sudah. Ada satu peristiwa di mana , ada pihak yang tidak bertanggungjawab menghubungi 6 buah masjid pada hari Jumaat menyatakan Menteri Besar akan turun berjemaah solat fardhu Jumaat di Masjid tersebut. Bayangkan betapa busuknya hati orang-orang ini..sampai melibatkan Solat Jumaat. MB ku berkata dalam nada berseloroh "satu Jumaat teman sembahyang 6 Masjid..mana boleh!".. Juga cerita sikap mantan MB ku yang belum berjabat tangan tanda menyerah tugas dengan beliau.. Sungguh aku fahami(mungkin bukan sepenuhnya ku fahami) perasaan itu.. "ape koman benor ke aku ni?" seloroh MB ku.. dan banyak lagi isu yang dibangkitkan seperti isu kenaikan harga minyak, tarif elektrik dan juga harga beras. MB ku juga ada berpesan usah dirisaukan lagi untuk hadir majlis-majlis seumpama ini, insyaAllah takkan ditukarkan tempat kerja. Bahagianya......
